tersuluhlah sebuah anugerah
di langit tuhan
menghamburkan pelbagai warna
indah menawan
seorang wirawan
berjiwa rakyat
tekun dan bertahan
nenempuh segala cobaan
Tuesday, November 30, 2010
SUPAYA DAN KERANA
supaya kesombongan manusia terlerai
supaya kehidupan ini lebih meriah
supaya ada yang sudi memperingatkan
supaya mereka beransur-ansur menerima
kerana manusia semakin rencam
kerana manusia terpikat nafsu
kerana manusia mulai melupakan
kerana manusia asyik tertawa
supaya kehidupan ini lebih meriah
supaya ada yang sudi memperingatkan
supaya mereka beransur-ansur menerima
kerana manusia semakin rencam
kerana manusia terpikat nafsu
kerana manusia mulai melupakan
kerana manusia asyik tertawa
CERMIN DIRI
kita akan meninggalkan satu nama
hanya satu nama
untuk dikenang orang buat seketika
mungkin hidup ini sulit
atau selesa
atau biarkan sahaja apa-apa berlaku
sendiri melihat diri
pada cerminan alam
kemudian mengukir senyum
kenali hati dan diri sendiri
kemudian melakonkan apa jua kelebihan
hanya satu nama
untuk dikenang orang buat seketika
mungkin hidup ini sulit
atau selesa
atau biarkan sahaja apa-apa berlaku
sendiri melihat diri
pada cerminan alam
kemudian mengukir senyum
kenali hati dan diri sendiri
kemudian melakonkan apa jua kelebihan
Monday, November 29, 2010
SAHABATKU, SETIAKASIH
jangan berduka
untuk sebuah mimpi yang jauh
kita pertahankan
damai dan kerinduan
di sudut sepi
ada keindahan tersembunyi
berdayung bersama
kemesraan alam
kita berdendang, bernyanyi
lagu senandung rindu
atau
berkunjung
di dangau mimpimu dan menyelam
untuk sebutir mutiara
untuk sebuah mimpi yang jauh
kita pertahankan
damai dan kerinduan
di sudut sepi
ada keindahan tersembunyi
berdayung bersama
kemesraan alam
kita berdendang, bernyanyi
lagu senandung rindu
atau
berkunjung
di dangau mimpimu dan menyelam
untuk sebutir mutiara
TANDUS IDEA
negara ini sepi, bagiku
pemimpinnya tandus
tidak mampu menampung harapan rakyat
rakyat miskin dibiarkan begitu
mengharap-harap bantuan
rumah pprt, rumah mesra rakyat
bantuan gigi palsu, bantuan zink
bantuan kambing pawah
bantuan anak ayam, reban ayam
terus mereka biarkan
mimpi 'sekerdil' itu
supaya kuku mereka terus mencengkam
sekuat cengkaman kuku 'cekenit'
sudah terlepas masih terasa gatal amat
disuapkan kata-kata hikmah
'melayu adalah tuan di negara ini'
disogokkan kata-kata hebat
'tidak akan hilang melayu di dunia'
kerana itu
semakin ramai anak-anak gadis melayu
menjadi 'hamba' di kedai-kedai mamak
si peniaga cina menjadikan gadis-gadis melayu pemanis
untuk merobek poket pemuda melayu yang gagah
pemimpinnya tandus
tidak mampu menampung harapan rakyat
rakyat miskin dibiarkan begitu
mengharap-harap bantuan
rumah pprt, rumah mesra rakyat
bantuan gigi palsu, bantuan zink
bantuan kambing pawah
bantuan anak ayam, reban ayam
terus mereka biarkan
mimpi 'sekerdil' itu
supaya kuku mereka terus mencengkam
sekuat cengkaman kuku 'cekenit'
sudah terlepas masih terasa gatal amat
disuapkan kata-kata hikmah
'melayu adalah tuan di negara ini'
disogokkan kata-kata hebat
'tidak akan hilang melayu di dunia'
kerana itu
semakin ramai anak-anak gadis melayu
menjadi 'hamba' di kedai-kedai mamak
si peniaga cina menjadikan gadis-gadis melayu pemanis
untuk merobek poket pemuda melayu yang gagah
Sunday, November 28, 2010
