Friday, December 4, 2009

AKU

malam yang larut
detik diri
di sini terhunjam
kabur di persimpangan
pusar-pusar waktu
mengerdip
dalam temaram

sembunyi aku
dalam diam
lelaki ada keinsafan
kerana perempuan itu
terluka
dukanya bercambah

(welcome to setiakasih)

2 comments:

  1. kuhulur melur
    harap kau sudi
    lama memerhati
    rindu bertaut
    pohon kalbi
    sungguh sepi
    denai menuju
    bagai tak sampai
    hinggaku
    melihatmu
    lewat malam tadi

    sembunyi
    mahu dijumpai
    tanda ingin dimegerti

    diam
    lari diri
    tak mampu aku cari

    lukaku bercambah
    demi hari yang semakin sepi
    lukaku tiada penawar
    hingga kini.

    (thanks zawawi)

    ReplyDelete
  2. puisi yang bersulang
    memberi jawab dan menambah tanya...

    ReplyDelete