dari keceriaan diri
jujur menabur bakti
untuk agama, masyarakat dan negara
untuk anak-anak bangsa
berjuang tanpa menoleh lagi
di hadapan diri
ada cerminan besar
ada gementar memilih
antara kejujuran atau ruang lain
untuk kepentingan peribadi, misalnya
di belakang cerminan diri
meremang bulu tengkuk
seperti ada bayang-bayang hitam
mengekori
menyeringai
menakutkan
mengintai perilaku
ada sempadan dan ada jarak
amat nipis
tidak seperti tali
tidak juga seperti benang
Tuesday, June 29, 2010
HATI PELANGI
engkau memiliki hati
seperti pelangi
beralih arah
sekalipun warnamu cantik
keceriaanmu kedukaanku
lalu di sini aku menunggu
di antara rasa terbuku dan
pilu
seperti pelangi
beralih arah
sekalipun warnamu cantik
keceriaanmu kedukaanku
lalu di sini aku menunggu
di antara rasa terbuku dan
pilu
Monday, June 28, 2010
KEPADA KETUA MENTERI MELAKA
jadilah manusia sombong
membakar harapan rakyat
jadilah manusia laknat
'suara keadilan'
yang kau bakar hangus
seperti engkau membakar
derita rakyat
dan abunya
engkau lumurkan
pada muka jijik durjana
ketika ini engkau tercari-cari
tuhan manakah
ingin disembah
membakar harapan rakyat
jadilah manusia laknat
'suara keadilan'
yang kau bakar hangus
seperti engkau membakar
derita rakyat
dan abunya
engkau lumurkan
pada muka jijik durjana
ketika ini engkau tercari-cari
tuhan manakah
ingin disembah
Saturday, June 26, 2010
PAGI DAN REZEKI
matahari yang jujur
pada pagi ini
menyentuhi janji
engkau masih terlena
'rezeki di awal pagi', kata mereka
demikianlah
generasi demi generasi bersambut
jenguk keluarkan muka
dari kepompong jumud
malu kepada embun
lalang di kampong
lebih tinggi dari orang berdiri
'pagi dan rezeki'
sesungguhnya benar
pada pagi ini
menyentuhi janji
engkau masih terlena
'rezeki di awal pagi', kata mereka
demikianlah
generasi demi generasi bersambut
jenguk keluarkan muka
dari kepompong jumud
malu kepada embun
lalang di kampong
lebih tinggi dari orang berdiri
'pagi dan rezeki'
sesungguhnya benar
Thursday, June 24, 2010
MARI KITA TUNGGU
'jika saya kerajaan,
saya akan luluskan, judi bola',
kata Mahathir
tanpa malu-malu
suaranya yang semakin lemah
khusus untuk 'para idola'nya
yang amat setia
demikian juga
untuk Vincent Tan
Mahathir sanggup berkorban
kami manusia kecil di sini
ingin menunggu kebenaran
kata-kata oleh Allahyarham Ustaz Fadhil Nor
'Allah memanjangkan umur Mahathir
supaya dia sendiri dapat melihat kesan
perlakuannya'
saya akan luluskan, judi bola',
kata Mahathir
tanpa malu-malu
suaranya yang semakin lemah
khusus untuk 'para idola'nya
yang amat setia
demikian juga
untuk Vincent Tan
Mahathir sanggup berkorban
kami manusia kecil di sini
ingin menunggu kebenaran
kata-kata oleh Allahyarham Ustaz Fadhil Nor
'Allah memanjangkan umur Mahathir
supaya dia sendiri dapat melihat kesan
perlakuannya'
MASING-MASING
meneruskan kehidupan di dalam debu
sekadar melibas-libas
hanya tidak sanggup hidung tersumbat
rakan dan taulan akan begitu jua
pernah diajarkan kita
'enau di dalam belukar melepaskan
pucuk masing-masing'
mitos 'dedalu bertenggek'
di dahan yang kian usang
mungkin demikian nasib kita
di suatu hari
sekadar melibas-libas
hanya tidak sanggup hidung tersumbat
rakan dan taulan akan begitu jua
pernah diajarkan kita
'enau di dalam belukar melepaskan
pucuk masing-masing'
mitos 'dedalu bertenggek'
di dahan yang kian usang
mungkin demikian nasib kita
di suatu hari
Tuesday, June 22, 2010
PEMANCING DI SUNGAI KEHIDUPAN
kerana kelukaan itu sudah sebati
mari kita berenang di air sungai yang keruh
masih ada pemancing
mencuba mengelirukan puyu dan haruan
dengan umpan biasa, cacing tanah
masih puyu dan haruan
menerjah
umpan kegemaran
sekalipun
mereka pernah tahu
dahulunya
pemancing dan sungai kehidupan
dan ikan
tidak meluluhkan hati mereka
kerana mereka saling
tidak berdaya
