dia terpegun
dengan kehebatan dirinya sendiri
siapa sangka ?
satu malaysia tahu
satu asean tahu
satu dunia tahu
gambar terpampang di muka depan surat khabar utama
semua kawan-kawan tahu
semua emak saudara dan bapa saudara tahu
semua sepupu tahu
semua anak saudara tahu
semua saudara jauh tahu
yang bau-bau bacang pun tahu
dulu, begitu juga
dia gagah bersumpah di dalam masjid
ketika itu tuhan tidak pun menegur apa-apa
'selama 2 hari saya tidak berak, tuan', katanya kepada
hakim di mahkamah
demikianlah,
dia yang selamba itu
apa yang ingin kau katakan ?
Saturday, February 27, 2010
TAMAK HALOBA
apabila waktu telah menjerat
kesombongan akhirnya menjadi kusam
setelah dia mencuba menyesali
ternyata hanya ilusi
demikianlah apabila kehalobaan menjadi duri
waktu indah menjadi resah
waktu pilu menggugah
manusia tamak, kehalobaan
ditemui di mana-mana
tercari-cari di mana nilai keinsafan sejati !
kesombongan akhirnya menjadi kusam
setelah dia mencuba menyesali
ternyata hanya ilusi
demikianlah apabila kehalobaan menjadi duri
waktu indah menjadi resah
waktu pilu menggugah
manusia tamak, kehalobaan
ditemui di mana-mana
tercari-cari di mana nilai keinsafan sejati !
TERUS MENCARI DIRI
lelaki di hadapan tuhannya
apabila terasa sangat perlu, tersepit
dia meminta-minta
kadangkala keterlaluan
itu ketika susah
ketika senangnya
bukan hanya kau, aku juga
terlupa, terlalai
ramai orang yang kelihatan sombong
apabila bercakap tentang tuhan
hanya pada ketika terdesak
dia meminta berlebih-lebih
biasanya tuhan tunaikan juga
aku menulis kerana aku terus mencari, harga diri
di hadapan tuhanku
apabila terasa sangat perlu, tersepit
dia meminta-minta
kadangkala keterlaluan
itu ketika susah
ketika senangnya
bukan hanya kau, aku juga
terlupa, terlalai
ramai orang yang kelihatan sombong
apabila bercakap tentang tuhan
hanya pada ketika terdesak
dia meminta berlebih-lebih
biasanya tuhan tunaikan juga
aku menulis kerana aku terus mencari, harga diri
di hadapan tuhanku
Friday, February 26, 2010
SAHABATKU
sahabat, dalam matamu ada cahaya, aku melihatnya
tetapi tidak pernah ku khabarkan kepada kamu
kau selalu hadir ketika aku memerlukan
seolah-olah diutus tuhan
sahabat, beginilah aku, jangan kau tersenyum
beginilah aku, jangan kau gelisah
aku manusia yang hanya punya nama, jika tidak
sudah pasti aku seorang yang hambar
sahabatku, sekali ini aku ucapkan salam
di hatiku ada suara kedamaian, sentiasa kudoakan
untuk kamu sesuatu
hakikatnya engkau telah mengerti aku
tetapi tidak pernah ku khabarkan kepada kamu
kau selalu hadir ketika aku memerlukan
seolah-olah diutus tuhan
sahabat, beginilah aku, jangan kau tersenyum
beginilah aku, jangan kau gelisah
aku manusia yang hanya punya nama, jika tidak
sudah pasti aku seorang yang hambar
sahabatku, sekali ini aku ucapkan salam
di hatiku ada suara kedamaian, sentiasa kudoakan
untuk kamu sesuatu
hakikatnya engkau telah mengerti aku
KEJAM KEPADA ALAM
asyik melihat warna alam kontemporari
segar bugar membajai dirinya sendiri
namun manusia dan pelakunya, menghancurkan
satu demi satu
hutan
perbukitan
gunung ganang
hutan bakau juga
manusia tidak lelah
menduga rahsia tuhan
menduga kemurkaan tuhan
semua persoalan akhirnya terjawab
namun orang yang melakukan kekejaman kepada alam
telah lelap
generasi selepasnya menanggung sengsara
menerima bahana
si kejam dalam dilemma di sana, mungkin.
