Tuesday, February 23, 2010

LELAKI YANG SALAH

dia telah menjadi lelaki yang salah
mempermudahkan kehidupan
memandang ringan
bercakap terlalu sedikit
tetapi berfikir meluap-luap
sukar pula difahami rakan, rakan baru

lelaki yang salah itu
mengikut denai yang lain
sengaja mencari jalan yang jauh, adakalanya

dogmatik, kata sebahagian mereka

hanya
kiranya lelaki itu adalah aku
mungkin perlu mohon maaf

sehingga hari ini aku masih tidak mampu
memujuk hati seorang kekasih!

3 comments:

  1. kita belajar dari "salah"
    tanpa kalah

    ReplyDelete
  2. 'Siapa kekasihmu? Boleh ceritakan kepadaku tentang dia?'

    ReplyDelete
  3. ...atau mungkin juga tak perlu mohon maaf.

    biarkan saja tapi lihat, siapa yg mampu mematahkan.

    ReplyDelete