luka ?
ya
terluka
sedih ?
ya, terkadang-kadang
cemburu ?
entahlah..
iri hati ?
oh, tidak
rindu ?
ya
sayang ?
ya, aku sayang padamu
Sunday, January 31, 2010
BERHENTI MENCURI, 9.2.2010
siapa bilang tuhan tidak boleh ditipu
di anjung masjid si penipu berperi-peri berdoa
siapa bilang ibu tidak boleh dikhianati
ramai yang memilih menjadi pencuri
adakah kejahatan itu diajar ibu ?
siapa bilang si penyamun tidak boleh
menasihati pencuri ?
siapa bilang si pencuri tidak boleh
menasihati penyamun ?
siapa bilang si penerima rasuah
tidak boleh menasihati si pemberi rasuah ?
siapa bilang orang yang menangkap
si perasuah
tidak boleh diberi rasuah ?
siapa bilang si penangkap perasuah
tidak boleh berpakat dengan si perasuah
untuk meruntuhkan sebuah negeri ?
perak negeriku, berhentilah mencuri
pada 9-2-2010
atau...
teruskanlah
mungkin tuhan begitu sibuk ?
di anjung masjid si penipu berperi-peri berdoa
siapa bilang ibu tidak boleh dikhianati
ramai yang memilih menjadi pencuri
adakah kejahatan itu diajar ibu ?
siapa bilang si penyamun tidak boleh
menasihati pencuri ?
siapa bilang si pencuri tidak boleh
menasihati penyamun ?
siapa bilang si penerima rasuah
tidak boleh menasihati si pemberi rasuah ?
siapa bilang orang yang menangkap
si perasuah
tidak boleh diberi rasuah ?
siapa bilang si penangkap perasuah
tidak boleh berpakat dengan si perasuah
untuk meruntuhkan sebuah negeri ?
perak negeriku, berhentilah mencuri
pada 9-2-2010
atau...
teruskanlah
mungkin tuhan begitu sibuk ?
Friday, January 29, 2010
UNTUKMU WANITA
ada waktu tak kesampaian, telah
menjerat diri
ada waktu biasan cahaya
menghimpit perasaan
kelkatu menerjah malam
lelaki
jangan hanya dilihat pada tampannya wajah
renunglah sedikit
kalimah allah, jika ada, di dahinya
cinta akan menjerat
kadangkala songsang, kadangkala
terbalik
bertanyalah kepada tuhan
sebelum mencintai dia
menjerat diri
ada waktu biasan cahaya
menghimpit perasaan
kelkatu menerjah malam
lelaki
jangan hanya dilihat pada tampannya wajah
renunglah sedikit
kalimah allah, jika ada, di dahinya
cinta akan menjerat
kadangkala songsang, kadangkala
terbalik
bertanyalah kepada tuhan
sebelum mencintai dia
Wednesday, January 27, 2010
MUHASABAH
ada hari-hari mendung
mengguris hati
diterobos kepiluan
aku kedukaan
sesungguhnya
saat-saat silam yang pergi
tidak secukupnya terisi
telah diingatkan berkali-kali
tetapi
aku tetap seorang pelupa
kini
seperti aku tercari-cari
seorang kekasih di dalam kelam diri
yang sudi memberi rasa
sudi bicara
mendengar kata-kata
memperingatkan aku tentang segala !
mengguris hati
diterobos kepiluan
aku kedukaan
sesungguhnya
saat-saat silam yang pergi
tidak secukupnya terisi
telah diingatkan berkali-kali
tetapi
aku tetap seorang pelupa
kini
seperti aku tercari-cari
seorang kekasih di dalam kelam diri
yang sudi memberi rasa
sudi bicara
mendengar kata-kata
memperingatkan aku tentang segala !
