Saturday, February 27, 2010

PELACUR LELAKI YANG SELAMBA

dia terpegun
dengan kehebatan dirinya sendiri
siapa sangka ?
satu malaysia tahu
satu asean tahu
satu dunia tahu
gambar terpampang di muka depan surat khabar utama

semua kawan-kawan tahu
semua emak saudara dan bapa saudara tahu
semua sepupu tahu
semua anak saudara tahu
semua saudara jauh tahu
yang bau-bau bacang pun tahu

dulu, begitu juga
dia gagah bersumpah di dalam masjid
ketika itu tuhan tidak pun menegur apa-apa

'selama 2 hari saya tidak berak, tuan', katanya kepada
hakim di mahkamah

demikianlah,
dia yang selamba itu

apa yang ingin kau katakan ?

TAMAK HALOBA

apabila waktu telah menjerat
kesombongan akhirnya menjadi kusam

setelah dia mencuba menyesali
ternyata hanya ilusi

demikianlah apabila kehalobaan menjadi duri

waktu indah menjadi resah
waktu pilu menggugah

manusia tamak, kehalobaan
ditemui di mana-mana

tercari-cari di mana nilai keinsafan sejati !

TERUS MENCARI DIRI

lelaki di hadapan tuhannya
apabila terasa sangat perlu, tersepit
dia meminta-minta
kadangkala keterlaluan
itu ketika susah

ketika senangnya
bukan hanya kau, aku juga
terlupa, terlalai

ramai orang yang kelihatan sombong
apabila bercakap tentang tuhan
hanya pada ketika terdesak
dia meminta berlebih-lebih

biasanya tuhan tunaikan juga

aku menulis kerana aku terus mencari, harga diri
di hadapan tuhanku

Friday, February 26, 2010

SAHABATKU

sahabat, dalam matamu ada cahaya, aku melihatnya
tetapi tidak pernah ku khabarkan kepada kamu
kau selalu hadir ketika aku memerlukan
seolah-olah diutus tuhan

sahabat, beginilah aku, jangan kau tersenyum
beginilah aku, jangan kau gelisah
aku manusia yang hanya punya nama, jika tidak
sudah pasti aku seorang yang hambar

sahabatku, sekali ini aku ucapkan salam
di hatiku ada suara kedamaian, sentiasa kudoakan
untuk kamu sesuatu
hakikatnya engkau telah mengerti aku

KEJAM KEPADA ALAM

asyik melihat warna alam kontemporari
segar bugar membajai dirinya sendiri
namun manusia dan pelakunya, menghancurkan
satu demi satu

hutan
perbukitan
gunung ganang
hutan bakau juga

manusia tidak lelah
menduga rahsia tuhan
menduga kemurkaan tuhan

semua persoalan akhirnya terjawab
namun orang yang melakukan kekejaman kepada alam
telah lelap
generasi selepasnya menanggung sengsara
menerima bahana

si kejam dalam dilemma di sana, mungkin.

Thursday, February 25, 2010

MUNAJAT

hasbii rabbii jallallah
memadailah bagiku Allah

maa fii qalbii ghaurullah
tiada di hatiku selain Allah

nur Muhammad sallallah
Muhamad pesuruh Allah

Wednesday, February 24, 2010

MENDOAKAN WANITA

wajah bungkam meniti hidup saban hari
kerana wang misalnya

perjalanan menjadi mati tetapi tidak terbunuh
kerana bungkam
dan
perkara-perkara lain

bersendirian, 'loneliness' katamu
menyekat suaraku di kerongkong
sekalipun seperti aku ingin tahu

bulan buram
selangit doa untuk kekasihku
tuhan janganlah jemu
mendengar suara kami
jadikan dia wanita tenteram
bersambutan dengan nadi pengharapan, apa jua

aku ingin menjadi lelaki baik mendoakan wanita