Saturday, May 29, 2010

PESAN

jangan anjurkan 'pesta joget orang asli'
jangan tikam 'nombor ekor'
jangan ber'ganja'
jangan langgan pelacur
jangan ke kelab dang dut 'mawar merah'
jangan karaoke dengan wanita-wanita 'pemangsa'
jangan sesekali minum arak

siput sudu
siput unam
siput gayam
siput kemudi
remis
siput kemudi kapal
kerang besar dan benih kerang
kepah dan lokan
siput belitung

ikan sembilang
ikan belukang dan ikan duri
ikan pecah periuk
ikan sebelah
ikan bawal tambak
ikan bebolos
ikan selangat dan mekeroi
ikan temenung
ikan belanak dan kedera
ikan senangin
ikan jenahak
belangkas
kepumpun
udang geragau, udang putih dan 'tohe'
udang lipan

ketam dan sotong

aku cuma pengendong rezeki
yang kamu pungut itu
semuanya disediakan
oleh tuhan kamu
tuhan boleh 'tarik balik' semua hak miliknya

'berbaktilah'

pesan laut kepada nelayan

2 comments:

  1. salam zawawi,

    Akan ingat pesanmu
    itu, Insya-Allah

    Dan benarlah, agama itu
    nasihat!

    ReplyDelete
  2. puisi yang harus dinikmati oleh pelaut kita yang muda dan yang tua...nasib mereka tidak pernah berubah antaranya bukan kerana orang tengah tetapi kerana sikap sendiri...seperti yang terhurai dalam rangkap pertama puisi ini...

    ReplyDelete