Tuesday, January 26, 2010
HAITI, DARI SUDUT LAIN
maaf,
aku terlihat dari sudut yang lain
tentang kemusnahan haiti
termasuk keruntuhan dinding gereja utama
kumengambil-kira
kata-kata seorang ibu muda, dua anak, Elcude Joseph
kepada AFP
" Tuhan mahu memusnahkan
semua rakyat Haiti
kerana mereka jahat "
dalam bahasa mudah
hanya ada sekelumit orang baik di sana !
aku terlihat dari sudut yang lain
tentang kemusnahan haiti
termasuk keruntuhan dinding gereja utama
kumengambil-kira
kata-kata seorang ibu muda, dua anak, Elcude Joseph
kepada AFP
" Tuhan mahu memusnahkan
semua rakyat Haiti
kerana mereka jahat "
dalam bahasa mudah
hanya ada sekelumit orang baik di sana !
MASIH ADAKAH LELAKI ITU?
jangan merajuk hati
engkau hanya belum menemui
seorang lelaki yang mengerti
lagi serasi
cinta amat berkesan dengan
keserasian
selain sedikit wang, mungkin
dia menciumi pipimu pada setiap pagi
dengan penuh kasih
sebentar tadi
separuh malamnya terserah untuk tuhan
engkaupun tidak pernah cemburu
lelaki yang miskin hati budi
selalu juga digilai wanita
kesan biasannya
engkau hanya belum menemui
seorang lelaki yang mengerti
lagi serasi
cinta amat berkesan dengan
keserasian
selain sedikit wang, mungkin
dia menciumi pipimu pada setiap pagi
dengan penuh kasih
sebentar tadi
separuh malamnya terserah untuk tuhan
engkaupun tidak pernah cemburu
lelaki yang miskin hati budi
selalu juga digilai wanita
kesan biasannya
Monday, January 25, 2010
DARI PINTU HATI
keterbukaan
nyalaan api dan cahaya
benderang
menyuluh suara-suara pincang
lagi gementar
sesungguhnya mereka adalah lelaki
dengan fikiran yakin
meyakini kehendak tuhan
sulit untuk mereka menjadi pengecut
(puisi untuk YB Khalid Samad & Datuk Zaid Ibrahim
mengenai isu "kalimah Allah")
nyalaan api dan cahaya
benderang
menyuluh suara-suara pincang
lagi gementar
sesungguhnya mereka adalah lelaki
dengan fikiran yakin
meyakini kehendak tuhan
sulit untuk mereka menjadi pengecut
(puisi untuk YB Khalid Samad & Datuk Zaid Ibrahim
mengenai isu "kalimah Allah")
Sunday, January 24, 2010
PUISI MENANGIS
mendengar lagu sendumu
mendengar keluhan
mendengar rintihan
mendengar harapan
mendengar cercaan
mendengar persoalan
dalam sarat maya
mendengar keluhan
mendengar rintihan
mendengar harapan
mendengar cercaan
mendengar persoalan
dalam sarat maya
Wednesday, January 20, 2010
MENJADI DIRI
menjadi diri
dalam detik diri
pasrah selalu
tanpa kebimbangan
tidak bersedih
ketawa sekadarnya
merunduk
menjeling hanya seulit
tersenyum sedikit
agar sentiasa manis
jangan dipermainkan orang
miliki diri sendiri
tanpa gundah
belajar
mengurangi kesilapan
dan
mencari diri
dalam detik diri
dalam detik diri
pasrah selalu
tanpa kebimbangan
tidak bersedih
ketawa sekadarnya
merunduk
menjeling hanya seulit
tersenyum sedikit
agar sentiasa manis
jangan dipermainkan orang
miliki diri sendiri
tanpa gundah
belajar
mengurangi kesilapan
dan
mencari diri
dalam detik diri
Tuesday, January 19, 2010
DARI HATI KE HATI
jangan meminta aku menjadi lelaki romantis
aku akan menangis di dalam hatiku
kerana aku tidak pasti
renunglah jauh-jauh ke dalam mataku
jika kau boleh memperolehi sesuatu
atau
terobos masuk ke dalam dadaku
mungkinkah benar kata mereka
bahawa cinta itu adalah
jalan terdekat
dari hati ke hati
aku akan menangis di dalam hatiku
kerana aku tidak pasti
renunglah jauh-jauh ke dalam mataku
jika kau boleh memperolehi sesuatu
atau
terobos masuk ke dalam dadaku
mungkinkah benar kata mereka
bahawa cinta itu adalah
jalan terdekat
dari hati ke hati
TENTANG WARNA
kubertanya
apakah warna yang kau pilih
putih ?
