Friday, October 1, 2010

JAWAPAN YANG SATU

di dasar sepi hati
ku ilhamkan rindu kepadaMu
sehingga kukenal
di antara darah
tanah, air, api dan angin
dan
musim-musim yang bergantian

sujud
benar-benar kerana yakin
namun sesungguhnya
menggapai dan menggenggam
tiada pernah sudah

retorik
sering pula datang bersama diri

di sini
amat indah apabila
aku mengerti dan engkau mengerti
dengan satu jawapan yang amat pasti
hanya itu!

No comments:

Post a Comment