seindah cahaya di mata kelkatu
dunia menjadi sempit
tertampan dan menggelepar
terpatah sayap
kerana laut yang berombak garang
betapa keganasan dan kedegilan yang direngkuh
mencari sebutir bintang sebagai panduan
untuk terus meluncuri
Friday, February 25, 2011
SUSUNAN
di dalam diri ada janji merimbun
daun-daunnya segar bugar
pada permulaan
tidak hanya kekayaan wang menjadi penentu
betapa sebaiknya memikirkan setiap hari
tanda-tanda keagungan
menjadi lelaki atau perempuan yang hidupnya sepi
di sebaliknya ada sesuatu rahsia
diimbas semula dan menemui
kiranya hidup ini suatu ujian
ujian itu adalah perjalanan
kita kadangkala memandang ke kiri ke kanan
dengan kabur
daun-daunnya segar bugar
pada permulaan
tidak hanya kekayaan wang menjadi penentu
betapa sebaiknya memikirkan setiap hari
tanda-tanda keagungan
menjadi lelaki atau perempuan yang hidupnya sepi
di sebaliknya ada sesuatu rahsia
diimbas semula dan menemui
kiranya hidup ini suatu ujian
ujian itu adalah perjalanan
kita kadangkala memandang ke kiri ke kanan
dengan kabur
SAYANG
aku akan menyayangimu
kerana aku terpegun
demi sepotong nama
menyayangi dan menaungi
musuh selalu datang ketika kesempitan
sekiranya tewas, terluka kedua
aku akan merinduimu, menyayangi
kerana aku begitu kagum
kau yang membasahkan daun-daun
kerinduan
dari permulaan episod
kerana aku terpegun
demi sepotong nama
menyayangi dan menaungi
musuh selalu datang ketika kesempitan
sekiranya tewas, terluka kedua
aku akan merinduimu, menyayangi
kerana aku begitu kagum
kau yang membasahkan daun-daun
kerinduan
dari permulaan episod
HIDUP INI
di sisimu jiwaraga membesar
memilih erti kata-kata, sentiasa
berjalan-jalan di pinggiran
berhati-hati mendengar janji
guruh di langit
kilat menerus, seperti akan hujan
merenung sambil memilih kata-kata
bukan sehingga terpedaya
memilih erti kata-kata, sentiasa
berjalan-jalan di pinggiran
berhati-hati mendengar janji
guruh di langit
kilat menerus, seperti akan hujan
merenung sambil memilih kata-kata
bukan sehingga terpedaya
Tuesday, February 22, 2011
DENGAN RASA PEDULI
menghela nafas diri
sekujur harap direngkuh
menggapai
keinginan yang satu
kemenangan
kemenangan
seperti rakyat mesir
dan tunisia
kezaliman
membengkok seperti besi jeriji
yang memenjarakan nadi rakyat
sesungguhnya 1malaysia
tanpa selindung
mengupas
kebangsatan pemimpin
mari menelan bara
sehingga menjadi abu !
sekujur harap direngkuh
menggapai
keinginan yang satu
kemenangan
kemenangan
seperti rakyat mesir
dan tunisia
kezaliman
membengkok seperti besi jeriji
yang memenjarakan nadi rakyat
sesungguhnya 1malaysia
tanpa selindung
mengupas
kebangsatan pemimpin
mari menelan bara
sehingga menjadi abu !
MAHA AGUNG
diriku dan puisiku
kata-kata di dalam kata-kata
yang tidak pernah sempurna
diriku dan bayang-bayang
kabur dan malap
mengintai dari lorong sepi rasa
kepada perjalanan semula
maha agung entah di mana dicari
di suatu sudut tidak ditemui
rasanya seperti amat dekat
seperti hanya di sisi
kata-kata di dalam kata-kata
yang tidak pernah sempurna
diriku dan bayang-bayang
kabur dan malap
mengintai dari lorong sepi rasa
kepada perjalanan semula
maha agung entah di mana dicari
di suatu sudut tidak ditemui
rasanya seperti amat dekat
seperti hanya di sisi
Monday, February 21, 2011
MASIH RAWAN
debu-debu kehidupan
bertaburan di persisir hari
bergumpalan
daki-daki
di sepanjang jalur yang terentang
hati dan budi bersaing
menongkah ke langit
langit yang terbahagi dua
warnanya
kesuraman
menginjak lorong itu
menemui jalan mati di hujung
hanya keajaiban
dariMu oh tuhan..
bertaburan di persisir hari
bergumpalan
daki-daki
di sepanjang jalur yang terentang
hati dan budi bersaing
menongkah ke langit
langit yang terbahagi dua
warnanya
kesuraman
menginjak lorong itu
menemui jalan mati di hujung
hanya keajaiban
dariMu oh tuhan..