kelabu ?
hitam ?
dia pun lalu memilih satu warna
tiba-tiba datang seseorang terus bertanya
warna itukah yang kau pilih
mendepani kehidupan ini ?
apakah warna yang kau pilih
putih ?
kelabu ?
hitam ?
dia pun lalu memilih satu warna
tiba-tiba datang seseorang terus bertanya
warna itukah yang kau pilih
mendepani kehidupan ini ?
Sunday, January 17, 2010
KEPADA LAUT
bait-bait rindu ini
kusampaikan kepada laut
kerana dari laut
bapa menumpang teduh
dan kami menumpang teduh
dari bapa
semasa kami kecil
lalu laut memberi kami makan, secukupnya
kusampaikan kepada laut
kerana dari laut
bapa menumpang teduh
dan kami menumpang teduh
dari bapa
semasa kami kecil
lalu laut memberi kami makan, secukupnya
DIA
bisikhatinya tidak kau dengari jelas
katahatinya tanpa kata putus
bicara kepada teman-teman
tiada kesungguhan
dara dengan pengharapannya
tertunggu-tunggu
teruna asyik bicara
tentang cita-cita & kerjaya
cinta pun terpanggang di atas bara !
katahatinya tanpa kata putus
bicara kepada teman-teman
tiada kesungguhan
dara dengan pengharapannya
tertunggu-tunggu
teruna asyik bicara
tentang cita-cita & kerjaya
cinta pun terpanggang di atas bara !
RINDU & HUJAN
kususuri jalan kenangan ini
ketika hujan menembus rasa
seakan-akan kau ada di sisi
rindu & hujan
di sepanjang jalan kenangan
ketika hujan menembus rasa
seakan-akan kau ada di sisi
rindu & hujan
di sepanjang jalan kenangan
Thursday, January 14, 2010
TENTANG KESEJATIAN
mungkin berpura-pura apabila terlalu terdesak
namun
pada saat-saat biasa
ia terjadi jua
tetapi
tiada jalan ringkas untukmu membisikkan
ke telingaku
tentang kesejatian
kumenilai melalui aromanya
sepak terajang dan duganya
sekalipun
aku lelaki murahan
dari sudut fikirmu
tak harus bertali-tali menghitung dengus
tentang kesejatian
ia tidak berbeza
menghurai
tentang kepura-puraan !
namun
pada saat-saat biasa
ia terjadi jua
tetapi
tiada jalan ringkas untukmu membisikkan
ke telingaku
tentang kesejatian
kumenilai melalui aromanya
sepak terajang dan duganya
sekalipun
aku lelaki murahan
dari sudut fikirmu
tak harus bertali-tali menghitung dengus
tentang kesejatian
ia tidak berbeza
menghurai
tentang kepura-puraan !
