bait-bait rindu ini kusampaikan kepada laut kerana dari laut bapa menumpang teduh dan kami menumpang teduh dari bapa semasa kami kecil lalu laut memberi kami makan, secukupnya
terima kasih kepada laut kerna selamanya kita bergantung hidup dengan laut pada bapa; laut adalah pentas rezeki pada penyair; laut sumber inspirasi betapa kebergantunga kita dengan laut...
laut menghamparkan penghidupan untuk mereka-mereka yang berani mengharunginya demi hari-hari esok, yang mendatang. Seperti cerita-cerita kawan-kawanmu.....
terima kasih kepada laut
ReplyDeletekerna selamanya kita bergantung hidup dengan laut
pada bapa; laut adalah pentas rezeki
pada penyair; laut sumber inspirasi
betapa kebergantunga kita dengan laut...
laut adalah sebahagian daripada hidupku
ReplyDeleteia pernah memberikanku hidup penuh harap
bapa kembali sarat pukat
laut adalah sebahagian daripada hidupku
ia pernah memberikanku hidup penuh siksa
lelakiku kembali sarat rindu
laut adalah sebahagian daripada aku
ia berikan aku hidup penuh tabah
perempuan kembali kepada kenyataan.
Salam Zawawi Aziz,
ReplyDelete"laut memberi duka, memberi gembira - terima kasih laut yang meruangkan sebahagian perjalanan hidup manusia; ringkas tapi menyengat saudaraku !".
laut menghamparkan penghidupan untuk mereka-mereka yang berani mengharunginya demi hari-hari esok, yang mendatang. Seperti cerita-cerita kawan-kawanmu.....
ReplyDelete