DI HUJUNG TEROWONG
di sebaliknya ada sesuatu
yang belum terlihat
bersabar dan bertekun
menyintai perjuangan
di dalam kelu
tanpa rasa lesu
kerana cahaya di hujung terowong
masih ada di sana
maka kita
terus berjuang
berhadapan musuh
yang pada mulanya sahabat
yang mengerahkan segala daya mereka
untuk menimbulkan kesangsian
kepada rakyat kita
sebahagian rakyat kita telah terlena jauh
dengan kelaziman
mereka tidak lagi pedulikan
kebenaran
(untuk semua sahabat yang berjuang seikhlasnya)
yang belum terlihat
bersabar dan bertekun
menyintai perjuangan
di dalam kelu
tanpa rasa lesu
kerana cahaya di hujung terowong
masih ada di sana
maka kita
terus berjuang
berhadapan musuh
yang pada mulanya sahabat
yang mengerahkan segala daya mereka
untuk menimbulkan kesangsian
kepada rakyat kita
sebahagian rakyat kita telah terlena jauh
dengan kelaziman
mereka tidak lagi pedulikan
kebenaran
(untuk semua sahabat yang berjuang seikhlasnya)
Saturday, November 27, 2010
LIDAH DAN HATI
tuhan
kerana aku jahil
dari gubuk puisi ini
melihatlah
sebagaimana aku
lintasan hati kepada kejernihan
hanya itu
termampu
untuk ku ke sana
kerana aku selalu menangis
merenung detik-detik
saat tidak berdaya
hanya lidah dan hatiku
kerana aku jahil
dari gubuk puisi ini
melihatlah
sebagaimana aku
lintasan hati kepada kejernihan
hanya itu
termampu
untuk ku ke sana
kerana aku selalu menangis
merenung detik-detik
saat tidak berdaya
hanya lidah dan hatiku
KEBEJATAN
ada langkah lebih jauh lagi
di hadapan
di sepanjang kegetiran manusia
disuburkan baja kebejatan
dihasilkan oleh mereka
yang memilih jalannya sendiri
bukan hanya penagih dadah
bukan hanya perompak penyamun
bukan hanya perogol
adakah akan pasti
tuhan sentiasa bersama
seorang mufti negeri
lalu
menjamin tempatnya di syorga
hanya kerana fatwa-fatwanya ?
(Jangan lupa rampasan kuasa di Perak)
di hadapan
di sepanjang kegetiran manusia
disuburkan baja kebejatan
dihasilkan oleh mereka
yang memilih jalannya sendiri
bukan hanya penagih dadah
bukan hanya perompak penyamun
bukan hanya perogol
adakah akan pasti
tuhan sentiasa bersama
seorang mufti negeri
lalu
menjamin tempatnya di syorga
hanya kerana fatwa-fatwanya ?
(Jangan lupa rampasan kuasa di Perak)
Friday, November 26, 2010
DI TEPIAN PANTAI INDAH
batu-batu laut yang menghiburkan
pasiran yang memutih
burung-burung camar bernyanyi
angin risik mencelah
lalu rindu di hatiku
terburai
pada kilauan air
dan lantunan suara ombak
memanggil-manggil
menyebut-nyebut pengertian
langkah yang pincang
ketika merempuh hari
rinduku menatap matahari
yang selalu aku abaikan
akhirnya aku sedari
kini angin rintih
menusuk kalbu
sepanjang jalanan teruji
lelaki yang perlahan
menjunamkan anganannya
pada sayup mata memandang
pasiran yang memutih
burung-burung camar bernyanyi
angin risik mencelah
lalu rindu di hatiku
terburai
pada kilauan air
dan lantunan suara ombak
memanggil-manggil
menyebut-nyebut pengertian
langkah yang pincang
ketika merempuh hari
rinduku menatap matahari
yang selalu aku abaikan
akhirnya aku sedari
kini angin rintih
menusuk kalbu
sepanjang jalanan teruji
lelaki yang perlahan
menjunamkan anganannya
pada sayup mata memandang
Wednesday, November 24, 2010
SELANGIT RESAH
selangit resah
mengharung nafas kematian
keadilan
di bumi ini
di atas nama apakah ?
hakim dan pendakwa berpakat
ini tidak boleh
itu tidak relevan
yang boleh
hanya
cita-cita
memasukkan 'dia' kembali ke penjara
ah, politik melayu yang daif
si pengecut berpura-pura pemberani
si pekak dan si tuli menjadi penyokong abadi !
mengharung nafas kematian
keadilan
di bumi ini
di atas nama apakah ?
hakim dan pendakwa berpakat
ini tidak boleh
itu tidak relevan
yang boleh
hanya
cita-cita
memasukkan 'dia' kembali ke penjara
ah, politik melayu yang daif
si pengecut berpura-pura pemberani
si pekak dan si tuli menjadi penyokong abadi !
Tuesday, November 23, 2010
GUBUK PUISI
kawan, diruang hamparan puisi ini
kononnya kita bersama
kawan, adakah kau perhatikan
secukupnya ?
kawan, jangan menangis
berjuanglah
menongkah beban kata
kawan, temui aku di sini
di sebuah gubuk buruk
ya, sekujur suara marhaen
genggam erat tanganku
ya, di antara berbagai darjat, jangan bersedih
kononnya kita bersama
kawan, adakah kau perhatikan
secukupnya ?
kawan, jangan menangis
berjuanglah
menongkah beban kata
kawan, temui aku di sini
di sebuah gubuk buruk
ya, sekujur suara marhaen
genggam erat tanganku
ya, di antara berbagai darjat, jangan bersedih
DIRGAHAYU PKR
tuhan, nyanyi hatiku, dengarkanlah
si marhaen dengan mimpi
demi perjalanan jauh
menjulang mimpi
sehingga dinihari
mendoakan kejernihan
hati manusia
terangkum di dalamnya
benih rahsia yang tumbuh
menjadi sebuah pulau
(biduk lalu kiambang bertaut untuk PKR)
si marhaen dengan mimpi
demi perjalanan jauh
menjulang mimpi
sehingga dinihari
mendoakan kejernihan
hati manusia
terangkum di dalamnya
benih rahsia yang tumbuh
menjadi sebuah pulau
(biduk lalu kiambang bertaut untuk PKR)
Sunday, November 21, 2010
PULANGKAN KEBENARAN
pulangkanlah kemanusian kepada manusia
jangan diberi kepada binatang
apalagi binatang jalang
pulangkan nyawa simati kepada tuannya
'althantuya' misalnya
supaya dia bercakap benar !
jangan diberi kepada binatang
apalagi binatang jalang
pulangkan nyawa simati kepada tuannya
'althantuya' misalnya
supaya dia bercakap benar !
KEPADA ANAK MUDA
seusai usianya seorang lelaki yang parah
menanggung beban cinta bangsa
dia yang perlu merempuh jerat kemanusiaan
demi peradaban dan masa depan
yang akan dia tinggalkan
hakikatnya dia pejuang bangsa
inilah negara kamu
yang bangsanya telah dirobek
jangan lagi berpura-pura
mencengkam segenggam pasir
lalu berdendang
inilah 'bumi melayu'
untuk anak-anak muda melihat
dihadapanmu ialah persaingan
ilmu, agama islam, peradaban, ekonomi
telah dihancurkan oleh mereka terdahulu
semua pasir dan tanah milik melayu
telah mereka permainkan
semua hasrat murni tentang islam
mereka hanya melakonkan
seperti hebatnya lakonan seorang seniman
menanggung beban cinta bangsa
dia yang perlu merempuh jerat kemanusiaan
demi peradaban dan masa depan
yang akan dia tinggalkan
hakikatnya dia pejuang bangsa
inilah negara kamu
yang bangsanya telah dirobek
jangan lagi berpura-pura
mencengkam segenggam pasir
lalu berdendang
inilah 'bumi melayu'
untuk anak-anak muda melihat
dihadapanmu ialah persaingan
ilmu, agama islam, peradaban, ekonomi
telah dihancurkan oleh mereka terdahulu
semua pasir dan tanah milik melayu
