Sunday, September 26, 2010

DARI KATIL HOSPITAL

ruang ini tidak abadi
seperti telah usai
segalanya
tidak lagi mahu bertanya

hanya kemelut
mengenang dosa-dosa silam
andai dapat
ingin ditarik semula

nafas semakin menyesak
udara seperti beracun

kenapa dahulu
melupakan banyak perkara kebaikan
selalu pula terlambat
sentiasa tersilap

di siling putih
mata menerawang
kelihatan seperti bintang-bintang
kadang-kala mengerdip
seperti kunang-kunang

No comments:

Post a Comment