kemboja di sebatas pasir
daun-daun mereput diterjah
sepusar angin
menyelinapkan pilu
telah pun usai sekian mimpi mereka
di sepanjang jaraknya
rumah tanpa jendela
mereka benar-benar telah menempuh
jalan sehala
pernah dibisikkan ditelinga
amal jariah yang sempurna
anak-anak soleh dan solehah
kemurnian jiwa
kini sepotong janji manusia
benar-benar teruji
di sisi janji tuhannya yang benar
kemboja, debu hitam dan
sepusar angin
ketika petang mulai meredup
Sunday, May 29, 2011
Monday, May 23, 2011
KETIKA HUJAN
gemersik hujan
memberi masa
sedetik kepada kami
untuk bermenung
insan-insan berdosa
tandus tanpa berbakti
yang panjang akal dilebihkan
yang pendek menikus
di tengah-tengahnya
serumpun lalang
ketika mula tersedar
hujan telah teduh
suam panas menikam
tiada yang terbakar
kecuali kehilangan
bait-bait
serumpun sajak
yang telah terganggu
memberi masa
sedetik kepada kami
untuk bermenung
insan-insan berdosa
tandus tanpa berbakti
yang panjang akal dilebihkan
yang pendek menikus
di tengah-tengahnya
serumpun lalang
ketika mula tersedar
hujan telah teduh
suam panas menikam
tiada yang terbakar
kecuali kehilangan
bait-bait
serumpun sajak
yang telah terganggu
Sunday, May 22, 2011
SENJA
bukankah senja itu terbuang
selepas gugurnya cahaya
kecuali memunggah doa
dari bumi ke langit
atau
sepasang kelkatu
menduga cahaya keliru
kerdip kelip-kelip
jauh dan sayu
selepas gugurnya cahaya
kecuali memunggah doa
dari bumi ke langit
atau
sepasang kelkatu
menduga cahaya keliru
kerdip kelip-kelip
jauh dan sayu
Saturday, May 21, 2011
79 DARIPADA 222
seorang lelaki tua bernama UMNO
melompat setinggi galah
matanya terbeliak
detik nadinya putus-putus
rupa-rupanya hanya 79 daripada 222 kerusi
bagaimana, bagaimana?
hayat dan kesinambungan
bergelut titik noktah ?
kini dia ternampak seorang lelaki separuh umur
bernama PAS, berwajah jernih
'celaka itu keadilan' bisik lelaki tua
menepuk-nepuk bahu lelaki yang lebih muda
lelaki tua senyumnya panjang dan meleret...
melompat setinggi galah
matanya terbeliak
detik nadinya putus-putus
rupa-rupanya hanya 79 daripada 222 kerusi
bagaimana, bagaimana?
hayat dan kesinambungan
bergelut titik noktah ?
kini dia ternampak seorang lelaki separuh umur
bernama PAS, berwajah jernih
'celaka itu keadilan' bisik lelaki tua
menepuk-nepuk bahu lelaki yang lebih muda
lelaki tua senyumnya panjang dan meleret...
Friday, May 20, 2011
MATLAMAT
yang menoleh
hanya sedikit benar
longgokan kata-kata baik
terbuang akhirnya terbang menghilang
kerana susunan dan aturan
sesuatu yang sulit
selalu dicari orang di permulaan niat
sejujurnya bukan kerana peribadi
susunan yang tulen dengan keinsafan
adalah pilihan yang benar-benar
namun ujian tetap datang jua
samaada sanggup atau tidak
maka pilihlah kata-kata baik lagi benar
sekurang-kurang dengan niat
kiranya itu yang akan disukat
hanya sedikit benar
longgokan kata-kata baik
terbuang akhirnya terbang menghilang
kerana susunan dan aturan
sesuatu yang sulit
selalu dicari orang di permulaan niat
sejujurnya bukan kerana peribadi
susunan yang tulen dengan keinsafan
adalah pilihan yang benar-benar
namun ujian tetap datang jua
samaada sanggup atau tidak
maka pilihlah kata-kata baik lagi benar
sekurang-kurang dengan niat
kiranya itu yang akan disukat
Thursday, May 19, 2011
BINTANG BERSELIMUT HITAM
jangan rajuk tangis
bintang selalu ada
di langit
hanya selimut hitam
meragukan
sekelip mata tertampan
hayat bukan sejengkal
mimpi belum terburai
rindu masih dikulum
kau pilih sebuah lorong
dan aku sebuah lorong
akan bertemu di sana ?
