Wednesday, December 9, 2009

SEMARAK

hamparan harapan
dalam waktu-waktu yang jernih
di sini kita kembali
menugal
berjurai dalam bait-bait lembut
sang puisi penawar rindu

gerigis masa
yang menyulami kepayahan silam
diterjah jauh, disisih pergi

kita aturkan bebayang bahagia
di sisi perlambangan perkebunan puisi

janji-janji yang tertangguh
semarakkannya
kerana waktu-waktu terluang
berpusaran dalam leka
puing-puing rindu
akan kembali ajaib
diperhitungan hari

2 comments:

  1. dalam kata
    terselit bunga
    harum semerbak
    semarak warna
    merakam keajaiban musim-musim
    cinta berbunga
    dan rindu
    berterbangan
    dihembus nafas
    harapan.


    p.s: gerigis itu apa?

    ReplyDelete
  2. salam sdr awi
    kau aturkan bebayang bahagia
    dalam semarak rindu...

    ReplyDelete