Sunday, February 20, 2011
BATASAN
kenapa tidak
kita katakan sahaja
bahawa rezeki tuhan ini cukup untuk semua
kecuali kerana hadirnya manusia-manusia tamak
menggenggam tanpa tiris
tanpa peduli
kemanusiaan
kita katakan sahaja
bahawa rezeki tuhan ini cukup untuk semua
kecuali kerana hadirnya manusia-manusia tamak
menggenggam tanpa tiris
tanpa peduli
kemanusiaan
Saturday, February 19, 2011
HANYA AKAL
orang tua itu dan dendamnya yang larut
semakin kosong
menelan buih-buih mimpinya yang
belum sempurna
akal, akal dan akal, pada pendapatnya
lalu kagum kepada diri sendiri
menunggu saat menjentik hatinya
biar luka berdarah derita hatinya terus terbakar
dan terus parah tanpa doa
tanpa kerlingan dari semua
yang dizaliminya
(Baru-baru ini Mahathir menghina Nik Aziz)
semakin kosong
menelan buih-buih mimpinya yang
belum sempurna
akal, akal dan akal, pada pendapatnya
lalu kagum kepada diri sendiri
menunggu saat menjentik hatinya
biar luka berdarah derita hatinya terus terbakar
dan terus parah tanpa doa
tanpa kerlingan dari semua
yang dizaliminya
(Baru-baru ini Mahathir menghina Nik Aziz)
MERANGKAI MIMPI
aku merangkai mimpi
terbang dari bintang ke bintang
di dada langit
melihat sendiri isi cinta yang merekah
seumpama delima
sekian ranumnya
dan manis
sejurai dari saat itu
belum dapat kusentuh
hanya hadir di susur bayangan...
terbang dari bintang ke bintang
di dada langit
melihat sendiri isi cinta yang merekah
seumpama delima
sekian ranumnya
dan manis
sejurai dari saat itu
belum dapat kusentuh
hanya hadir di susur bayangan...
Friday, February 18, 2011
MENERJAH
izinkan aku dengan kata-kata
menerjah ke pintu zaman
kerana sejarah telah punah
sejarah belum tentu
membaiki masadepan
masih terjerumus mereka
di liang yang sama itu
ke hadapan yang terentang
asfal tidak berdinding
sehinggalah manusia benar-benar parah
terapung bak buih di lautan
menemukan pintu terakhir
menerobos ke pintu hari
dengan wajah sejarah silam
telah melupuskan keindahan
menerjah ke pintu zaman
kerana sejarah telah punah
sejarah belum tentu
membaiki masadepan
masih terjerumus mereka
di liang yang sama itu
ke hadapan yang terentang
asfal tidak berdinding
sehinggalah manusia benar-benar parah
terapung bak buih di lautan
menemukan pintu terakhir
menerobos ke pintu hari
dengan wajah sejarah silam
telah melupuskan keindahan
CIPTAAN
di pusaran ini
kita memiliki cinta
dari debu-debu hanyut
melingkungi realiti
mengabaikan
atau berpura-pura tidak mengerti
sehingga matahari telah condong
beranjak ke senjakala
laut malam yang terpaku
di sisinya sepotong rindu
yang melatari keajaiban
tersisih dari ciptaan manusia
kita memiliki cinta
dari debu-debu hanyut
melingkungi realiti
mengabaikan
atau berpura-pura tidak mengerti
sehingga matahari telah condong
beranjak ke senjakala
laut malam yang terpaku
di sisinya sepotong rindu
yang melatari keajaiban
tersisih dari ciptaan manusia
Wednesday, February 9, 2011
KIRANYA
sepotong rindu itu masih
di tubir hari
melingkungi detik-detik yang berdenyut
ke kiri atau ke kanan masih
sepotong rindu itu membakar
rangka-rangka pohon
usang
yang telah merekah
bertenggek seperti dedalu
seakan hadirku
dibenci dicaci
di tubir hari
melingkungi detik-detik yang berdenyut
ke kiri atau ke kanan masih
sepotong rindu itu membakar
rangka-rangka pohon
usang
yang telah merekah
bertenggek seperti dedalu
seakan hadirku
dibenci dicaci
Tuesday, February 8, 2011
BUIH-BUIH DI LAUTAN
menghempas dengan diri dan lagu
untuk lebih mengerti
perkisahan
buih-buih yang hanyut di lautan
hancur dan luluh
luluh di mata
luluh di hati
esok belum jelas
apa yang dirancang
apa yang dinanti
buih-buih di lautan menghanyutkan dirinya
untuk lebih mengerti
perkisahan
buih-buih yang hanyut di lautan
hancur dan luluh
luluh di mata
luluh di hati
esok belum jelas
apa yang dirancang
apa yang dinanti
buih-buih di lautan menghanyutkan dirinya
AKHIRNYA
telah aku simpan cerita itu
bukan namanya dendam
namanya hanya
lagu puisi hati
yang tidak kesampaian
seperti beburung melayang terbang
hanya tinggal pandangan
di sebuah likuan
bukan namanya dendam
namanya hanya
lagu puisi hati
yang tidak kesampaian
seperti beburung melayang terbang
hanya tinggal pandangan
di sebuah likuan
Subscribe to:
Posts (Atom)