telah mereka permainkan
semua hasrat murni tentang islam
mereka hanya melakonkan
seperti hebatnya lakonan seorang seniman
Friday, November 19, 2010
TUHAN, DENGARLAH
melintasilah di sini tuhanku
meredupkan punah kami
jengkel tanpa sempadan
si penipu tiada langsung malu
merajai kesumat
dendam tak berperi
seperti janji-janjiMu
bertegang dan berjuang
mencari
berenang
mensyukuri pada akhirnya
kejahatan dan tembok tebal
hampir tiada berdaya kami
tuhan
melintasilah di sini
dengar doa kerdil kami
terajanglah kami
yang sombong ini
meredupkan punah kami
jengkel tanpa sempadan
si penipu tiada langsung malu
merajai kesumat
dendam tak berperi
seperti janji-janjiMu
bertegang dan berjuang
mencari
berenang
mensyukuri pada akhirnya
kejahatan dan tembok tebal
hampir tiada berdaya kami
tuhan
melintasilah di sini
dengar doa kerdil kami
terajanglah kami
yang sombong ini
Thursday, November 18, 2010
KEPADA DSAI
hati yang berparut dengki
mereka itu
sentiasa tersenyum menjerat
tiada mereka abadi
di dalam kancah kehidupan
mereka telah meneguk air yang pahit
di situ mereka bermula
di sini akan berakhir
dunia hipokrit !
belulang mereka dipasak
hati membeku curang
mereka teguk darah kemanusian
menggigit berlembar dendam
menghayun langkah terajang
terlalu sumbang !
dunia ini masih bersisa
untuk mereka yang berjuang !
mereka itu
sentiasa tersenyum menjerat
tiada mereka abadi
di dalam kancah kehidupan
mereka telah meneguk air yang pahit
di situ mereka bermula
di sini akan berakhir
dunia hipokrit !
belulang mereka dipasak
hati membeku curang
mereka teguk darah kemanusian
menggigit berlembar dendam
menghayun langkah terajang
terlalu sumbang !
dunia ini masih bersisa
untuk mereka yang berjuang !
SEDERHANA
tidak menyesali langkah yang satu
di dada ada suara
tidak meliar titik bengik persoalan
tidak pun menangis
membiru saujana seperti laut
tenang tenteram
mengaku kerdil
mungkin hina
kerana satu-satunya yang kita pilih
kesederhanaan
wajah menampan mimpi
yang cenderung kepada
keduniaan
di dada ada suara
tidak meliar titik bengik persoalan
tidak pun menangis
membiru saujana seperti laut
tenang tenteram
mengaku kerdil
mungkin hina
kerana satu-satunya yang kita pilih
kesederhanaan
wajah menampan mimpi
yang cenderung kepada
keduniaan
MENGALIR SUNGAI RINDU
di hadapanku sebatang sungai rindu
kedamaian ketenteraman
manusia sepatutnya adil
ikut perentah tuhan
mengalir air sungai rindu itu, jernih
seperti mata kekasih yang luhur
sederhana dan simpati
menjauhi kekejaman
kususuri pesisir sungai rindu itu
ketemui teman-teman
yang bicara sealiran
sedihku berkurangan
kami berehat di muara sungai rindu
kami menoleh kebelakang
semoga teman-teman lain sudi
berusaha menyusuri
sebatang sungai rindu ini !
kedamaian ketenteraman
manusia sepatutnya adil
ikut perentah tuhan
mengalir air sungai rindu itu, jernih
seperti mata kekasih yang luhur
sederhana dan simpati
menjauhi kekejaman
kususuri pesisir sungai rindu itu
ketemui teman-teman
yang bicara sealiran
sedihku berkurangan
kami berehat di muara sungai rindu
kami menoleh kebelakang
semoga teman-teman lain sudi
berusaha menyusuri
sebatang sungai rindu ini !