segar bugar membajai dirinya sendiri
namun manusia dan pelakunya, menghancurkan
satu demi satu
hutan
perbukitan
gunung ganang
hutan bakau juga
manusia tidak lelah
menduga rahsia tuhan
menduga kemurkaan tuhan
semua persoalan akhirnya terjawab
namun orang yang melakukan kekejaman kepada alam
telah lelap
generasi selepasnya menanggung sengsara
menerima bahana
si kejam dalam dilemma di sana, mungkin.
Thursday, February 25, 2010
MUNAJAT
hasbii rabbii jallallah
memadailah bagiku Allah
maa fii qalbii ghaurullah
tiada di hatiku selain Allah
nur Muhammad sallallah
Muhamad pesuruh Allah
memadailah bagiku Allah
maa fii qalbii ghaurullah
tiada di hatiku selain Allah
nur Muhammad sallallah
Muhamad pesuruh Allah
Wednesday, February 24, 2010
MENDOAKAN WANITA
wajah bungkam meniti hidup saban hari
kerana wang misalnya
perjalanan menjadi mati tetapi tidak terbunuh
kerana bungkam
dan
perkara-perkara lain
bersendirian, 'loneliness' katamu
menyekat suaraku di kerongkong
sekalipun seperti aku ingin tahu
bulan buram
selangit doa untuk kekasihku
tuhan janganlah jemu
mendengar suara kami
jadikan dia wanita tenteram
bersambutan dengan nadi pengharapan, apa jua
aku ingin menjadi lelaki baik mendoakan wanita
kerana wang misalnya
perjalanan menjadi mati tetapi tidak terbunuh
kerana bungkam
dan
perkara-perkara lain
bersendirian, 'loneliness' katamu
menyekat suaraku di kerongkong
sekalipun seperti aku ingin tahu
bulan buram
selangit doa untuk kekasihku
tuhan janganlah jemu
mendengar suara kami
jadikan dia wanita tenteram
bersambutan dengan nadi pengharapan, apa jua
aku ingin menjadi lelaki baik mendoakan wanita
Tuesday, February 23, 2010
LELAKI YANG SALAH
dia telah menjadi lelaki yang salah
mempermudahkan kehidupan
memandang ringan
bercakap terlalu sedikit
tetapi berfikir meluap-luap
sukar pula difahami rakan, rakan baru
lelaki yang salah itu
mengikut denai yang lain
sengaja mencari jalan yang jauh, adakalanya
dogmatik, kata sebahagian mereka
hanya
kiranya lelaki itu adalah aku
mungkin perlu mohon maaf
sehingga hari ini aku masih tidak mampu
memujuk hati seorang kekasih!
mempermudahkan kehidupan
memandang ringan
bercakap terlalu sedikit
tetapi berfikir meluap-luap
sukar pula difahami rakan, rakan baru
lelaki yang salah itu
mengikut denai yang lain
sengaja mencari jalan yang jauh, adakalanya
dogmatik, kata sebahagian mereka
hanya
kiranya lelaki itu adalah aku
mungkin perlu mohon maaf
sehingga hari ini aku masih tidak mampu
memujuk hati seorang kekasih!
