tajam mata pedang mengerikan
tajam kata-kata memenjarakan rasa
puisi adalah lagu rindu
terlahir dari benih bening
embun hanya sebentar menyaluti rumput
atau
akar aur mengukuhkan tebing
saling mereka mengeratkan
demikian
dalam puisi ada rindu
ada akar pohon
ada embun dan air
ada kepiluan jua
sekali-sekala
engkau membakar rasa hatiku
Sunday, May 30, 2010
PILU
renungan mata
aku kagumi
gerak geri
aku termimpi-mimpi
tertanya-tanya
engkau- kah itu
yang sering hadir
dalam
bayang-bayang rinduku
berkenan aku
pada senyuman yang sedikit itu, dan
lebaran senyuman itu
membuatku rindu
namun
kesemua itu menjadi tidak benar
pada akhirnya
aku kagumi
gerak geri
aku termimpi-mimpi
tertanya-tanya
engkau- kah itu
yang sering hadir
dalam
bayang-bayang rinduku
berkenan aku
pada senyuman yang sedikit itu, dan
lebaran senyuman itu
membuatku rindu
namun
kesemua itu menjadi tidak benar
pada akhirnya
Saturday, May 29, 2010
LUPA
pagi yang baru
pagi ini
rasanya seperti biasa
suara burung
deram enjin kereta
basikal tidak berlampu
anak-anak ke sekolah
ibu-ibu membising
ada-ada sahaja yang tidak kena
aku terlupa
aku telah kehilangan
semalam
entah terisi entahkan tidak !
pagi ini
rasanya seperti biasa
suara burung
deram enjin kereta
basikal tidak berlampu
anak-anak ke sekolah
ibu-ibu membising
ada-ada sahaja yang tidak kena
aku terlupa
aku telah kehilangan
semalam
entah terisi entahkan tidak !
PESAN
jangan anjurkan 'pesta joget orang asli'
jangan tikam 'nombor ekor'
jangan ber'ganja'
jangan langgan pelacur
jangan ke kelab dang dut 'mawar merah'
jangan karaoke dengan wanita-wanita 'pemangsa'
jangan sesekali minum arak
siput sudu
siput unam
siput gayam
siput kemudi
remis
siput kemudi kapal
kerang besar dan benih kerang
kepah dan lokan
siput belitung
ikan sembilang
ikan belukang dan ikan duri
ikan pecah periuk
ikan sebelah
ikan bawal tambak
ikan bebolos
ikan selangat dan mekeroi
ikan temenung
ikan belanak dan kedera
ikan senangin
ikan jenahak
belangkas
kepumpun
udang geragau, udang putih dan 'tohe'
udang lipan
ketam dan sotong
aku cuma pengendong rezeki
yang kamu pungut itu
semuanya disediakan
oleh tuhan kamu
tuhan boleh 'tarik balik' semua hak miliknya
'berbaktilah'
pesan laut kepada nelayan
jangan tikam 'nombor ekor'
jangan ber'ganja'
jangan langgan pelacur
jangan ke kelab dang dut 'mawar merah'
jangan karaoke dengan wanita-wanita 'pemangsa'
jangan sesekali minum arak
siput sudu
siput unam
siput gayam
siput kemudi
remis
siput kemudi kapal
kerang besar dan benih kerang
kepah dan lokan
siput belitung
ikan sembilang
ikan belukang dan ikan duri
ikan pecah periuk
ikan sebelah
ikan bawal tambak
ikan bebolos
ikan selangat dan mekeroi
ikan temenung
ikan belanak dan kedera
ikan senangin
ikan jenahak
belangkas
kepumpun
udang geragau, udang putih dan 'tohe'
udang lipan
ketam dan sotong
aku cuma pengendong rezeki
yang kamu pungut itu
semuanya disediakan
oleh tuhan kamu
tuhan boleh 'tarik balik' semua hak miliknya
'berbaktilah'
pesan laut kepada nelayan
BIASAN
setiap kita biasa saja dengan biasan
kadangkala memohon sedikit maaf
kerana salah tafsiran
menyangka cerdik itu bodoh
dan sebaliknya
berdiri dan kecilkan diri
ini dunia telah usang
cuba berdiri dari atas bukit
untuk menilai sesuatu di bawah
dari lembah
merenung ke arah perbukitan
hanya tampak samar dan berbalam
ada kesombongan diri
jika tidak berhati-hati
kita tidak bertemu tuhan
namun suara tuhan amat besar
dan tidak terpinggir
selama manusia ada dan mengerti
mengerti tanpa kesongsangan !
kadangkala memohon sedikit maaf
kerana salah tafsiran
menyangka cerdik itu bodoh
dan sebaliknya
berdiri dan kecilkan diri
ini dunia telah usang
cuba berdiri dari atas bukit
untuk menilai sesuatu di bawah
dari lembah
merenung ke arah perbukitan
hanya tampak samar dan berbalam
ada kesombongan diri
jika tidak berhati-hati
kita tidak bertemu tuhan
namun suara tuhan amat besar
dan tidak terpinggir
selama manusia ada dan mengerti
mengerti tanpa kesongsangan !
Friday, May 28, 2010
SUNGAI KEHIDUPAN
pengakhiran hanya sedetik
lamanya hanya bermain-main
dunia sewajarnya indah
tempat berbakti
hanya setelah teringat
merasakan saatnya sudah terlalu dekat
lama terlena
dibuai mimipi-mimpi
tanpa ketemu hujung
seperti air sungai yang banyak airnya, dulu
tiba-tiba mengecil hampir kekeringan
keindahan beransur hilang
lamanya hanya bermain-main
dunia sewajarnya indah
tempat berbakti
hanya setelah teringat
merasakan saatnya sudah terlalu dekat
lama terlena
dibuai mimipi-mimpi
tanpa ketemu hujung
seperti air sungai yang banyak airnya, dulu
tiba-tiba mengecil hampir kekeringan
keindahan beransur hilang
Wednesday, May 26, 2010
HAKIKAT
tutuplah daun pintu sepimu
akupun tak mendengar apa-apa lagi
hanya naluriku merangkak, ingin tahu
suram atau kepiluan jadi mainan
soalan bermukim
tanpa jawaban
namun akhirnya terserlah sendiri
diam dan bertenang
adakalanya banyak berbakti dalam kehidupan
juga kesabaran
mengurangkan kesedihan
'bercakap-cakap dengan tuhan'
dan
menerima
suratan
akupun tak mendengar apa-apa lagi
hanya naluriku merangkak, ingin tahu
suram atau kepiluan jadi mainan
soalan bermukim
tanpa jawaban
namun akhirnya terserlah sendiri
diam dan bertenang
adakalanya banyak berbakti dalam kehidupan
juga kesabaran
mengurangkan kesedihan
'bercakap-cakap dengan tuhan'
dan
menerima
suratan
Tuesday, May 25, 2010
LIHAT GENERASI BARU
tentang manusia kecil seperti aku
jangan pedulikan
aku hanya penumpang di sini
di sebuah negara yang sedang sakit
melayuku dalam gelisah
berpuluh tahun mereka memerintah
bertaut menjadi sebati
kepincangan
mereka tidak akan meminta tuhan datang
kerana mereka hebat
dari dulu, kini dan selama-lamanya !
jangan pedulikan
aku hanya penumpang di sini
di sebuah negara yang sedang sakit
melayuku dalam gelisah
berpuluh tahun mereka memerintah
bertaut menjadi sebati
kepincangan
mereka tidak akan meminta tuhan datang
kerana mereka hebat
dari dulu, kini dan selama-lamanya !
Monday, May 24, 2010
ANGKARA JUDI
seorang 'tok pekong' dan rakan masuk ke hutan
ketika mentari telah lama rebah
suasana gelap gelita
'menurun' di bawah sebatang pokok besar
dengan lilin, sekapur sireh seulas pinang, rokok daun dan tembakau
mohon 'datuk' petunjukkan 'nombor ekor'
kerana 'cucu' orang miskin
jika 'kena' nanti
cucu akan sembelihkan ayam
jika menang besar
cucu sembelihkan kambing
darahnya akan cucu 'persembahkan' kepada datuk
tolonglah kami, datuk !
ketika mentari telah lama rebah
suasana gelap gelita
'menurun' di bawah sebatang pokok besar
dengan lilin, sekapur sireh seulas pinang, rokok daun dan tembakau
mohon 'datuk' petunjukkan 'nombor ekor'
kerana 'cucu' orang miskin
jika 'kena' nanti
cucu akan sembelihkan ayam
jika menang besar
cucu sembelihkan kambing
darahnya akan cucu 'persembahkan' kepada datuk
tolonglah kami, datuk !
Sunday, May 23, 2010
DOA
seperti seseorang yang tercari-cari
bolehkah dia menemui sepenuhnya ?
bimbang, gusar, sedih, pilu dan ragu
anugerah melalui hati
keringat berguguran
dengan helaan nafas panjang
mengungsi di rumah jiwa
demikianlah
apabila terbangnya semangat
terdamparlah wajah kosong
pada airmukanya
di saat begini
Tuhanlah Maha Perkasa
sesudah lamanya terlupa !
bolehkah dia menemui sepenuhnya ?
bimbang, gusar, sedih, pilu dan ragu
anugerah melalui hati
keringat berguguran
dengan helaan nafas panjang
mengungsi di rumah jiwa
demikianlah
apabila terbangnya semangat
terdamparlah wajah kosong
pada airmukanya
di saat begini
Tuhanlah Maha Perkasa
sesudah lamanya terlupa !
JUANG
aku bermula dengan melihat
menafsir dan merumuskan
sudah pasti tidak sepenuhnya benar
mereka selalu berkata
'bercakap benar sekalipun pahit'
dan kata-kata yang lain
'andai takut pada risiko, jangan
bicara soal perjuangan'
betapa hebat mereka
yang berjuang
mencari keredhaan ilahi
jangan perkecilkan !
menafsir dan merumuskan
sudah pasti tidak sepenuhnya benar
mereka selalu berkata
'bercakap benar sekalipun pahit'
dan kata-kata yang lain
'andai takut pada risiko, jangan
bicara soal perjuangan'
betapa hebat mereka
yang berjuang
mencari keredhaan ilahi
jangan perkecilkan !
Saturday, May 22, 2010
MENTERI DAN RAKYAT
menteri juga buat silap
menipu
akhirnya menjadi
kesangsian
rakyat
tetapi rakyat
seperti juga menteri
seringkali
menipu diri mereka sendiri
menipu
akhirnya menjadi
kesangsian
rakyat
tetapi rakyat
seperti juga menteri
seringkali
menipu diri mereka sendiri
KULIT SIPUT DURI
kulit siput di pantai ini
berduri
dikutip dan dirasakan cantik bagi pengunjung
yang sesekali ke tepi laut
siput duri
amat menyusahkan nelayan
apabila tersangkut pada pukat
seharian melepaskannya
di antara dua darjat
saling tidak mengerti
berduri
dikutip dan dirasakan cantik bagi pengunjung
yang sesekali ke tepi laut
siput duri
amat menyusahkan nelayan
apabila tersangkut pada pukat
seharian melepaskannya
di antara dua darjat
saling tidak mengerti
JUDI BOLA
'tarik semua lesen judi di selangor
jika kamu hehat'
demikian suara hati
khir toyo (penyapu)
ketika mengulas isu judi bola
hakikatnya dia sendiri pun tidak hebat
kerana dia pernah menjawat
jawatan itu
lupakah dia ?
sehingga ke pintu kubur sekalipun
tidak ada yang perlu ditakutkan
bagi mereka
jika bala datang, semua kena !
pedulikan
fikir mereka !
jika kamu hehat'
demikian suara hati
khir toyo (penyapu)
ketika mengulas isu judi bola
hakikatnya dia sendiri pun tidak hebat
kerana dia pernah menjawat
jawatan itu
lupakah dia ?
sehingga ke pintu kubur sekalipun
tidak ada yang perlu ditakutkan
bagi mereka
jika bala datang, semua kena !
pedulikan
fikir mereka !
Friday, May 21, 2010
SUBSIDI GULA
mereka ketawa
mereka ketawa lagi
perangkap mengena
mangsa telah terlena
ya, akan ditarik balik !
mereka ketawa lagi
perangkap mengena
mangsa telah terlena
ya, akan ditarik balik !
SEOLAH-OLAH
seolah-olah laut itu biru
seolah-olah langit itu biru
dan fatamorgana
tanpa warna
seolah-olah keheningan
diam bisu
adalah sesuatu yang nyaman
seolah-olah angin itu bersuara
walau tanpa diketahui
dari mana puncanya
demikianlah
supaya kita tidak selalu lupa
seolah-olah langit itu biru
dan fatamorgana
tanpa warna
seolah-olah keheningan
diam bisu
adalah sesuatu yang nyaman
seolah-olah angin itu bersuara
walau tanpa diketahui
dari mana puncanya
demikianlah
supaya kita tidak selalu lupa
Thursday, May 20, 2010
RISAU
bertatih
dari hati ke hati
denai rindu
bersentuhan
dalam kerlingan
terbit gusar
lagu hati
gemerincing
kerana cinta
pernah datang
dan
pernah menghilang
dari hati ke hati
denai rindu
bersentuhan
dalam kerlingan
terbit gusar
lagu hati
gemerincing
kerana cinta
pernah datang
dan
pernah menghilang
Wednesday, May 19, 2010
PETAI SIAM & BELANGKAS
pokok-pokok renik
menikam bahu
'pokok petai siam', kata orang tua
bersusah payah kami
menghela basikal
di celahannya
untuk sampai ke pinggir laut
ini musim belangkas
seekor berharga seringgit
belangkas jantan 'tak laku'
pekik kawan-kawan yang memang gemar
membuat bising
itu rezeki kami semasa kecil
tidak kira halal atau haram
'belangkas haram dimakan, duitnya juga haram'
kata orang-orang yang rajin ke masjid
pantai tanjung kepah, lekir
ketika air pasang
kami meranduk di gigi air di pantai
berharap tersadung sepasang belangkas
kami tidak peduli setia belangkas itu
yang jantan dicampakkan semula ke laut
ambil yang betina
seringgit itu mahal, yop !
menikam bahu
'pokok petai siam', kata orang tua
bersusah payah kami
menghela basikal
di celahannya
untuk sampai ke pinggir laut
ini musim belangkas
seekor berharga seringgit
belangkas jantan 'tak laku'
pekik kawan-kawan yang memang gemar
membuat bising
itu rezeki kami semasa kecil
tidak kira halal atau haram
'belangkas haram dimakan, duitnya juga haram'
kata orang-orang yang rajin ke masjid
pantai tanjung kepah, lekir
ketika air pasang
kami meranduk di gigi air di pantai
berharap tersadung sepasang belangkas
kami tidak peduli setia belangkas itu
yang jantan dicampakkan semula ke laut
ambil yang betina
seringgit itu mahal, yop !
Tuesday, May 18, 2010
KEPADA ADIK
pulanglah
denai yang merindui kamu
pokok mengkudu
jambu air bongkok
pokok nangka tidak pernah
berbuah lagi
di halaman rumah tua itu
sesekali ibu memandang ke anjung
seperti terdengar
suara cucu-cucunya
tak kunjung tiba
denai yang merindui kamu
pokok mengkudu
jambu air bongkok
pokok nangka tidak pernah
berbuah lagi
di halaman rumah tua itu
sesekali ibu memandang ke anjung
seperti terdengar
suara cucu-cucunya
tak kunjung tiba
Monday, May 17, 2010
PUISI TASBIH
mendengar suara-suara gemersik puisi tasbih berkumandang
melintasi jendela lalu menerawang di angkasa raya
tersipu-sipu anganan luhur dengan permai
menyegarkan nama tuhan tanpa ada yang lain
pasrah rindu kehebatanNya pada setiap musim
semusim kering atau rimbunan awan berpaksi di langit
sebentar akan menebarkan hujan
betapa kesyukuran memanjang memugar detik usia
pada setiap sudut diri yang sentiasa tercemar
senandung lagu puisi dengan nilai keinginan besar,
memburu keberkatan
menerjah diri dengan menginsafi segala tanda-tanda
yang disebarkanNya
meneruskan pengabadian diri di atas lorong yang benar
mengasingkan jauh segala jenis kepura-puraan
sehinggalah apabila semakin dekat
nama kita mulai disebut untuk dipanggil
seharusnyalah pulang ke sana
ketika tiada lagi harapan
tidak mampu untuk berpaling !
melintasi jendela lalu menerawang di angkasa raya
tersipu-sipu anganan luhur dengan permai
menyegarkan nama tuhan tanpa ada yang lain
pasrah rindu kehebatanNya pada setiap musim
semusim kering atau rimbunan awan berpaksi di langit
sebentar akan menebarkan hujan
betapa kesyukuran memanjang memugar detik usia
pada setiap sudut diri yang sentiasa tercemar
senandung lagu puisi dengan nilai keinginan besar,
memburu keberkatan
menerjah diri dengan menginsafi segala tanda-tanda
yang disebarkanNya
meneruskan pengabadian diri di atas lorong yang benar
mengasingkan jauh segala jenis kepura-puraan
sehinggalah apabila semakin dekat
nama kita mulai disebut untuk dipanggil
seharusnyalah pulang ke sana
ketika tiada lagi harapan
tidak mampu untuk berpaling !
AROMA PUISIMU
lapar dahaga
bau-bauan puisi
yang aku tunggu
darimu
seperti aroma
bunga kembang pagi di lembah
harum mewangi
tiada kecelaan
pepatung dan rerama
bermain-main
berburu-buruan
jantan dan betina
rindu pada suasana
rindu pada aroma
puisimu
dan
bunga kembang pagi
warna silam
bau-bauan puisi
yang aku tunggu
darimu
seperti aroma
bunga kembang pagi di lembah
harum mewangi
tiada kecelaan
pepatung dan rerama
bermain-main
berburu-buruan
jantan dan betina
rindu pada suasana
rindu pada aroma
puisimu
dan
bunga kembang pagi
warna silam
Sunday, May 16, 2010
SELAGI
getir rasa
getir rahsia
kehidupan
yang aku miliki
namun
berserah aku
kepadaMu
di setiap dendam harapan yang terbuku
kubisikkan
seperti angin
berdesiran
aku ingin
menjadi penyabar
lagi pemaaf
selagi
ada lorong kebenaran
terpampang di sepanjang
jalan keredhaan
getir rahsia
kehidupan
yang aku miliki
namun
berserah aku
kepadaMu
di setiap dendam harapan yang terbuku
kubisikkan
seperti angin
berdesiran
aku ingin
menjadi penyabar
lagi pemaaf
selagi
ada lorong kebenaran
terpampang di sepanjang
jalan keredhaan
SAHABAT SILAM
salam akrab
sahabat silamku dan aku amat rindu
aku ingin mendengar
ingin menatap mesra
wajah lima-puluhan
semasa kita bersama
di asrama dulu
kita hanya 17 tahun
sahabat silamku dan aku amat rindu
aku ingin mendengar
ingin menatap mesra
wajah lima-puluhan
semasa kita bersama
di asrama dulu
kita hanya 17 tahun
Saturday, May 15, 2010
BERAMBUS PELACUR POLITIK
apabila diminta bercakap benar
maka aku katakan
mereka itu adalah 'rakan yang celaka'
punyai hati pendendam terbusuk!
mereka itu
dahulu di zaman penjajah disebut talibarut 'orang putih'
di palestin disebut 'talibarut israel'
lidah mereka lidah hitam pelacur yang termurah
bangkai berjiwa yang mereput
kerentungan
pergilah
berambuslah
jangan ganggu perjuangan pejuang sebenar!
maka aku katakan
mereka itu adalah 'rakan yang celaka'
punyai hati pendendam terbusuk!
mereka itu
dahulu di zaman penjajah disebut talibarut 'orang putih'
di palestin disebut 'talibarut israel'
lidah mereka lidah hitam pelacur yang termurah
bangkai berjiwa yang mereput
kerentungan
pergilah
berambuslah
jangan ganggu perjuangan pejuang sebenar!
KERANA ACUAN
ini hari untuk remaja
akurlah
tidak perlu dikesalkan
diperlakukan apa sahaja, maafkan
si tua kini tidak diperlukan
zaman kehebatan si tua sudah berlalu
si muda akan sentiasa memarahi si tua
kerana si tua itu seorang yang sombong, dulunya
terima sahaja hakikat
akibat acuan masa silam !
(setelah 64 tahun, parti songkok tinggi itu telah gagal)
akurlah
tidak perlu dikesalkan
diperlakukan apa sahaja, maafkan
si tua kini tidak diperlukan
zaman kehebatan si tua sudah berlalu
si muda akan sentiasa memarahi si tua
kerana si tua itu seorang yang sombong, dulunya
terima sahaja hakikat
akibat acuan masa silam !
(setelah 64 tahun, parti songkok tinggi itu telah gagal)
Friday, May 14, 2010
REFORMASI
di hujung terowong
ada lampu ajaib
yang benderang
demikian
jiwa reformasi yang mereka hamburkan, dulu
namun kini
wang rasuah nampaknya lebih gah
dari cahaya yang ditunggu itu!
(hanya untuk pejuang tulen, terus berjuang)
ada lampu ajaib
yang benderang
demikian
jiwa reformasi yang mereka hamburkan, dulu
namun kini
wang rasuah nampaknya lebih gah
dari cahaya yang ditunggu itu!
(hanya untuk pejuang tulen, terus berjuang)
Thursday, May 13, 2010
AWAS
mengheret pilu
kemanusiaan
dalam ragu payah
manusia berupa-rupa
menghadap langit, berdoa
kelam hatinya ramai tidak menyangka
kemanusiaan
dalam ragu payah
manusia berupa-rupa
menghadap langit, berdoa
kelam hatinya ramai tidak menyangka
SI PENJUAL DURIAN
terlupa lorong ke masjid
khamis atau jumaat sama sahaja
pedulikanlah sesiapa
aku hanya menjual durian
aku orang susah
demikian, di benak hati
si penjual durian
di tengah pekan
ketika muazin
melaungkan azan
jumaat
khamis atau jumaat sama sahaja
pedulikanlah sesiapa
aku hanya menjual durian
aku orang susah
demikian, di benak hati
si penjual durian
di tengah pekan
ketika muazin
melaungkan azan
jumaat
SAKSI MUDA
lelaki muda
menjadi saksi
malang sungguh
lucah sungguh
hina sungguh
malu sungguh
bodoh sungguh
celaka sungguh
seperti binatang
barua besar
tidak bertuhan ?
dan
lain-lain
siapa dibelakangnya
jika bukan si songkok tinggi ?
demikianlah
berada dalam fikiran rakyat malaysia
kini.
menjadi saksi
malang sungguh
lucah sungguh
hina sungguh
malu sungguh
bodoh sungguh
celaka sungguh
seperti binatang
barua besar
tidak bertuhan ?
dan
lain-lain
siapa dibelakangnya
jika bukan si songkok tinggi ?
demikianlah
berada dalam fikiran rakyat malaysia
kini.
ARAK DAN JUDI
apabila menyarung cinta
pada peraih pendosa
maka datanglah
kayu-kayu pemukul
membunuh luluh
cinta hakiki
terima hakikat
nasib diri
yang amat celaka !
(kepada parti songkok tinggi)
pada peraih pendosa
maka datanglah
kayu-kayu pemukul
membunuh luluh
cinta hakiki
terima hakikat
nasib diri
yang amat celaka !
(kepada parti songkok tinggi)
Wednesday, May 12, 2010
DI MANA KEADILAN ?
semakin daun-daun kemurniaan
di istana keadilan
kehitaman dan gugur
usang lalu reput
seperti aku melonjak dari lemas
di laut lepas
aku hanya mampu berdoa
kusebut namaNya berkali-kali
tuhan
tuhan
tuhan
datanglah
selamatkanlah aku!
(Apabila pendakwa dan hakim berbincang
untuk memusnahkan seseorang)
di istana keadilan
kehitaman dan gugur
usang lalu reput
seperti aku melonjak dari lemas
di laut lepas
aku hanya mampu berdoa
kusebut namaNya berkali-kali
tuhan
tuhan
tuhan
datanglah
selamatkanlah aku!
(Apabila pendakwa dan hakim berbincang
untuk memusnahkan seseorang)
Tuesday, May 11, 2010
AKU INGIN
ku ingin berkongsi malam denganmu
berkongsi rasa indah
merenung bulan
menikmati jernih bintang
mengintai bayang-bayang ranting mati di dalam kelam
mendengar garau suara burung malam
mendengar desir sayapnya melintas
hampir di ubun-ubun kepala
aku ingin
menikmati malam yang seram
sunyi lagi sepi
menyusuri
bisik-bisik rindu
yang merayap
dan bertatih
di antara dua hati kita
berkongsi rasa indah
merenung bulan
menikmati jernih bintang
mengintai bayang-bayang ranting mati di dalam kelam
mendengar garau suara burung malam
mendengar desir sayapnya melintas
hampir di ubun-ubun kepala
aku ingin
menikmati malam yang seram
sunyi lagi sepi
menyusuri
bisik-bisik rindu
yang merayap
dan bertatih
di antara dua hati kita
Sunday, May 9, 2010
HATI YANG LELAH
aku menyebut namaMu dengan payah
aku bertatih
aku mencari satu persatu
Engkau yang jauh
seperti kutemu semula
di dalam kabut kabus
tetapi Dia mampir
terasa matanya, tangannya hampir menyentuh
menyelak tabir kelam kesongsangan
dahulunya membatu
di kejauhan ini amat
cemerlang ketakutanku kepada
bunyi sesuatu yang
memanggil-manggilku
untuk pulang
seperti aku tidak tahu jalan
pulang
demikianlah, hatiku yang lelah
aku bertatih
aku mencari satu persatu
Engkau yang jauh
seperti kutemu semula
di dalam kabut kabus
tetapi Dia mampir
terasa matanya, tangannya hampir menyentuh
menyelak tabir kelam kesongsangan
dahulunya membatu
di kejauhan ini amat
cemerlang ketakutanku kepada
bunyi sesuatu yang
memanggil-manggilku
untuk pulang
seperti aku tidak tahu jalan
pulang
demikianlah, hatiku yang lelah
Saturday, May 8, 2010
NILAI ABADI
langkah terbilang
lelaki yang benar
lagi gagah
penyambung kepada
perjalanan yang dahulunya tertangguh
membisikkan kemurnian
menjauhi kesilapan
hari demi hari
mencari payung akhirat
semestinya ada kelukaan
hambatan kegusaran
tersadung duri sembilu
sehingga suatu hari nanti
ditemui pengganti
yang soleh dan solehah
langkah demi langkah
susun atur dalam perjalanan diri
ingin menemukan
nilai abadi
lelaki yang benar
lagi gagah
penyambung kepada
perjalanan yang dahulunya tertangguh
membisikkan kemurnian
menjauhi kesilapan
hari demi hari
mencari payung akhirat
semestinya ada kelukaan
hambatan kegusaran
tersadung duri sembilu
sehingga suatu hari nanti
ditemui pengganti
yang soleh dan solehah
langkah demi langkah
susun atur dalam perjalanan diri
ingin menemukan
nilai abadi
DEDALU
berfikir
seperti dedalu
meneguk
hak yang lain
tidak kira di dalam duri atau api
tidak peduli
jikapun ada jalan yang lain
seperti dedalu
meneguk
hak yang lain
tidak kira di dalam duri atau api
tidak peduli
jikapun ada jalan yang lain
Friday, May 7, 2010
PERINDU
aku adalah perindu
tanpa noktah
memburu suara beburung
dengkur laut
debur ombak
memburu perbukitan
kabus
dan
bunga kembang pagi
sungai mengalir
hutan hujan di sisi
paya bakau
lokan dan siput belitung
angin mendesir
datang dari pulau kejauhan
segalanya menghambat
hatiku yang bergetar
demi ciptaan ilahi
agar aku mengerti
tanpa noktah
memburu suara beburung
dengkur laut
debur ombak
memburu perbukitan
kabus
dan
bunga kembang pagi
sungai mengalir
hutan hujan di sisi
paya bakau
lokan dan siput belitung
angin mendesir
datang dari pulau kejauhan
segalanya menghambat
hatiku yang bergetar
demi ciptaan ilahi
agar aku mengerti
NAFSU MEMBAKAR
ada duri ada api
ada ranjau
ada nafsu berjuang
di sebalik diri
sesuatu ukuran
tidak disukat dalam ela atau hasta
terkejut
damai silam yang mati
andaian indah pelbagai
dalam ghairah penafsiran
nafsu merangkak juang
membunuh sekecil-kecil kemurnian
yang dihela dalam nafas
tercungap-cungap
ada ranjau
ada nafsu berjuang
di sebalik diri
sesuatu ukuran
tidak disukat dalam ela atau hasta
terkejut
damai silam yang mati
andaian indah pelbagai
dalam ghairah penafsiran
nafsu merangkak juang
membunuh sekecil-kecil kemurnian
yang dihela dalam nafas
tercungap-cungap
Thursday, May 6, 2010
PANDUAN
memberiku sedikit makna dalam perjalanan
ialah mengurangkan kesilapan
sahabat dan rakan berkata senang
tanpa berniat melukai mereka
jujur seadanya
tanpa dendam tanpa keraguan
perjalanan masing-masing menuju desa abadi
hanya di sana
semakin keruh telaga untuk di minum airnya
danau dulunya tempat bergembira telah lenyap
meniti hari kini
penuh harapan
diamanahkan generasi seterusnya
untuk menuju masa depan yang tidak diketahui
ramai orang berkata
al-quran untuk semua zaman
ialah mengurangkan kesilapan
sahabat dan rakan berkata senang
tanpa berniat melukai mereka
jujur seadanya
tanpa dendam tanpa keraguan
perjalanan masing-masing menuju desa abadi
hanya di sana
semakin keruh telaga untuk di minum airnya
danau dulunya tempat bergembira telah lenyap
meniti hari kini
penuh harapan
diamanahkan generasi seterusnya
untuk menuju masa depan yang tidak diketahui
ramai orang berkata
al-quran untuk semua zaman
Wednesday, May 5, 2010
SEMBANG
sehingga terbenam mentari
sehari suntuk masa
dihabiskan di separuh sedar
bersembang dan bersembang
apa sahaja topik
kerja-kerja harian tertangguh
kemudian tanahair ini
bukan sahaja tergadai
malah dirampas
oleh nilai ringgit
yang sentiasa menggigit
jiwa bangsa yang tidak dapat
disedarkan lagi
(di sebuah gerai usang di tepi sebuah alur sungai)
sehari suntuk masa
dihabiskan di separuh sedar
bersembang dan bersembang
apa sahaja topik
kerja-kerja harian tertangguh
kemudian tanahair ini
bukan sahaja tergadai
malah dirampas
oleh nilai ringgit
yang sentiasa menggigit
jiwa bangsa yang tidak dapat
disedarkan lagi
(di sebuah gerai usang di tepi sebuah alur sungai)
TELAH JAUH
jauh
jauh dari tuhan
al-quran telah disimpan
lihat bintang-bintang
lihat bulan
lihat matahari
lihat tanah kuburan !
(apabila mahkamah persekutuan menolak
rayuan DSAI untuk membatalkan pertuduhan liwat)
jauh dari tuhan
al-quran telah disimpan
lihat bintang-bintang
lihat bulan
lihat matahari
lihat tanah kuburan !
(apabila mahkamah persekutuan menolak
rayuan DSAI untuk membatalkan pertuduhan liwat)
Tuesday, May 4, 2010
BICARA
masih ingin bicara soal perjuangan
dalam sesaat dua yang sempit
mencari makna merdeka
mencari firasat dan falsafah
'dasar ekonomi baru'
'dasar pandang ke timur'
'kepimpinan melalui teladan'
'wawasan 2020'
'islam hadhari'
'1malaysia'
sedarkah kita
siapakah pembina slogan-slogan tersebut
yang tidak menogok arak ?
hasil darinya ?
(Hanya Tun Abdullah Ahmad Badawi terkecuali,
lain-lain perdana menteri malaysia
kesemuanya menogok arak - Dato Mustafa Ali, S/u Agung PAS)
dalam sesaat dua yang sempit
mencari makna merdeka
mencari firasat dan falsafah
'dasar ekonomi baru'
'dasar pandang ke timur'
'kepimpinan melalui teladan'
'wawasan 2020'
'islam hadhari'
'1malaysia'
sedarkah kita
siapakah pembina slogan-slogan tersebut
yang tidak menogok arak ?
hasil darinya ?
(Hanya Tun Abdullah Ahmad Badawi terkecuali,
lain-lain perdana menteri malaysia
kesemuanya menogok arak - Dato Mustafa Ali, S/u Agung PAS)
MASIH DIAM
ku susurkan pilu hati
ke dalam sungai duka berdarah
ketika manusia jahat
menciptakan kebaikan
dari mulut naga
dan ular berbisa
yang memamah
peradaban manusia
masakini
apabila negaraku dilanda
pelbagai kezaliman
dan ketidakadilan
masih rakyatnya membisu
seolah-olah tuhan tidak pernah berbicara
tentang kebaikan
tentang kejahatan
tentang akhirat
ke dalam sungai duka berdarah
ketika manusia jahat
menciptakan kebaikan
dari mulut naga
dan ular berbisa
yang memamah
peradaban manusia
masakini
apabila negaraku dilanda
pelbagai kezaliman
dan ketidakadilan
masih rakyatnya membisu
seolah-olah tuhan tidak pernah berbicara
tentang kebaikan
tentang kejahatan
tentang akhirat
Monday, May 3, 2010
KATAK-KATAK POLITIK
tekun kamu menghadap
sampah dan ludah
lucah
ke mana mahu membawa
wang banyak yang dipungut itu ?
untuk membeli
kain kafan
kapas
tikar mengkuang
kapor barus
keranda
upah korek liang
upah baca talkin
rm500 belum tentu habis !
sampah dan ludah
lucah
ke mana mahu membawa
wang banyak yang dipungut itu ?
untuk membeli
kain kafan
kapas
tikar mengkuang
kapor barus
keranda
upah korek liang
upah baca talkin
rm500 belum tentu habis !
WAHYU
ada warna disebaliknya
di sebelah sini hanya warna kosong
dekat bagi lelaki yang berani
jauh bagi mereka yang kecut
ada hati yang luka berpanjangan
hadir persoalan tegar dalam diri
bumi ini yang dipijak
manusia berada
di antara langit dan bumi
amat kedekut jawapan
untuk memberitahu seluruh
ramai pula kecundang
dalam penafsiran sendiri-sendiri
wahyu
suara gema bergegar
manusia selangkah ke hadapan
manusia selangkah demi selangkah
tertinggal di belakang
dalam olang aleng alunan ombak
kehidupan
terlepas satu demi satu
budi berharga
semakin jauh dan sayup
sepasang
cinta & cita yang dulunya
meranum
di sebelah sini hanya warna kosong
dekat bagi lelaki yang berani
jauh bagi mereka yang kecut
ada hati yang luka berpanjangan
hadir persoalan tegar dalam diri
bumi ini yang dipijak
manusia berada
di antara langit dan bumi
amat kedekut jawapan
untuk memberitahu seluruh
ramai pula kecundang
dalam penafsiran sendiri-sendiri
wahyu
suara gema bergegar
manusia selangkah ke hadapan
manusia selangkah demi selangkah
tertinggal di belakang
dalam olang aleng alunan ombak
kehidupan
terlepas satu demi satu
budi berharga
semakin jauh dan sayup
sepasang
cinta & cita yang dulunya
meranum
MENGUPAH PENASIHAT
kepimpinan negara
pada hakikatnya
bergantung kepada teraju utama
lihatlah dari sejarah
perjuangannya
pemusatan keinginannya
sejak dari dulu
latar keagamaannya
pandangan ke hadapan
kearah mana negara dibawa
di kalangan negara-negara di dunia
juga
ekonomi rakyatnya
bagaimana kiranya
pelaku utama itu
bertindak
menjaga dirinya sendiri
hanya
untuk memanjangkan langkah
dia pun mengupah penasihat
dengan menggunakan wang rakyat
lalu menamakan misinya itu
'rakyat didahulukan'
pada hakikatnya
bergantung kepada teraju utama
lihatlah dari sejarah
perjuangannya
pemusatan keinginannya
sejak dari dulu
latar keagamaannya
pandangan ke hadapan
kearah mana negara dibawa
di kalangan negara-negara di dunia
juga
ekonomi rakyatnya
bagaimana kiranya
pelaku utama itu
bertindak
menjaga dirinya sendiri
hanya
untuk memanjangkan langkah
dia pun mengupah penasihat
dengan menggunakan wang rakyat
lalu menamakan misinya itu
'rakyat didahulukan'
Sunday, May 2, 2010
KEPADA 'N'
kenapa rindu datang lagi
tika angin menderu lalu
langkah silam
telah rebah
nyanyian diri
telah bernoktah
rindu
seulas bahasa nurani
kelat
tetapi
berperi
tika angin menderu lalu
langkah silam
telah rebah
nyanyian diri
telah bernoktah
rindu
seulas bahasa nurani
kelat
tetapi
berperi
KEDAI NOMBOR RAMALAN
di suatu sudut atas di dinding kedai itu
tertulis kata-kata
'berjudi adalah haram bagi orang-orang islam'
tetapi
begitu ramai orang melayu
yang masuk
kenapa tidak
ditukarkan ayat tersebut
'berjudi adalah haram bagi orang-orang melayu'
(sanggupkah kita katakan bahawa orang melayu
tidak semestinya beragama islam ? Jika islam kenapa berjudi ?)
tertulis kata-kata
'berjudi adalah haram bagi orang-orang islam'
tetapi
begitu ramai orang melayu
yang masuk
kenapa tidak
ditukarkan ayat tersebut
'berjudi adalah haram bagi orang-orang melayu'
(sanggupkah kita katakan bahawa orang melayu
tidak semestinya beragama islam ? Jika islam kenapa berjudi ?)
Saturday, May 1, 2010
GARISAN
garisan akhir dan senyuman
di situ
terjadi sesuatu
garisan hidup dan tanda had
rupanya ada sesuatu yang mula difikirkan
apabila pohon telah tua
apabila janji masih terkepung
dusta
kata-kata lebih mulus
luahan jauh dari kamar hati
supaya butir-butir tutur
mententeramkan
silam dan kenangan
menerobos kepiluan
keinsafan di bawah sedar
seperti suara tuhan itu
mendatang terus dan bersambut
di sudut jiwa yang hening
di situ
terjadi sesuatu
garisan hidup dan tanda had
rupanya ada sesuatu yang mula difikirkan
apabila pohon telah tua
apabila janji masih terkepung
dusta
kata-kata lebih mulus
luahan jauh dari kamar hati
supaya butir-butir tutur
mententeramkan
silam dan kenangan
menerobos kepiluan
keinsafan di bawah sedar
seperti suara tuhan itu
mendatang terus dan bersambut
di sudut jiwa yang hening
BUKAN MITOS
manusia berkepala tiga
bukan mitos
ia benar
memiliki bibir yang ranum
baju biru selalu dipakainya membuatkan
siapa sahaja tewas pada kelembutan
renungannya mendalam
sengsara sesiapa yang mahu menyiksanya
sumpahnya
rapi dan tersusun
hanya hari ini dia ingin memohon maaf
di antaranya orang-orang alim
yang sentiasa berteleku di masjid
ditipunya
maafkan
di padang akhirat nanti
dia akan ceramah lagi
(Isnin ini, Ezam Mohd Nor akan mengangkat sumpah menjadi SENATOR)
bukan mitos
ia benar
memiliki bibir yang ranum
baju biru selalu dipakainya membuatkan
siapa sahaja tewas pada kelembutan
renungannya mendalam
sengsara sesiapa yang mahu menyiksanya
sumpahnya
rapi dan tersusun
hanya hari ini dia ingin memohon maaf
di antaranya orang-orang alim
yang sentiasa berteleku di masjid
ditipunya
maafkan
di padang akhirat nanti
dia akan ceramah lagi
(Isnin ini, Ezam Mohd Nor akan mengangkat sumpah menjadi SENATOR)
SURAM PUISI
musim suram puisi
seperti pohon tidak lebat berbuah
dari hati
rawan dan silu
puisi lagu kecil
nurani
kembang bunga pagi
menyulam gusar hati
adakah puisi akan mati ?
lihat air jernih
di kolam yang lama ditinggalkan
hanya nostalgia
puisi di bibir
puisi di hati
mekar namun terasing !
seperti pohon tidak lebat berbuah
dari hati
rawan dan silu
puisi lagu kecil
nurani
kembang bunga pagi
menyulam gusar hati
adakah puisi akan mati ?
lihat air jernih
di kolam yang lama ditinggalkan
hanya nostalgia
puisi di bibir
puisi di hati
mekar namun terasing !
Subscribe to:
Posts (Atom)