KOTA PUISI
sekiranya roboh ia hanyalah rumpunan aksara
namun namanya sudah membesar
sudah terpalit dalam memori kami
tidak hanya tentang nama itu
tentang penceritaan, persoalan
menghiburkan
beburung yang sedang terbang
atau rerama yang sedang melayang
kota puisi sentiasa dalam menungan kami
pagi, senja dan malam
itu kota yang indah
(salam puisi untuk zul, kemaman)
namun namanya sudah membesar
sudah terpalit dalam memori kami
tidak hanya tentang nama itu
tentang penceritaan, persoalan
menghiburkan
beburung yang sedang terbang
atau rerama yang sedang melayang
kota puisi sentiasa dalam menungan kami
pagi, senja dan malam
itu kota yang indah
(salam puisi untuk zul, kemaman)
Sunday, January 10, 2010
RINDU ITU BERSAYAP
kata-kata menjalar ke ribaku
rindumu menyemarakkan api
garapan indah lagu
sentuhan maya lara
di manakah
merdu itu berputik
di manakah
bermula alunan sukma
dari bait-bait kata
kucuba membaca
olahan hati
garapan simpati
pemacuku yang kecil
kupasangkan sayap
untuk merisik telahan
kau yang jauh
tiada sempadan untukmu bersembunyi
rindumu menyemarakkan api
garapan indah lagu
sentuhan maya lara
di manakah
merdu itu berputik
di manakah
bermula alunan sukma
dari bait-bait kata
kucuba membaca
olahan hati
garapan simpati
pemacuku yang kecil
kupasangkan sayap
untuk merisik telahan
kau yang jauh
tiada sempadan untukmu bersembunyi
HANYA NAMAMU
kubisikkan namamu
kerana aku begitu sepi
waktu yang menjebak
kembali dalam nostalgia
aroma haruman cinta
berlegar di sudut-sudut tenang, damai
semalamku yang telah pergi
tidak kunanti lagi
daun-daun rapuh beruntaian
menunggu saat-saat gugur
waktu indah yang lupus
hanya kulukis
dalam samar memori
kerana aku begitu sepi
waktu yang menjebak
kembali dalam nostalgia
aroma haruman cinta
berlegar di sudut-sudut tenang, damai
semalamku yang telah pergi
tidak kunanti lagi
daun-daun rapuh beruntaian
menunggu saat-saat gugur
waktu indah yang lupus
hanya kulukis
dalam samar memori
Thursday, January 7, 2010
KIRANYA KAU SUDI MENDENGARKAN
apabila mataku bergetar menyaksikan kebiruan langit dan
kehijauan pepohonan, nyatalah
bahawa hatiku telah terlopong kosong
sekiranya kau tahu..
aku hampir-hampir bercakap dengan beburung dan rerama
yang terbang meninggi
tentang kegalauan jiwa
kehijauan pepohonan, nyatalah
bahawa hatiku telah terlopong kosong
sekiranya kau tahu..
aku hampir-hampir bercakap dengan beburung dan rerama
yang terbang meninggi
tentang kegalauan jiwa
PADA LORONG KELAM
pada liku-liku lorong kelam
manusia berantakan
kemurnian punah
tiada kemanusiaan
tiada sempadan, tiada jalan
tiada keruan
dan
tiada tuhan
hanya
nafsu-nafsi menguasai fikiran
wang ringgit jadi sandaran
sinar mata dipenuhi kepalsuan
cita-cita hanya dongengan
aroma cinta lusuh selautan
manusia berantakan
kemurnian punah
tiada kemanusiaan
tiada sempadan, tiada jalan
tiada keruan
dan
tiada tuhan
hanya
nafsu-nafsi menguasai fikiran
wang ringgit jadi sandaran
sinar mata dipenuhi kepalsuan
cita-cita hanya dongengan
aroma cinta lusuh selautan
Tuesday, January 5, 2010
LELAKI YANG SUBUR
lelaki yang subur hatinya, dialah
lelaki pemikir
sabar dan tekun
kebijaksanaannya tersimpan
tiada dia meninggikan suara
butir tuturnya teratur
matanya tidak legat
ukir senyumannya ringkas
ketika berjalan merunduk
suara dan isi hatinya senada
muncul sayup-sayup dari kolam hatinya
yang tersangat jernih
apabila ku temui lelaki ini
hatiku menangis, tersembunyi dia
di dalam lekit hitam kepalsuan masa kini
lelaki pemikir
sabar dan tekun