di tempat hawa nan sejuk
atau hawa yang panas
aku ingin berpacaran malam ini
dengan bintang-bintang di langit sunyi, dan
aku ingin menangis
mendinginkan pilu
bintang selalu ada
di langit
hanya selimut hitam
meragukan
sekelip mata tertampan
hayat bukan sejengkal
mimpi belum terburai
rindu masih dikulum
kau pilih sebuah lorong
dan aku sebuah lorong
akan bertemu di sana ?
di tempat hawa nan sejuk
atau hawa yang panas
aku ingin berpacaran malam ini
dengan bintang-bintang di langit sunyi, dan
aku ingin menangis
mendinginkan pilu
Wednesday, May 18, 2011
TUN
angin yang kita hirup milik tuhan
jangan bersedih
jangan percaya datangnya mati
hanya terhumban ke dunia sunyi
pokok yang kau tarah batangnya
seakan-akan sedia mereput dan layu daunnya
legasimu bersambung
mereka berdiri di atas duri, mereka kukuh kagum
benang-benang basah yang ajaib, mulus dari mulutmu
masih menegak
hanya dengkur nafas berpura-pura tidur
meremang merimaskan suhu suam malam ini
terima kasih untuk kata-kata dan tindak laku
sekurang-kurangnya disebut sebagai nama, seorang manusia
jangan bersedih
jangan percaya datangnya mati
hanya terhumban ke dunia sunyi
pokok yang kau tarah batangnya
seakan-akan sedia mereput dan layu daunnya
legasimu bersambung
mereka berdiri di atas duri, mereka kukuh kagum
benang-benang basah yang ajaib, mulus dari mulutmu
masih menegak
hanya dengkur nafas berpura-pura tidur
meremang merimaskan suhu suam malam ini
terima kasih untuk kata-kata dan tindak laku
sekurang-kurangnya disebut sebagai nama, seorang manusia
Tuesday, May 17, 2011
NAZAK
saat-saat nazak
sejemput nafas cuma
kebal di kerongkong
kebejatan kezaliman
terserlah
detik demi detik
di hati rakyat melata
berdetak doa dan kebencian
bagi yang beragama dan yang kurang
si penguasa fasih menipu
hanya sekali ini tergigit lidah
demi dosa yang kian parah
sia-sia dari derita
tak bersisa rezeki yang ada
rasa terpedaya di setiap ketika
sejemput nafas cuma
kebal di kerongkong
kebejatan kezaliman
terserlah
detik demi detik
di hati rakyat melata
berdetak doa dan kebencian
bagi yang beragama dan yang kurang
si penguasa fasih menipu
hanya sekali ini tergigit lidah
demi dosa yang kian parah
sia-sia dari derita
tak bersisa rezeki yang ada
rasa terpedaya di setiap ketika
SEJARAH TIDAK MENGUBAH MASADEPAN
hitam dari sejarah
masih ia menerjah
lubang yang sama itu
terjelepuk bukan sekali
dipatuk ular yang sama
di hujung jari yang sama
perulangan demi perulangan
seperti jalur memanjang
bebal dan sebal
siapa yang malu
terasa sebu
siapa yang terbuku!
melayuku kehilangan malu !
(kaitan dgn kes liwat 2)
masih ia menerjah
lubang yang sama itu
terjelepuk bukan sekali
dipatuk ular yang sama
di hujung jari yang sama
perulangan demi perulangan
seperti jalur memanjang
bebal dan sebal
siapa yang malu
terasa sebu
siapa yang terbuku!
melayuku kehilangan malu !
