maka puing-puing itu tersebak
derita bangsa yang diusung sekian lama
terbuka dan ternganga
rahsianya
lelaki tua bertaraf diktator dengan dendam
yang parah
menangisi kesan perbuatan
ketika di matanya tiada kelihatan tuhan
ketika tangan ajaibnya seakan-akan tangan
tuhan
menulis lalu menghancurkan
peradaban
atas nama kehebatan
yang tiada tara, sangkanya
dengan gelongsor itu
seorang lelaki lain kini
mencuba memasang jerat yang sama
di pergentingan
derita bangsanya
(tanah simpanan melayu:
1957 - 3 juta hektar
1995 - hanya tinggal 1.7 hektar
2010 - ?
nilai saham bumiputera merosot
daripada RM 54 bilion kepada hanya
RM 2 bilion - hilang RM 52 bilion)
salam sahabat
ReplyDeletepuisi bukan setakat hiburan untuk bacaan santai
dengan fikiran kosong
tapi puisi adalah juga cantuman kata kritik sosial dan pemangkin kesedaran yang ampuh dalam seni
itulah kekuatannya puisi sahabat kali ini...
ya setuju denganmu, Fauzi!
ReplyDelete