Monday, February 22, 2010
BIARKAN AKU DI SINI
biarkan aku disini!
di sini aku berleka
membilang titik hujan dan rimbun daun
untuk kupilih
menyatukan puisi
dengan alam abadi
biarkan aku di sini
ketika hati mula mencari
ketika puisi mula berisi
ketika pena mula berlari
biarkan aku di sini
memilih sepi
meniti pelangi
di sini aku berleka
membilang titik hujan dan rimbun daun
untuk kupilih
menyatukan puisi
dengan alam abadi
biarkan aku di sini
ketika hati mula mencari
ketika puisi mula berisi
ketika pena mula berlari
biarkan aku di sini
memilih sepi
meniti pelangi
Sunday, February 21, 2010
AKULAH ITU
di ruang ini
terasa semarak rindu
dedaunan puisi
menebarkan pucuk-pucuk muda
di ruang ini
sepatutnya telah kuguris
dari dulu
kata-kata manis
ketika
hari masih muda
namun
di ruang ini juga
cintaku kepada puisi
telah melahirkan aku semula
dalam kata-kata
akulah itu
yang dulu pernah kau lihat
menangkap kata-kata
seperti menangkap beburung
yang sedang terbang
di ruang ini dan akulah
anak miskin yang memungut buku-buku
dibuang orang
untuk dibawa pulang
puisi dan aku
kerana aku tahu
semakin aku tahu, kini!
terasa semarak rindu
dedaunan puisi
menebarkan pucuk-pucuk muda
di ruang ini
sepatutnya telah kuguris
dari dulu
kata-kata manis
ketika
hari masih muda
namun
di ruang ini juga
cintaku kepada puisi
telah melahirkan aku semula
dalam kata-kata
akulah itu
yang dulu pernah kau lihat
menangkap kata-kata
seperti menangkap beburung
yang sedang terbang
di ruang ini dan akulah
anak miskin yang memungut buku-buku
dibuang orang
untuk dibawa pulang
puisi dan aku
kerana aku tahu
semakin aku tahu, kini!
Saturday, February 20, 2010
PEREMPUANKU
aroma apakah yang tercium sejak dulu
pada penghabisan kutemui sajaknya
tentang kecurigaan dirinya sendiri
aroma apakah menjadikan matanya bersinar, penuh harap
berani menyonsong arah angin, kini menemui
semangatnya yang dulu terbang
perempuanku
pada sisi hitammu, laut berombak
jangan lepaskan dayung, duga lautan dalam
sehingga ke akhir hayat
perjalanan hidup dengan sinonimnya
tetap membatasi ruang, mengapa curiga
pada setiap duga di setiap tanda
menjadilah diri untuk mengerti
pada penghabisan kutemui sajaknya
tentang kecurigaan dirinya sendiri
aroma apakah menjadikan matanya bersinar, penuh harap
berani menyonsong arah angin, kini menemui
semangatnya yang dulu terbang
perempuanku
pada sisi hitammu, laut berombak
jangan lepaskan dayung, duga lautan dalam
sehingga ke akhir hayat
perjalanan hidup dengan sinonimnya
tetap membatasi ruang, mengapa curiga
pada setiap duga di setiap tanda
menjadilah diri untuk mengerti
Friday, February 19, 2010
SENJA INI
kiranya senja ini memberiku rindu semula
pada batas silam
aku merenung kembali tali temali
kenangan
kerana aku lelaki silam
yang ingin merenggut dukalara
memukau impian
menjadi lelaki teguh
akukah itu
yang kau renung
ketika sayap malam mulai menjauh
terbang ia meninggalkan aku, termanggu
pada batas silam
aku merenung kembali tali temali
kenangan
kerana aku lelaki silam
yang ingin merenggut dukalara
memukau impian
menjadi lelaki teguh
akukah itu
yang kau renung
ketika sayap malam mulai menjauh
terbang ia meninggalkan aku, termanggu
Thursday, February 18, 2010
PULANGLAH
peliut bot nyaring
mentaripun rebah di garis laut
bagai membisikkan pulanglah
yang dinanti tak kunjung tiba
di pelabuhan ini
hanya
api kecil dan silu angin, memuput
mentaripun rebah di garis laut
bagai membisikkan pulanglah
yang dinanti tak kunjung tiba
di pelabuhan ini
hanya
api kecil dan silu angin, memuput
KETIKA KAU SUSAH
senja suram di matamu, aku terpilu
ku terkenang kamu
dalam diriku ada dirimu
bertandang
ada gelisah kecil
memagut-magut di ulu hati
kiranya kau kesusahan ?
ku terkenang kamu
dalam diriku ada dirimu
bertandang
ada gelisah kecil
memagut-magut di ulu hati
kiranya kau kesusahan ?