mari kita berenang di air sungai yang keruh
masih ada pemancing
mencuba mengelirukan puyu dan haruan
dengan umpan biasa, cacing tanah
masih puyu dan haruan
menerjah
umpan kegemaran
sekalipun
mereka pernah tahu
dahulunya
pemancing dan sungai kehidupan
dan ikan
tidak meluluhkan hati mereka
kerana mereka saling
tidak berdaya
Monday, June 21, 2010
BERKAITAN JUDI BOLA
Nazri Tan Seri Aziz berkata
perasaan orang-orang bukan Islam perlu dijaga
negara tidak harus
menjaga orang-orang Islam semata-mata
Mahathir berkata
orang-orang Cina memang gemar berjudi
mereka mesti diberi peluang 'berjudi bola'
Koh Tsu Koon pula berkata
judi boleh membawa kemudaratan yang besar
tiba-tiba
Muhyiddin Yassin berkata
BN mesti 'sedaya upaya'
membersihkan segala 'tohmahan dan fitnah pembangkang'
perasaan orang-orang bukan Islam perlu dijaga
negara tidak harus
menjaga orang-orang Islam semata-mata
Mahathir berkata
orang-orang Cina memang gemar berjudi
mereka mesti diberi peluang 'berjudi bola'
Koh Tsu Koon pula berkata
judi boleh membawa kemudaratan yang besar
tiba-tiba
Muhyiddin Yassin berkata
BN mesti 'sedaya upaya'
membersihkan segala 'tohmahan dan fitnah pembangkang'
Sunday, June 20, 2010
UNTUK GENERASI
generasi kinilah yang meneruskan
semua kebaikan
semua kecelakaan
dibina oleh pemimpin silam
samada pemimpin itu sesal atau berbangga
inilah acuannya
untuk orang-orang muda
mari kita bersedia
untuk menanam mayat-mayat
peradaban dan mimpi-mimpi
yang telah terkorban
di lorong yang salah diredah
dengan mata terpejam
semua kebaikan
semua kecelakaan
dibina oleh pemimpin silam
samada pemimpin itu sesal atau berbangga
inilah acuannya
untuk orang-orang muda
mari kita bersedia
untuk menanam mayat-mayat
peradaban dan mimpi-mimpi
yang telah terkorban
di lorong yang salah diredah
dengan mata terpejam
Saturday, June 19, 2010
ZAMBRY ABDUL KADIR
lebih sepuluh tahun lalu
aku meramalkan
dia akan jadi Menteri Besar Perak
pertamakali bersalaman dengannya
di mesyuarat politik di dewan hotel 'Lead View',
Seri Manjung
Melayukah dia atau dari 'MIC' ?
jika India petah pula berbahasa Melayu ?
'dia bakal ketua pemuda kita'
'dia orang Muhyiddin Yassin,
'maknanya orang Anwar Ibrahim, team Wawasan'
bisik Mat Jelani, wakil dari Kg Baru, Lumut
yang memperkenalkan Zambry kepada kami
hakikatnya aku tidak peduli warna kulit
cuma dia ini seperti 'mamak-mamak' yang lain
amat rajin, amat teliti dan gemar 'bertekak'
mempunyai ingatan yang kuat
tidak mudah mengalah
menepati masa
melayu yang lain senang di'diratah'nya
kerana sikap 'malas berfikir' dan 'pembodek semata-mata'
melonjakkan Zamry ke depan supaya mereka
bolehlah 'menongkat' dagu
menganga mulut !
seperti mimpi Anwar Ibrahim
untuk membersihkan parti dari dalam
'lupakanlah, mimpi yang menjahanamkan !'
Zamry Abdul Kadir
seperti 'mamak-mamak' yang lain
berfikir dari segi 'keuntungan'
di sekelilingnya pembodek,
kawan-kawan lama aku juga !
aku meramalkan
dia akan jadi Menteri Besar Perak
pertamakali bersalaman dengannya
di mesyuarat politik di dewan hotel 'Lead View',
Seri Manjung
Melayukah dia atau dari 'MIC' ?
jika India petah pula berbahasa Melayu ?
'dia bakal ketua pemuda kita'
'dia orang Muhyiddin Yassin,
'maknanya orang Anwar Ibrahim, team Wawasan'
bisik Mat Jelani, wakil dari Kg Baru, Lumut
yang memperkenalkan Zambry kepada kami
hakikatnya aku tidak peduli warna kulit
cuma dia ini seperti 'mamak-mamak' yang lain
amat rajin, amat teliti dan gemar 'bertekak'
mempunyai ingatan yang kuat
tidak mudah mengalah
menepati masa
melayu yang lain senang di'diratah'nya
kerana sikap 'malas berfikir' dan 'pembodek semata-mata'
melonjakkan Zamry ke depan supaya mereka
bolehlah 'menongkat' dagu
menganga mulut !
seperti mimpi Anwar Ibrahim
untuk membersihkan parti dari dalam
'lupakanlah, mimpi yang menjahanamkan !'
