Friday, February 18, 2011

MENERJAH

izinkan aku dengan kata-kata
menerjah ke pintu zaman
kerana sejarah telah punah

sejarah belum tentu
membaiki masadepan
masih terjerumus mereka
di liang yang sama itu

ke hadapan yang terentang
asfal tidak berdinding
sehinggalah manusia benar-benar parah
terapung bak buih di lautan
menemukan pintu terakhir

menerobos ke pintu hari
dengan wajah sejarah silam
telah melupuskan keindahan

1 comment: