Friday, September 3, 2010

LUMUT

lama dahulu
aku dan rakan-rakan remaja
mencatat puisi pada kertas-kertas lusuh

di pekan lumut 'silam' itu
'jam tinggi' dan pokok-pokok besar
sebuah 'kincir angin'
sekitar tepian pantai
selat dindings

belajar mengenali burung putih, 'camar'
mengenali pohon cemara

sebuah bukit bernama 'ungku busu'
di seberang selat berbalam kampong damar laut

di sini insan bercinta
lumut bandar indah 'semadi rindu'

1 comment:

  1. kini lumut sudah terlalu asing untuk kita...
    lumut tidak lagi mengingati bahawa kita pernah bercanda di sana..

    ReplyDelete