(kaitan dgn kes liwat 2)
KEADILAN
kehilangan lagu puisiku yang manis
rasa berantakan
menyahut semua ketidakadilan dengan duka
demi percintaan tegar kepada keadilan
engkau boleh tersenyum tetapi tidak aku
ketika keadilan dicerobohi aku terus melutut
sehingga langit petang ini akan runtuh
aku bahagia berselimut kehitaman tanpa pilu
tuhanku lalu aku sebut namamu kerana kejahatan, kebejatan
bermaharajalela, ramai pula lelaki wanita tersenyum puas
pada saat-saat matinya sebuah keadilan itu
mendongak aku ke langit mencari tuhan
rasa berantakan
menyahut semua ketidakadilan dengan duka
demi percintaan tegar kepada keadilan
engkau boleh tersenyum tetapi tidak aku
ketika keadilan dicerobohi aku terus melutut
sehingga langit petang ini akan runtuh
aku bahagia berselimut kehitaman tanpa pilu
tuhanku lalu aku sebut namamu kerana kejahatan, kebejatan
bermaharajalela, ramai pula lelaki wanita tersenyum puas
pada saat-saat matinya sebuah keadilan itu
mendongak aku ke langit mencari tuhan
Monday, May 16, 2011
SERAKAH
serakah tidak mengira darjat
menjilat apajua
tetapi ingin juga mengerti tuhan
seperti tulang di dalam daging saling mengukuhkan
kini bahasa politik baru menerjah
segala kelucahan dengan dongeng rimba
melayu menebarkan segala hasadnya
dari perut-perut sundal menerobos nafsu
sekali ini kebusukan yang terburai
letih lesu kebingungan menjadi anak tangga yang dipanjat
doa dan kata-kata baik tidak lagi dihitung
laba dan darjat di mata yang disorong
menjilat apajua
tetapi ingin juga mengerti tuhan
seperti tulang di dalam daging saling mengukuhkan
kini bahasa politik baru menerjah
segala kelucahan dengan dongeng rimba
melayu menebarkan segala hasadnya
dari perut-perut sundal menerobos nafsu
sekali ini kebusukan yang terburai
letih lesu kebingungan menjadi anak tangga yang dipanjat
doa dan kata-kata baik tidak lagi dihitung
laba dan darjat di mata yang disorong
DUA DARIPADA TIGA
kiranya kita mula diajarkan bahawa api neraka itu
tidaklah sepanas mana
bercakaplah dengan dongeng, bersumpahlah
dengan apa-apa namapun
kita belajar mengerti bahawa hakim itu
asalnya dari manusia jalanan, kini terpilih
di sinipun sebuah syurga yang indah dan terang
di sana nanti kiranya bayang-bayang hitam
hakim itu seperti biasa dengan bibir mulus
memohorkan tanda halal untuk segalanya
mimpi ingin melihat kesempurnaan telah tertewas di sini
terpaksalah menunggu lebih lama untuk disukat takahnya
tidaklah sepanas mana
bercakaplah dengan dongeng, bersumpahlah
dengan apa-apa namapun
kita belajar mengerti bahawa hakim itu
asalnya dari manusia jalanan, kini terpilih
di sinipun sebuah syurga yang indah dan terang
di sana nanti kiranya bayang-bayang hitam
hakim itu seperti biasa dengan bibir mulus
memohorkan tanda halal untuk segalanya
mimpi ingin melihat kesempurnaan telah tertewas di sini
terpaksalah menunggu lebih lama untuk disukat takahnya
Sunday, May 15, 2011
DOA
hidup tanpa kesal
mengadu dan menangis kepada tuhan
kerencaman itu sebahagian
sesekali pertanyaan-pertanyaan ngilu hadir di sudut doa
detik dan doa
seiring
hati yang kembali sejuk
ingat tuhan melihat, mendengar
berkali-kali dengan doa
semuga kau tidak jemu
mendengar bisikanku
mengadu dan menangis kepada tuhan
kerencaman itu sebahagian
sesekali pertanyaan-pertanyaan ngilu hadir di sudut doa
detik dan doa
seiring
hati yang kembali sejuk
ingat tuhan melihat, mendengar
berkali-kali dengan doa
semuga kau tidak jemu
mendengar bisikanku
Wednesday, May 11, 2011
CEMPAKA PUTIH DI SANGGULMU
sekuntum cempaka putih disanggulmu
seputih apakah ?
ketika angin silu berhembus di celahan
rumputan menghijau
di kanvas nyaman
seperti jejak-jejak
sempurna, seorang wanita
yang ingin berlenggang
dengan damai mimpi
si anak dagang
seputih apakah ?
ketika angin silu berhembus di celahan
rumputan menghijau
di kanvas nyaman
seperti jejak-jejak
sempurna, seorang wanita
yang ingin berlenggang
dengan damai mimpi
si anak dagang
TRIO DATUK T
apabila mereka begitu hebat mencabar tuhan
apabila akhirnya terkedu kerana kepandiran
lihatlah dengan mata kepala yang tidak dungu
pengakhirannya sebuah peristiwa yang direkacipta
mereka lari berselindung di sebalik rimbun kata-kata
bak puisi, menongkah sejuta malu tak keruan
dunia ini kecoh kerana hati manusia
yang bebal dan beracun
bernanah dengan fitnah!
apabila akhirnya terkedu kerana kepandiran
lihatlah dengan mata kepala yang tidak dungu
pengakhirannya sebuah peristiwa yang direkacipta
mereka lari berselindung di sebalik rimbun kata-kata
bak puisi, menongkah sejuta malu tak keruan
dunia ini kecoh kerana hati manusia
yang bebal dan beracun
bernanah dengan fitnah!
RINDU
dengan kerakusan kata-kata
aku telah terjerat payah
di pundakku seberkas wangian cinta
yang ku hela
demi kamu
tanpa ragu
di sebatang lorong cinta itu
aku yang tidak pandai berdalih ini
tiba-tiba merindui kamu
aku telah terjerat payah
di pundakku seberkas wangian cinta
yang ku hela
demi kamu
tanpa ragu
di sebatang lorong cinta itu
aku yang tidak pandai berdalih ini
tiba-tiba merindui kamu
Tuesday, May 10, 2011
MASIH DEMIKIAN
ku usaikan musim rindu ini
berdiri di tubir waktu
yang tragis
watak-watak berhias
melangkah dan melingkari bumi
dengan sejengkal harap
gubuk usang menyimpan rahsia terbatas
ketika keraguan enggan pergi lalu kembali
membina seruang doa
maka hati masih belum sedia berkalih arah
kini menghadap bulan gelisah dan embun rawan
sesekali degup tegar dari pelusuk jantung kedengaran
berdiri di tubir waktu
yang tragis
watak-watak berhias
melangkah dan melingkari bumi
dengan sejengkal harap
gubuk usang menyimpan rahsia terbatas
ketika keraguan enggan pergi lalu kembali
membina seruang doa
maka hati masih belum sedia berkalih arah
kini menghadap bulan gelisah dan embun rawan
sesekali degup tegar dari pelusuk jantung kedengaran
Monday, May 9, 2011
DARJAT MELAYU
saat lalu adalah bercengkerama
bermimpi dengan fasih
apabila lalang telah tumbuh meliar
di tanah lapang
tiada sabit dan tiada racun rumpai
kaki dan tangan longlai
menongkah maju bukit kehidupan
melihat dari tempat tinggi
lupalah tanah lapang yang di penuhi lalang
tempat sang babi mulai bersarang
lagu lama yang sering terlupa senikata
langkah lama mulai sumbang
cinta hakiki mulai hilang
menjual diri kini menjadi petualang
duhai bangsa yang lumpuh
sampai bilakah
darah merah basi menjerkah meruah ke tanah ?