kebijaksanaannya tersimpan
tiada dia meninggikan suara
butir tuturnya teratur
matanya tidak legat
ukir senyumannya ringkas
ketika berjalan merunduk
suara dan isi hatinya senada
muncul sayup-sayup dari kolam hatinya
yang tersangat jernih
apabila ku temui lelaki ini
hatiku menangis, tersembunyi dia
di dalam lekit hitam kepalsuan masa kini
ADAKAH KAU TAHU, AKU DI SINI
rintik-rintik hujan merembes dan baris-baris
pelangi petang
ku intai dari jendela
gemersik risik gerimis itu
melenjunkan dedaunan
aku menjengah kesipuanmu
menyelak tari riang jemarimu
lalu ku temui
sepasang rindu yang telah lelah
terhunjam
di antara bibir dan dua hati yang menjarak
ku mencuba menguis duka itu
agar ia menjauh
namun guntur di hatimu merabak terus
lalu ku susurkan doa mulus jernih
dari kamar syahdu ku di sini
ke kamar peraduanmu di sana
lestarikanlah peradaban
awan mendung akan berlalu
kerana tuhan maha tahu
pelangi petang
ku intai dari jendela
gemersik risik gerimis itu
melenjunkan dedaunan
aku menjengah kesipuanmu
menyelak tari riang jemarimu
lalu ku temui
sepasang rindu yang telah lelah
terhunjam
di antara bibir dan dua hati yang menjarak
ku mencuba menguis duka itu
agar ia menjauh
namun guntur di hatimu merabak terus
lalu ku susurkan doa mulus jernih
dari kamar syahdu ku di sini
ke kamar peraduanmu di sana
lestarikanlah peradaban
awan mendung akan berlalu
kerana tuhan maha tahu
KINI 49
tiada lilin
tiada pulut kuning
tiada kad ucapan
tiada selingan
hanya
ku ingin dekat
denganmu tuhan
dan
diberi daya kesabaran
cukuplah
tiada pulut kuning
tiada kad ucapan
tiada selingan
hanya
ku ingin dekat
denganmu tuhan
dan
diberi daya kesabaran
cukuplah
Sunday, January 3, 2010
LAYANG-LAYANG
layang-layang cintamu yang terbang
benangnya ditambat dipokok
burung-burung yang terbang tinggi
terjengah-jengah tidak faham
terbang tinggi namun tertambat
pemainnya kadangkala
amat bahagia
adakah layang-layang itu menderita ?
(for s.kasih?)
benangnya ditambat dipokok
burung-burung yang terbang tinggi
terjengah-jengah tidak faham
terbang tinggi namun tertambat
pemainnya kadangkala
amat bahagia
adakah layang-layang itu menderita ?
(for s.kasih?)
DOSA
dosa-dosa kecil
menjadi besar
dosa-dosa besar
akhirnya menjadi mega
hidup hanya ilusi
kadangkala
berbohong kelihatan lebih baik
daripada bercakap benar
ustaz-ustaz di TV
bercakap bab nikah kahwin
dan keluarga
setitik untuk selautan
menjadi besar
dosa-dosa besar
akhirnya menjadi mega
hidup hanya ilusi
kadangkala
berbohong kelihatan lebih baik
daripada bercakap benar
ustaz-ustaz di TV
bercakap bab nikah kahwin
dan keluarga
setitik untuk selautan
NELAYAN MELAYU PANTAI REMIS
bisik gemersik dedaunan bakau
dicerap oleh duka matahari
kerana hujan akan turun
hanya burung layang-layang yang ceria
di sebaliknya nelayan bingung
bukan hanya kerana hujan
kerana pukat harimau
merosakkan rezeki mereka
anak-anak ikan di pesisir habis disodok
wakil rakyat di sini
sibuk bercakap & berkempen di radio, itu dan ini
dia juga sibuk
dengan tiga isterinya
tidak banyak harapan..
campakkan saja keris bersilang ke laut lepas !
dicerap oleh duka matahari
kerana hujan akan turun
hanya burung layang-layang yang ceria
di sebaliknya nelayan bingung
bukan hanya kerana hujan
kerana pukat harimau
merosakkan rezeki mereka
anak-anak ikan di pesisir habis disodok
wakil rakyat di sini
sibuk bercakap & berkempen di radio, itu dan ini
dia juga sibuk
dengan tiga isterinya
tidak banyak harapan..
campakkan saja keris bersilang ke laut lepas !
Subscribe to:
Posts (Atom)