Wednesday, February 17, 2010
SEGALA YANG MUNGKIN
jalan pulang
nyanyian diri
akhirnya
menjadi temali
berpaut
syukur
syukur
hidup damai pengertian
mencari
terus
mencari
gelisah diri
menebar dendam
hanya..
berdiri dan berdiri
utuh tegap
rumah api diri
menerangi
haluan perahu
membisik
di telinga sendiri
dengar suara tuhan
dalam sayup
getar
menggetar
doa kudus
pada teman
pada rakan
bukan hanya untuk kita
mara ke depan
telitilah
telitilah
memilih...
antara pahit hempedu
atau manis gula
atau manis luka ?
lelakonan
mungkin parasit ?
nyanyian diri
akhirnya
menjadi temali
berpaut
syukur
syukur
hidup damai pengertian
mencari
terus
mencari
gelisah diri
menebar dendam
hanya..
berdiri dan berdiri
utuh tegap
rumah api diri
menerangi
haluan perahu
membisik
di telinga sendiri
dengar suara tuhan
dalam sayup
getar
menggetar
doa kudus
pada teman
pada rakan
bukan hanya untuk kita
mara ke depan
telitilah
telitilah
memilih...
antara pahit hempedu
atau manis gula
atau manis luka ?
lelakonan
mungkin parasit ?
SATIRA DATUK SERI
hari ini
diuar-uarkan 'satu kampung satu produk'
tidak lama lagi
akan diuar-uarkan
satu keluarga satu 'datuk seri'
diuar-uarkan 'satu kampung satu produk'
tidak lama lagi
akan diuar-uarkan
satu keluarga satu 'datuk seri'
SATIRA MASYARAKAT
mereka sediakan tong sampah
supaya orang awam tidak mengotorkan taman
mungkin di suatu ketika
mereka sediakan tong sampah beroksigen
untuk mereka yang ingin membuang anak ?
supaya orang awam tidak mengotorkan taman
mungkin di suatu ketika
mereka sediakan tong sampah beroksigen
untuk mereka yang ingin membuang anak ?
Monday, February 15, 2010
SETELAH KU TULUSKAN KATA-KATA
yang indah itu
kadang-kadang sama
pada mata kita
yang buruk pun demikian
namun
kedapatan sesuatu yang ekstrem
menjadi kegilaan
ku syukuri perjalanan perlahan-lahan ini
tidak gopoh
menjadikan kita lebih teliti
lebih bersabar
lebih pemaaf
adakah kau akan meninggalkan aku juga
setelah ku tuluskan kata-kata itu ?
kadang-kadang sama
pada mata kita
yang buruk pun demikian
namun
kedapatan sesuatu yang ekstrem
menjadi kegilaan
ku syukuri perjalanan perlahan-lahan ini
tidak gopoh
menjadikan kita lebih teliti
lebih bersabar
lebih pemaaf
adakah kau akan meninggalkan aku juga
setelah ku tuluskan kata-kata itu ?
GADIS SCORPIO
ingin kenali dia, lalu
ku belek buku-buku lama
sebelum itu
maafkan aku tuhan
kiranya aku berdosa ?
The positive side of Scorpio:
The Scorpion man or woman generally knows what he or she wants out of life. She is determined person. She sees something through to the end. The Scorpion is quite sincere, and seldom says anything she doesn't mean. When she sets a goal for herself she tries to go about achieving it in a very direct way.