(takziah - apabila musibah melanda bumbung banglo 4 tingkat
S/u Agong UMNO- mungkin kita fikir hanya bumbung rumah atap nipah
yang wajar demikian)
bermimpi dengan fasih
apabila lalang telah tumbuh meliar
di tanah lapang
tiada sabit dan tiada racun rumpai
kaki dan tangan longlai
menongkah maju bukit kehidupan
melihat dari tempat tinggi
lupalah tanah lapang yang di penuhi lalang
tempat sang babi mulai bersarang
lagu lama yang sering terlupa senikata
langkah lama mulai sumbang
cinta hakiki mulai hilang
menjual diri kini menjadi petualang
duhai bangsa yang lumpuh
sampai bilakah
darah merah basi menjerkah meruah ke tanah ?
(takziah - apabila musibah melanda bumbung banglo 4 tingkat
S/u Agong UMNO- mungkin kita fikir hanya bumbung rumah atap nipah
yang wajar demikian)
Sunday, May 8, 2011
MENJELANG PILIHANRAYA KE 13
putaran kabur sedang bermentera
berdoa melalui bomoh untuk meramal nasib
harta dunia yang mereka genggam
bagaimana melunaskan kesinambungan
rakyat juga bermimpi dan bertemberang
sama seperti mereka
rakyat juga penggemar dangdut, nombor ekor
jom heboh, gelek daud kilau
rakyat juga boleh diajak membaca yassin,
berforum perdana tentang islam yang hebat
dipolimikkan bahawa kristen akan menjajah
maka bergemuruhkan pahlawan dan hulubalang
di mana kesimpulan video seks pemimpin yang
dicanangkan ?
sesudah melayu mudah lupa
melayu juga mudah meloya
di benak mereka hanyalah kesinambungan !
berdoa melalui bomoh untuk meramal nasib
harta dunia yang mereka genggam
bagaimana melunaskan kesinambungan
rakyat juga bermimpi dan bertemberang
sama seperti mereka
rakyat juga penggemar dangdut, nombor ekor
jom heboh, gelek daud kilau
rakyat juga boleh diajak membaca yassin,
berforum perdana tentang islam yang hebat
dipolimikkan bahawa kristen akan menjajah
maka bergemuruhkan pahlawan dan hulubalang
di mana kesimpulan video seks pemimpin yang
dicanangkan ?
sesudah melayu mudah lupa
melayu juga mudah meloya
di benak mereka hanyalah kesinambungan !
Saturday, May 7, 2011
SUMPAH OH SUMPAHAN
apabila orang alim kebingungan
yang bodoh kelihatan cerdik
apabila dinding ragu telah pecah
bayang-bayang enggan berselindung
terpacullah wajah si tukang fitnah
dari renda jendela yang amat mahal
bertakunglah maruah mereka
di lubang jamban
oh celakanya manusia ini
bakal menghalakan wajah ke hadapan tuhan nanti
terperosok dan ternganga
tersipu-sipu dan tercari-cari lain-lain
temberang !
(pada 29.4.11 datok eskay bersumpah di masjid mengiyakan video itu,
pada 4.5.11 dia menafikan ada menuduh DSAI berzina. Ah, gila sungguh!)
yang bodoh kelihatan cerdik
apabila dinding ragu telah pecah
bayang-bayang enggan berselindung
terpacullah wajah si tukang fitnah
dari renda jendela yang amat mahal
bertakunglah maruah mereka
di lubang jamban
oh celakanya manusia ini
bakal menghalakan wajah ke hadapan tuhan nanti
terperosok dan ternganga
tersipu-sipu dan tercari-cari lain-lain
temberang !
(pada 29.4.11 datok eskay bersumpah di masjid mengiyakan video itu,
pada 4.5.11 dia menafikan ada menuduh DSAI berzina. Ah, gila sungguh!)
