negara ini sepi, bagiku
pemimpinnya tandus
tidak mampu menampung harapan rakyat
rakyat miskin dibiarkan begitu
mengharap-harap bantuan
rumah pprt, rumah mesra rakyat
bantuan gigi palsu, bantuan zink
bantuan kambing pawah
bantuan anak ayam, reban ayam
terus mereka biarkan
mimpi 'sekerdil' itu
supaya kuku mereka terus mencengkam
sekuat cengkaman kuku 'cekenit'
sudah terlepas masih terasa gatal amat
disuapkan kata-kata hikmah
'melayu adalah tuan di negara ini'
disogokkan kata-kata hebat
'tidak akan hilang melayu di dunia'
kerana itu
semakin ramai anak-anak gadis melayu
menjadi 'hamba' di kedai-kedai mamak
si peniaga cina menjadikan gadis-gadis melayu pemanis
untuk merobek poket pemuda melayu yang gagah
No comments:
Post a Comment