The Scorpion is brave and courageous. They are not afraid of hard work. Obstacles do not frighten them. They forge ahead until they achieve what they set out for. The Scorpion man or woman has a strong will.
Although the Scorpion may seem rather fixed and determined, inside she is often quite tender and loving. She can care very much for others. She believes in sincerity in all relationship. Her feeling about someone tend to last; they are profound and not superficial.
The Scorpio person is someone who adheres to her principles no matter what happens. She will not be deterred from a path she believes to be right.
Because of many posititive strengths, the Scorpion can often achieve happiness for herself and for those that she loves.
She is a constructive person by nature. She often has a deep understanding of people and of life, in general. She is a positive person who enjoys winning. She has many strengths and resources; challenge of any sort often brings out the best of her.
The negative side of scorpio : ( hanya kupilih satu)
The Scorpion often has a sudden, violent temper; and this person's interest in sex is sometimes
quite unbalanced or excessive.
entahlah
hanya tuhan yang maha tahu..
ku belek buku-buku lama
sebelum itu
maafkan aku tuhan
kiranya aku berdosa ?
The positive side of Scorpio:
The Scorpion man or woman generally knows what he or she wants out of life. She is determined person. She sees something through to the end. The Scorpion is quite sincere, and seldom says anything she doesn't mean. When she sets a goal for herself she tries to go about achieving it in a very direct way.
The Scorpion is brave and courageous. They are not afraid of hard work. Obstacles do not frighten them. They forge ahead until they achieve what they set out for. The Scorpion man or woman has a strong will.
Although the Scorpion may seem rather fixed and determined, inside she is often quite tender and loving. She can care very much for others. She believes in sincerity in all relationship. Her feeling about someone tend to last; they are profound and not superficial.
The Scorpio person is someone who adheres to her principles no matter what happens. She will not be deterred from a path she believes to be right.
Because of many posititive strengths, the Scorpion can often achieve happiness for herself and for those that she loves.
She is a constructive person by nature. She often has a deep understanding of people and of life, in general. She is a positive person who enjoys winning. She has many strengths and resources; challenge of any sort often brings out the best of her.
The negative side of scorpio : ( hanya kupilih satu)
The Scorpion often has a sudden, violent temper; and this person's interest in sex is sometimes
quite unbalanced or excessive.
entahlah
hanya tuhan yang maha tahu..
Sunday, February 14, 2010
KOLONG RINDU
detik ini
ada kolong-kolong rindu
menyapa hati
kepada kamu, teman
sisi-sisi hiba
bertangkup
menimba pedih
dalam kekeruhan
duka mulai bertapak
tidak kukenal jerat
akan memesongkan
haluan kolong rindu itu
membaca sepimu
seperti
membaca
dukaku dalam kelana
malam terasa memanjang
ada kolong-kolong rindu
menyapa hati
kepada kamu, teman
sisi-sisi hiba
bertangkup
menimba pedih
dalam kekeruhan
duka mulai bertapak
tidak kukenal jerat
akan memesongkan
haluan kolong rindu itu
membaca sepimu
seperti
membaca
dukaku dalam kelana
malam terasa memanjang
KATA-KATA
kata-kata yang berpayung