Friday, May 6, 2011
HASRAT PEJUANG
dengan lesunya memilih
susunatur dan gerak
yang terbentur
mengikut jejak
berpusu-pusu niat
murni dan tulus
menuntut kasih
demi tuhan
nafas tercungap
menghadapi raksasa
dan sang puaka
yang menggenggam bumi
kami berdoa
kami menghitung
kami berdebar
kami tekun berjalan di dalam gelap
kami lesu dan bersedih
kami menadah tangan
semuga Allah meluluskan 'kemenangan'
susunatur dan gerak
yang terbentur
mengikut jejak
berpusu-pusu niat
murni dan tulus
menuntut kasih
demi tuhan
nafas tercungap
menghadapi raksasa
dan sang puaka
yang menggenggam bumi
kami berdoa
kami menghitung
kami berdebar
kami tekun berjalan di dalam gelap
kami lesu dan bersedih
kami menadah tangan
semuga Allah meluluskan 'kemenangan'
Thursday, May 5, 2011
HURAIKAN SENDIRI
helaian nasib
kertas-kertasnya telah bertimbun
daun-daun luruh setiap hari disapu
pohonnya masih menongkah ke awan
kata-kata syukur dan tulus ingatan
bergetar dari dalam
lihat di sana masih kerakusan
tamak bermaharajalela
yang telah kekenyangan amat
terus tidak berhasrat melunaskan janji-janji
kecuali baktinya akan bisa menambah
menjadi gunung di sebalik bukit
maka tertewaslah lalu gugur, daun-daun dan
buku-buku catatan
yang jauh dari sempurna
kertas-kertasnya telah bertimbun
daun-daun luruh setiap hari disapu
pohonnya masih menongkah ke awan
kata-kata syukur dan tulus ingatan
bergetar dari dalam
lihat di sana masih kerakusan
tamak bermaharajalela
yang telah kekenyangan amat
terus tidak berhasrat melunaskan janji-janji
kecuali baktinya akan bisa menambah
menjadi gunung di sebalik bukit
maka tertewaslah lalu gugur, daun-daun dan
buku-buku catatan
yang jauh dari sempurna
KAMPONG PPRT
daerah marhaen
ditukul orang kata-kata
memberat seperti besi
di pundaknya
dengan mulut terlopong
mereka menyiat-nyiat
isi kata-kata
namun lidah terus kelu
hari yang redup
tidak mereka hiraukan
mentari di sebalik awan
tidak mereka risaukan hujan
di daerah marhaen ini
halaman dipenuhi rumput
pelepah kelapa bersilang di jalan
anjing dan kucing berbisik-bisik
menyiat-nyiat rezeki yang ada
di kantong mereka
hanya ada catatan harapan dan
mimpi
melibas-libaskan kartu nasib
di hadapan sebuah lukisan compang camping
mereka menanti pejuang ?
ditukul orang kata-kata
memberat seperti besi
di pundaknya
dengan mulut terlopong
mereka menyiat-nyiat
isi kata-kata
namun lidah terus kelu
hari yang redup
tidak mereka hiraukan
mentari di sebalik awan
tidak mereka risaukan hujan
di daerah marhaen ini
halaman dipenuhi rumput
pelepah kelapa bersilang di jalan
anjing dan kucing berbisik-bisik
menyiat-nyiat rezeki yang ada
di kantong mereka
hanya ada catatan harapan dan
mimpi
melibas-libaskan kartu nasib
di hadapan sebuah lukisan compang camping
mereka menanti pejuang ?
Wednesday, May 4, 2011
BAIT-BAIT PUISI
menconteng-contengkan bait-bait puisi
untuk menyatakan diri yang hilang
bersama kemelut kedukaan
rindu itu
tak dapat lagi berpesan-pesan untuk menghayati
seruang kejujuran
kerana kononnya harga diri masing-masing
lebih penting
maka bait-bait puisi itu dicari
maknanya mengikut pandangan
masing-masing
kerana kerencaman akal dan jatidiri
bukanlah semata-mata kerana kehebatan
daun-daun puisi mudah luruh ditiup angin
ketika tidak menemuinya lagi sesudah puas dicari
untuk menyatakan diri yang hilang
bersama kemelut kedukaan
rindu itu
tak dapat lagi berpesan-pesan untuk menghayati
seruang kejujuran
kerana kononnya harga diri masing-masing
lebih penting
maka bait-bait puisi itu dicari
maknanya mengikut pandangan
masing-masing
kerana kerencaman akal dan jatidiri
bukanlah semata-mata kerana kehebatan
daun-daun puisi mudah luruh ditiup angin
ketika tidak menemuinya lagi sesudah puas dicari
Monday, May 2, 2011
MASIHKAH
tuhan
masihkah ada keajaiban
gerimis akan berhenti menangis
ketika matahari bertukar ngeri
di tubir hari
ketika senja enggan merangkak
anjing-anjing mulai menyalak
ketika bulan merajuk
tiada yang sudi memujuk
ketika laut berkeladak
menyumpah dan menyeranah
ketika doa menjadi sampah !