Monday, November 15, 2010
PASRAH
sebuah puisi hidup bertahun-tahun
telah mengharungi getir bersuara
kalimahnya cergas, bugar dan sinonim
bikinan penyair silam
seperti tiada tandingan
puisi ini sedetik menuju kesuraman
di sisi bumi yang telah berhelah
menggantungkan kepasrahan kepada bisikan
sekiranya masih ada cinta
berdandan di tanah lapang
puisi itu seperti ikut berbahagia
kata-kata manis dibicara
seperti orang bercinta
seperti lazimnya cinta bergantung kepada warna
warna hatinya
telah mengharungi getir bersuara
kalimahnya cergas, bugar dan sinonim
bikinan penyair silam
seperti tiada tandingan
puisi ini sedetik menuju kesuraman
di sisi bumi yang telah berhelah
menggantungkan kepasrahan kepada bisikan
sekiranya masih ada cinta
berdandan di tanah lapang
puisi itu seperti ikut berbahagia
kata-kata manis dibicara
seperti orang bercinta
seperti lazimnya cinta bergantung kepada warna
warna hatinya
SEBATI RINDU
telah sebati rindu dianyam
pada laut
matanya tidak berkedip
jarang dia bicara
kecuali tentang laut
desir angin
keruh air
arah angin
warna awan
usia bulan
gerak pasang
air mati
arus laju
rintik hujan
sahabatku kini bercinta
dengan rindu sebatinya
jangan persoalkan lagi
pada laut
matanya tidak berkedip
jarang dia bicara
kecuali tentang laut
desir angin
keruh air
arah angin
warna awan
usia bulan
gerak pasang
air mati
arus laju
rintik hujan
sahabatku kini bercinta
dengan rindu sebatinya
jangan persoalkan lagi
DI PASIR INI
aku di pasir
berlutut
di sinilah pelbagai menungan
pernah terjadi
dari rezeki nelayan
percintaan yang abadi
atau
hanya menghabiskan puntung
demi puntung rokok
mungkin di atas pasir ini
telah menderita
batin tersiksa
di atas pasir ini
ada rindu terbuang
mungkin
tapak-tapak kaki berjejal
membawa rahsia hati
tuhan tahu itu
di pasir ini
menjadi debu kenangan
bertahun-tahun lamanya
berlutut
di sinilah pelbagai menungan
pernah terjadi
dari rezeki nelayan
percintaan yang abadi
atau
hanya menghabiskan puntung
demi puntung rokok
mungkin di atas pasir ini
telah menderita
batin tersiksa
di atas pasir ini
ada rindu terbuang
mungkin
tapak-tapak kaki berjejal
membawa rahsia hati
tuhan tahu itu
di pasir ini
menjadi debu kenangan
bertahun-tahun lamanya
Friday, November 12, 2010
BERTAHAN
bertahanlah
untuk sebuah kesetiaan
untuk keadilan
pelbagai warna telah kita redah
dan kita
bukan manusia ajaib
kita perlu merempuh
mimpi manusia yang lain
pada akhirnya
menghela wajah hodoh mereka
ketepi
lalu
terhindar
maka dia sendiri akan tahu
dialah yang sebenarnya
manusia malang !
(akhirnya Datuk Zaid pergi jua..)
untuk sebuah kesetiaan
untuk keadilan
pelbagai warna telah kita redah
dan kita
bukan manusia ajaib
kita perlu merempuh
mimpi manusia yang lain
pada akhirnya
menghela wajah hodoh mereka
ketepi
lalu
terhindar
maka dia sendiri akan tahu
dialah yang sebenarnya
manusia malang !
(akhirnya Datuk Zaid pergi jua..)
Wednesday, November 10, 2010
KEPADA ASRI
sejak bilakah keadilan itu harus berhenti
apakah hanya
selepas 'tamat' bicara darihal 'dubur'
di mahkamah ?
sehingga bila keadilan perlu dicari
bukankah selagi hayat
dikandung badan ?
mari kita buka pintu neraka
bukankah semua manusia yang membenci
'keadilan'
sedang terbakar di dalamnya ?
jadi, kenapa perlu bersara mencari keadilan ?
apakah hanya
selepas 'tamat' bicara darihal 'dubur'
di mahkamah ?
sehingga bila keadilan perlu dicari
bukankah selagi hayat
dikandung badan ?
mari kita buka pintu neraka
bukankah semua manusia yang membenci
'keadilan'
sedang terbakar di dalamnya ?
jadi, kenapa perlu bersara mencari keadilan ?
