Sunday, January 31, 2010

BERHENTI MENCURI, 9.2.2010

siapa bilang tuhan tidak boleh ditipu
di anjung masjid si penipu berperi-peri berdoa

siapa bilang ibu tidak boleh dikhianati
ramai yang memilih menjadi pencuri
adakah kejahatan itu diajar ibu ?

siapa bilang si penyamun tidak boleh
menasihati pencuri ?

siapa bilang si pencuri tidak boleh
menasihati penyamun ?

siapa bilang si penerima rasuah
tidak boleh menasihati si pemberi rasuah ?

siapa bilang orang yang menangkap
si perasuah
tidak boleh diberi rasuah ?

siapa bilang si penangkap perasuah
tidak boleh berpakat dengan si perasuah
untuk meruntuhkan sebuah negeri ?

perak negeriku, berhentilah mencuri
pada 9-2-2010

atau...
teruskanlah

mungkin tuhan begitu sibuk ?

2 comments:

  1. dalam dunia semasa,
    sistem nilai menjadi tonggang terbalik
    silaknat dipuja
    yang benar dicerca
    dalam media yang begitu celaka..

    namun pasti tuhan tidak pernah sibuk..
    kebenaran itu hanya tertunda
    bukan dikalahkan terus...

    ReplyDelete
  2. Salam Zawawi Aziz,

    "puisi ini amat berwatak dan saya senang sekali dengan lontarannya itu !".

    ReplyDelete