Monday, October 25, 2010

UJIAN

semua mahu menangkap sinar mata
kejujuran
dari dalam gelita sekalipun
mereka seperti berjuang

ada yang hanyut ada yang masih menggapai
demikian apabila tuhan menguji

melihat dari padang saujana
dari rimba berduri
atau
dari mata kelkatu
yang hanya mahu menangkap
cahaya itu

lalu gugur

1 comment: