Wednesday, May 26, 2010

HAKIKAT

tutuplah daun pintu sepimu
akupun tak mendengar apa-apa lagi
hanya naluriku merangkak, ingin tahu

suram atau kepiluan jadi mainan
soalan bermukim
tanpa jawaban
namun akhirnya terserlah sendiri

diam dan bertenang
adakalanya banyak berbakti dalam kehidupan
juga kesabaran
mengurangkan kesedihan
'bercakap-cakap dengan tuhan'
dan
menerima
suratan

1 comment:

  1. salam zawawi,

    Yup, dalam keadaan demikian
    Allah mahu kita bercakap
    dengan-Nya. Justeru,
    ambil peluang
    jarang ini!

    Ditarik nikmat dunia,
    diberi-Nya nikmat
    bersama dengan-Nya

    O alangkah
    bahagia

    ReplyDelete