Monday, November 8, 2010
BICARA KEPADA TUHANKU
jalan yang berbelit-belit
dipenuhi manusia berpura-pura
pura-pura itu akhirnya diiktiraf
bukan lagi sebagai kejahatan
2.
doaku berlari kencang
semuga tuhan turun ke mari
menyaksikan 'kebejatan' manusia di sini
tersesat mencari arah
3.
lalu
kupulangkan segala-galanya
kepadaMu !
dipenuhi manusia berpura-pura
pura-pura itu akhirnya diiktiraf
bukan lagi sebagai kejahatan
2.
doaku berlari kencang
semuga tuhan turun ke mari
menyaksikan 'kebejatan' manusia di sini
tersesat mencari arah
3.
lalu
kupulangkan segala-galanya
kepadaMu !
Saturday, November 6, 2010
SURUHANJAYA PILIHANRAYA
menipu itu
sinonim dengan mereka
ajarkan kepada anak-anak
menipu itu juga membolehkan
bahagia
asalkan 'tuan' mereka menang
tidak kira samada
dipanggil mereka 'si celaka'
atau binatang!
(1. 18,000 pengundi pos baru
2. Daerah Pengundi sedia ada ditukar ke tempat lain)
sinonim dengan mereka
ajarkan kepada anak-anak
menipu itu juga membolehkan
bahagia
asalkan 'tuan' mereka menang
tidak kira samada
dipanggil mereka 'si celaka'
atau binatang!
(1. 18,000 pengundi pos baru
2. Daerah Pengundi sedia ada ditukar ke tempat lain)
Monday, November 1, 2010
DERITA BANGSA
maka puing-puing itu tersebak
derita bangsa yang diusung sekian lama
terbuka dan ternganga
rahsianya
lelaki tua bertaraf diktator dengan dendam
yang parah
menangisi kesan perbuatan
ketika di matanya tiada kelihatan tuhan
ketika tangan ajaibnya seakan-akan tangan
tuhan
menulis lalu menghancurkan
peradaban
atas nama kehebatan
yang tiada tara, sangkanya
dengan gelongsor itu
seorang lelaki lain kini
mencuba memasang jerat yang sama
di pergentingan
derita bangsanya
(tanah simpanan melayu:
1957 - 3 juta hektar
1995 - hanya tinggal 1.7 hektar
2010 - ?
nilai saham bumiputera merosot
daripada RM 54 bilion kepada hanya
RM 2 bilion - hilang RM 52 bilion)
derita bangsa yang diusung sekian lama
terbuka dan ternganga
rahsianya
lelaki tua bertaraf diktator dengan dendam
yang parah
menangisi kesan perbuatan
ketika di matanya tiada kelihatan tuhan
ketika tangan ajaibnya seakan-akan tangan
tuhan
menulis lalu menghancurkan
peradaban
atas nama kehebatan
yang tiada tara, sangkanya
dengan gelongsor itu
seorang lelaki lain kini
mencuba memasang jerat yang sama
di pergentingan
derita bangsanya
(tanah simpanan melayu:
1957 - 3 juta hektar
1995 - hanya tinggal 1.7 hektar
2010 - ?
nilai saham bumiputera merosot
daripada RM 54 bilion kepada hanya
RM 2 bilion - hilang RM 52 bilion)
LELAKI INI
hati lelaki yang calar
di bumi tempat kakinya berpijak
kerana dusta yang mencakar
merembat kepercayaannya
lelaki tercalar hatinya akan jadi berani
menangis dia tanpa airmata
meludah dia
ke arah mimpi kosong yang bersalut
gula-gula dusta
yang celaka!
lelaki yang calar hatinya
akan pasti menderhaka!
di bumi tempat kakinya berpijak
kerana dusta yang mencakar
merembat kepercayaannya
lelaki tercalar hatinya akan jadi berani
menangis dia tanpa airmata
meludah dia
ke arah mimpi kosong yang bersalut
gula-gula dusta
yang celaka!
lelaki yang calar hatinya
akan pasti menderhaka!
Subscribe to:
Posts (Atom)