biarkan harap merangkak
di denainya
yang kabur itu
bumi ini
semakin menjadi asing
separuh telah terjual
separuh lagi sedia terkorban
di atas nama kelangsungan
kesombongan
si pemacunya
biarkan harap merangkak, mencari noktah
titis-titis airmata telah sejat
inilah bumi melayu yang malang
Tuesday, April 5, 2011
NILAIAN
sesuatu dengan nilainya
dengan penghargaan
dengan celaan
dengan makian
dengan rasa malang
dengan simpati
jika kau terus melukakan
jika kau terus leka
jika mereka terus taat kerana takutkan
kezaliman
jika mereka akhirnya tidak sanggup
menjadi terlalu bodoh
(apabila video seks DSAI yang mulai diragui rakyat)
dengan penghargaan
dengan celaan
dengan makian
dengan rasa malang
dengan simpati
jika kau terus melukakan
jika kau terus leka
jika mereka terus taat kerana takutkan
kezaliman
jika mereka akhirnya tidak sanggup
menjadi terlalu bodoh
(apabila video seks DSAI yang mulai diragui rakyat)
Monday, April 4, 2011
TERCARI-CARI
dengan kata-kata kecil ini
puisi adalah perjalanan rasa
yang deras
meluncur
penuh rindu dan duka
baki perjalanan kian singkat
di mana rimbun di sini tempat berteduh
aku tercari-cari
di mana rasa indah patut berlegar
di sebuah bumi yang banjir
dengan darah kezaliman
di mana dataran yang rata
di hutan mana yang tiada mata mencuri pandang
antara putih dan hitam
samar-samar berbalam
perbukitan kerinduan
yang mesra
serta damai
di manakah ?
puisi adalah perjalanan rasa
yang deras
meluncur
penuh rindu dan duka
baki perjalanan kian singkat
di mana rimbun di sini tempat berteduh
aku tercari-cari
di mana rasa indah patut berlegar
di sebuah bumi yang banjir
dengan darah kezaliman
di mana dataran yang rata
di hutan mana yang tiada mata mencuri pandang
antara putih dan hitam
samar-samar berbalam
perbukitan kerinduan
yang mesra
serta damai
di manakah ?
Sunday, April 3, 2011
HASAD
kejahatan itu sebahagian
cemburu dan dengki juga sebahagian
hasad yang tidak putus
membawa kepada fitnah
demikian apabila matahari
masih cerah
mereka meraba-raba mencari bulan
menyangkakan hari telah malam
tuhan melihat semua itu
mungkin Dia sedang menunggu
cemburu dan dengki juga sebahagian
hasad yang tidak putus
membawa kepada fitnah
demikian apabila matahari
masih cerah
mereka meraba-raba mencari bulan
menyangkakan hari telah malam
tuhan melihat semua itu
mungkin Dia sedang menunggu
Saturday, April 2, 2011
PENEBAR FITNAH
1.
mereka juga ke masjid
berdoa di saf hadapan
berteleku seolah-olah tidak pernah ragu
tidak merasa malu
2.
sedangkan mereka itulah
penebar fitnah
yang paling hakiki
3.
samaada mereka yang melupakan tuhan
atau
tuhan telah melupakan mereka ?
mereka juga ke masjid
berdoa di saf hadapan
berteleku seolah-olah tidak pernah ragu
tidak merasa malu
2.
sedangkan mereka itulah
penebar fitnah
yang paling hakiki
3.
samaada mereka yang melupakan tuhan
atau
tuhan telah melupakan mereka ?
JALUR FITNAH
jalur gemilang kini jalur fitnah
putih merah
putih untuk si bodoh
merah untuk si pemerah
jalur gemilang
jalur yang malang
menjadi barah
warna merah
duri bintang menusuk bulan !
fitnah besar-besaran
sambil melupakan tuhan
putih merah
putih untuk si bodoh
merah untuk si pemerah
jalur gemilang
jalur yang malang
menjadi barah
warna merah
duri bintang menusuk bulan !
fitnah besar-besaran
sambil melupakan tuhan
Friday, April 1, 2011
DISOLEK LAGI
wajah yang disolek
mengurangkan hodoh
sambil berharap
tidak bocor
sebarang rahsia
ah, jeragat ini
menyambar benci
duka bertali-tali
wajah disolek lagi
untuk mengurangkan benci!
mengurangkan hodoh
sambil berharap
tidak bocor
sebarang rahsia
ah, jeragat ini
menyambar benci
duka bertali-tali
wajah disolek lagi
untuk mengurangkan benci!
Subscribe to:
Posts (Atom)