dari panahan matahari
sukar dinilai
kata-kata pesimis
menjadi pembatas
kata-kata
tetap kata-kata
perolehan dari dalam diri
kata-kata adalah pilihan dalam sajak
dari panahan matahari
sukar dinilai
kata-kata pesimis
menjadi pembatas
kata-kata
tetap kata-kata
perolehan dari dalam diri
kata-kata adalah pilihan dalam sajak
TERLAMBAT
menjangkakan sesuatu akan bermula dengan indah
mulakanlah berdagang
kemudian kita tahu
memperdagangkan kehidupan
ada tanda-tanda gelisah di mana-mana
meniti jalan curam
atau hanya memandang ke atas tanpa menaik
sekiranya tidak dilentur dari mula
tidak ada lelaki yang menjadi berani
melainkan terpinga-pinga
islam dari permulaan
bukan di separuh jalan
mulakanlah berdagang
kemudian kita tahu
memperdagangkan kehidupan
ada tanda-tanda gelisah di mana-mana
meniti jalan curam
atau hanya memandang ke atas tanpa menaik
sekiranya tidak dilentur dari mula
tidak ada lelaki yang menjadi berani
melainkan terpinga-pinga
islam dari permulaan
bukan di separuh jalan
Saturday, February 13, 2010
PILU
terlena ku berpaut pada dahan malam
hatiku mengangkut rindu
di celahan kecil api
di pelabuhan
sayup
elegi semalam
guntur memecah sedar
tertangkup dalam diam diri
termanggu
aku tersangat
pilu
hatiku mengangkut rindu
di celahan kecil api
di pelabuhan
sayup
elegi semalam
guntur memecah sedar
tertangkup dalam diam diri
termanggu
aku tersangat
pilu
KAMI TUNGGU
tidak hanya yang dekat
di kejauhan jua
gemersik khabar melanda
kemenangan agamaku
kehancuran kemunafikan
kehancuran kepalsuan
itulah berita yang kami tunggu
di kejauhan jua
gemersik khabar melanda
kemenangan agamaku
kehancuran kemunafikan
kehancuran kepalsuan
itulah berita yang kami tunggu
JANGAN HANYA
pada daun-daun kering yang berguguran
ditiup angin
melayah berguling-guling
pada daun-daun kering yang insaf
melayah jatuh
mengenai pipi
seorang gadis
di sebuah taman yang indah
ditiup angin
melayah berguling-guling
pada daun-daun kering yang insaf
melayah jatuh
mengenai pipi
seorang gadis
di sebuah taman yang indah
PUISI KECILKU
pada puisi masa
kutemui ketentuan ilahi
rindu yang bocor
pada semalam yang kelam
hanya hari ini, semakin aku mengerti
kutemui ketentuan ilahi
rindu yang bocor
pada semalam yang kelam
hanya hari ini, semakin aku mengerti
Thursday, February 11, 2010
TERSENDIRI
perjalanan di dalam arah tertentu
ada kemestian
ada yang janggal
aku belajar menerima hakikat
hakikat itu ku renung melalui
mata kesedaran
mengurangkan rasa kesal dan sedih
dahulu dalam waktu berbeza
tersimpan memori dan aroma rasa
"duka di dalam luka"
dihembuskan oleh bayu berpuput
kadangkala bertambah pedih
hidup adalah perjuangan, juga
memaut erat tangan-tangan harapan
dari teman-teman atau saudara
sukar untuk terlalu tersendiri
ada kemestian
ada yang janggal
aku belajar menerima hakikat
hakikat itu ku renung melalui
mata kesedaran
mengurangkan rasa kesal dan sedih
dahulu dalam waktu berbeza
tersimpan memori dan aroma rasa
"duka di dalam luka"
dihembuskan oleh bayu berpuput
kadangkala bertambah pedih
hidup adalah perjuangan, juga
memaut erat tangan-tangan harapan
dari teman-teman atau saudara
sukar untuk terlalu tersendiri
Wednesday, February 10, 2010
DI MANA KAKI PELANGI?
perkisahan tentang kita
berdua
lalu aku tertanya-tanya
adakah kau akan datang lagi
aku tertanya-tanya seperti
tercari-cari
di manakah kaki pelangi ?
berdua
lalu aku tertanya-tanya
adakah kau akan datang lagi
aku tertanya-tanya seperti
tercari-cari
di manakah kaki pelangi ?
