Sunday, February 21, 2010

AKULAH ITU

di ruang ini
terasa semarak rindu
dedaunan puisi
menebarkan pucuk-pucuk muda

di ruang ini
sepatutnya telah kuguris
dari dulu
kata-kata manis
ketika
hari masih muda

namun
di ruang ini juga
cintaku kepada puisi
telah melahirkan aku semula
dalam kata-kata

akulah itu
yang dulu pernah kau lihat
menangkap kata-kata
seperti menangkap beburung
yang sedang terbang

di ruang ini dan akulah
anak miskin yang memungut buku-buku
dibuang orang
untuk dibawa pulang

puisi dan aku
kerana aku tahu
semakin aku tahu, kini!

4 comments:

  1. salam awi..
    puisi adalah cinta dan sari kata

    ReplyDelete
  2. kemunculan semula setelah tertidur dalam jangka masa yang panjang
    namun teruskan selagi hayat masih ada...

    ReplyDelete
  3. Salam Zawawi Aziz,

    "saya suka pilihan kata dalam puisi ini, dan paling tertarik pada rangkap berikut :

    di ruang ini dan akulah
    anak miskin yang memungut buku-buku
    dibuang orang
    untuk dibawa pulang

    sangat terkesan kepada saya".

    ReplyDelete