masihkah ada keajaiban
gerimis akan berhenti menangis
ketika matahari bertukar ngeri
di tubir hari
ketika senja enggan merangkak
anjing-anjing mulai menyalak
ketika bulan merajuk
tiada yang sudi memujuk
ketika laut berkeladak
menyumpah dan menyeranah
ketika doa menjadi sampah !
MENGGAPAI
di langit senja aku tersesat
menyelak kehitaman
di kaki hari aku berdoa
demi kemuliaan
di pesisir waktu aku berharap
detik-detik bertenang
di akhir kalam aku mencungkil
rasa hati yang pepat memberat
di tubir hati aku menggapai
segugus kemuliaan dan kejujuran
menyelak kehitaman
di kaki hari aku berdoa
demi kemuliaan
di pesisir waktu aku berharap
detik-detik bertenang
di akhir kalam aku mencungkil
rasa hati yang pepat memberat
di tubir hati aku menggapai
segugus kemuliaan dan kejujuran
Sunday, May 1, 2011
SETANGKAI PUISI
rindu setangkai puisi
bersemi sejak mula
menukilkan lantunan indah
rasa yang ajaib
lalu bertanya aku
masihkah teguh setia ?
menggapai keajaiban rasa
meniti detik
demi detik
telah berlumut
di sebalik kekosongan
dan lopongan
minda
lalu teringat
setangkai puisi silam
setangkai puisi itulah yang menjerat
sepadang sepi yang tandus
tersepit aku di situ
kejat dan kaku
puisi oh setangkai puisi
inilah airmata rasa
kedukaan
di halaman
di tubir usia meniti segala keharusan
pada saat singgahnya
setangkai puisi mendekati
tanda-tanda kebesaran ilahi
bersemi sejak mula
menukilkan lantunan indah
rasa yang ajaib
lalu bertanya aku
masihkah teguh setia ?
menggapai keajaiban rasa
meniti detik
demi detik
telah berlumut
di sebalik kekosongan
dan lopongan
minda
lalu teringat
setangkai puisi silam
setangkai puisi itulah yang menjerat
sepadang sepi yang tandus
tersepit aku di situ
kejat dan kaku
puisi oh setangkai puisi
inilah airmata rasa
kedukaan
di halaman
di tubir usia meniti segala keharusan
pada saat singgahnya
setangkai puisi mendekati
tanda-tanda kebesaran ilahi
GILA DI TUBA
telaga dilimpahi tuba
ikan bergelimpangan
masih bernafas
politik kebingungan
dilimpahi nasihat
seorang lelaki tua
arah tuju kaku
semua menunjuk-nunjuk kepandaian
hakikatnya semua keliru
inilah hukum tuhan
demi ketuanan kebejatan
yang menjadi simbol partinya
mereka kaya, mereka gila
mereka mahu pertahankan harta
rakyat ini si pembodoh yang setia
ikan bergelimpangan
masih bernafas
politik kebingungan
dilimpahi nasihat
seorang lelaki tua
arah tuju kaku
semua menunjuk-nunjuk kepandaian
hakikatnya semua keliru
inilah hukum tuhan
demi ketuanan kebejatan
yang menjadi simbol partinya
mereka kaya, mereka gila
mereka mahu pertahankan harta
rakyat ini si pembodoh yang setia
Subscribe to:
Posts (Atom)