Friday, February 19, 2010

SENJA INI

kiranya senja ini memberiku rindu semula
pada batas silam
aku merenung kembali tali temali
kenangan

kerana aku lelaki silam
yang ingin merenggut dukalara
memukau impian
menjadi lelaki teguh

akukah itu
yang kau renung
ketika sayap malam mulai menjauh
terbang ia meninggalkan aku, termanggu

3 comments:

  1. Salam Zawawi Aziz,

    "waktu yang berparut dalam diri, kalanya memberi kesan dalam hidup".

    ReplyDelete
  2. salam ..
    silam kerap hadir
    umpama senja kepada malam
    sayup dalam kelam..

    ReplyDelete
  3. andai ada
    rindu dikala senja
    rindu kepadaNya lah
    satu-satunya rindu
    yang kekal abadi...

    ReplyDelete