Wednesday, November 25, 2009

RAKYAT

cabang dan ranting duka bercambah
di hati rakyat kini
derita yang tidak diatasi oleh 'mereka'

harga ikan tinggi
insuran kereta tinggi
pelbagai saman, penjahat berkeliaran

selepas ini kita perlu pilih hanya
orang-orang yang mengerti, akan
derita rakyat
bukan
mereka yang berlegar-legar di padang golf
melupakan sengsara rakyat

dunia ini sepatutnya cukup untuk semua, hanya
kerana adanya orang-orang yang
tamak haloba
jadi begini.

1 comment:

  1. cuma kita manusia biul
    membenarkan yang salah
    menyalahkan yang benar

    juga kita manusia bacul
    takut pada perobahan...
    mahu kekal dengan kebaculan..

    ReplyDelete