Tuesday, February 9, 2010
MUNGKIN HITAM
aku tidak tahu apa warna cinta
ia hanya keharusan
mungkin biru
atau kuning
hijaukah ?
seperti warna pepohonan
tempat kita berteduh dulu
ataukah hitam gelap
seperti warna
tempatmu bersembunyi
ia hanya keharusan
mungkin biru
atau kuning
hijaukah ?
seperti warna pepohonan
tempat kita berteduh dulu
ataukah hitam gelap
seperti warna
tempatmu bersembunyi
PERAK, 9.2.2010
keputusan yang bukan keputusan
jawapan yang bukan jawapan
persoalan yang bukan persoalan
di sini
tiada siapa-siapa yang tertipu
tiada siapa-siapa yang tersenyum
tiada siapa-siapa yang terpinga-pinga
yang kalah tidak seperti kalah
yang menang tidak seperti menang
pejamkan mata
tidurlah
tunggulah
tuhan sedang sibuk
jawapan yang bukan jawapan
persoalan yang bukan persoalan
di sini
tiada siapa-siapa yang tertipu
tiada siapa-siapa yang tersenyum
tiada siapa-siapa yang terpinga-pinga
yang kalah tidak seperti kalah
yang menang tidak seperti menang
pejamkan mata
tidurlah
tunggulah
tuhan sedang sibuk
Monday, February 8, 2010
KESILAPAN
ada sedikit duka yang kusimpan
kusimpan di dada malam
janji yang menjadi palsu
teresak-esak meminta dilepaskan
seperti jua aku
menunda kebenaran dalam janji itu
bersulang
kini
meributkan rentetan sejarah
tuhan tahu
tahu semua
apa-apa yang tidak pernah terlintas, di sudut
fikirku
aku diselaputi
perencanaanNya
aku menjadi miskin dalam kata-kata
kusimpan di dada malam
janji yang menjadi palsu
teresak-esak meminta dilepaskan
seperti jua aku
menunda kebenaran dalam janji itu
bersulang
kini
meributkan rentetan sejarah
tuhan tahu
tahu semua
apa-apa yang tidak pernah terlintas, di sudut
fikirku
aku diselaputi
perencanaanNya
aku menjadi miskin dalam kata-kata
Sunday, February 7, 2010
PADA WARNA PELANGI
ada-ada saja yang tidak dapat ku bereskan
menjadikan aku lelaki
yang sering terlambat
fikiranku yang kecil untuk
merentasi maya
terpegun aku
pada kehebatan insan-insan lain
dunia kecilku di sini, hanya
memetik kilauan
tuhan,
jangan biarkan aku terpesona
pada warna pelangi
menjadikan aku lelaki
yang sering terlambat
fikiranku yang kecil untuk
merentasi maya
terpegun aku
pada kehebatan insan-insan lain
dunia kecilku di sini, hanya
memetik kilauan
tuhan,
jangan biarkan aku terpesona
pada warna pelangi
Thursday, February 4, 2010
KUTATANG KAMU
kutetap merindui
lagu-lagu puisimu
sebilangkali ia hilang, dari tatapan
seperti lagu-lagu sayup
mendasari jiwa mulusmu, dari dulu
aku ingin
menjadi sebuah pulau
di atas pulau itu, engkau
merenung jauh, mencatat puisi
menitipkan kata-kata murni
kutanggung di atas pundak, kutatang kamu
lagu-lagu puisimu
sebilangkali ia hilang, dari tatapan
seperti lagu-lagu sayup
mendasari jiwa mulusmu, dari dulu
aku ingin
menjadi sebuah pulau
di atas pulau itu, engkau
merenung jauh, mencatat puisi
menitipkan kata-kata murni
kutanggung di atas pundak, kutatang kamu
Wednesday, February 3, 2010
SELAIN DIA YANG ESA
mungkinkah mereka ada tuhan
yang lain ?
siapa tahu ?
tuhan "wang" misalnya..
apabila
mereka bakar hangus
keadilan
menjadi abu
menjadi debu
yang lain ?
siapa tahu ?
tuhan "wang" misalnya..
apabila
mereka bakar hangus
keadilan
menjadi abu
menjadi debu
Subscribe to:
Posts (Atom)