Zamry Abdul Kadir
seperti 'mamak-mamak' yang lain
berfikir dari segi 'keuntungan'
di sekelilingnya pembodek,
kawan-kawan lama aku juga !
Friday, June 18, 2010
BATU ?
semuga rakyat malaysia tidak menjadi
seperti batu
kezaliman untuk Datuk Seri Anwar Ibrahim
di mahkamah yang aneh
mereka mampu sediakan sebanyak-banyak musuh
mereka tidak pedulikan tuhan
kiranya rakyat malaysia ini batu ?
seperti batu
kezaliman untuk Datuk Seri Anwar Ibrahim
di mahkamah yang aneh
mereka mampu sediakan sebanyak-banyak musuh
mereka tidak pedulikan tuhan
kiranya rakyat malaysia ini batu ?
Thursday, June 17, 2010
LORONG PUISI
teman
kiranya aku manusia peresah
pada jalan hidup
pada siang ke malam bergantian
sering aku alpa dan terlambat
menjadi menu harian
bintang-bintang kerdip pada mata hatiku
ialah cuba membahagiakan
mimpi sahabat, dukanya ku renung
atau mungkin
hanya mendengar
tetapi dengan mendalam
puisi kubawa dalam kata-kata
pengganti suara
dinding rumah kita ialah keselesaan
tanpa tabir berselindung
kenalilah aku
akan sentiasa
menundukkan kepala tidak sanggup melihat
kedurjanaan
dan aku bukan perengus
maafkan aku teman
dari sisi kemusykilan
terhidang bayang-bayang hitam
perlu menduga dan membaca
orang-orang terdekatpun tidak akan sentiasa faham
di sini ditemui
lorong puisi mencatatkan gerak nadi ku
kiranya aku manusia peresah
pada jalan hidup
pada siang ke malam bergantian
sering aku alpa dan terlambat
menjadi menu harian
bintang-bintang kerdip pada mata hatiku
ialah cuba membahagiakan
mimpi sahabat, dukanya ku renung
atau mungkin
hanya mendengar
tetapi dengan mendalam
puisi kubawa dalam kata-kata
pengganti suara
dinding rumah kita ialah keselesaan
tanpa tabir berselindung
kenalilah aku
akan sentiasa
menundukkan kepala tidak sanggup melihat
kedurjanaan
dan aku bukan perengus
maafkan aku teman
dari sisi kemusykilan
terhidang bayang-bayang hitam
perlu menduga dan membaca
orang-orang terdekatpun tidak akan sentiasa faham
di sini ditemui
lorong puisi mencatatkan gerak nadi ku
JUDI HALAL
merenung kehadapan
seperti tanda keruh lagi berbalam
nasib agama
yang dicurangi
oleh permainan si pencacai
dengan lagak ngeri
menghukum
semua kebenaran dan kesucian
hanya kerana nama mereka 'manusia'
yang dikatakan mempunyai 'aura'
demikian
wajah dua sisi
lelaki tua yang menghalalkan judi itu
'judi berlesen membawa keuntungan untuk negara', katanya.
seperti tanda keruh lagi berbalam
nasib agama
yang dicurangi
oleh permainan si pencacai
dengan lagak ngeri
menghukum
semua kebenaran dan kesucian
hanya kerana nama mereka 'manusia'
yang dikatakan mempunyai 'aura'
demikian
wajah dua sisi
lelaki tua yang menghalalkan judi itu
'judi berlesen membawa keuntungan untuk negara', katanya.
Wednesday, June 16, 2010
HAMBAR
kejemuan
untuk tersenyum
untuk ketawa lagi
jenaka menjadi hambar sudah
katak lompat
atau terlompat katak
membeli cinta dengan wang misalnya
kasih dibaluti wang ringgit
ufti emas
memaksa kawan menceritakan
sesuatu untuk lebih cepat difahami
mengelak
memikir kehadapan
untuk tersenyum
untuk ketawa lagi
jenaka menjadi hambar sudah
katak lompat
atau terlompat katak
membeli cinta dengan wang misalnya
kasih dibaluti wang ringgit
ufti emas
memaksa kawan menceritakan
sesuatu untuk lebih cepat difahami
mengelak
memikir kehadapan
TIDAK DITEMUI
menjadi buruan manusia
mengisi rentak hidup
dunia untuk ketawa
untuk bersedih sekali-sekala
mencuba dan menyimpulkan
pengertian hidup
dari bermula hayatnya sehingga berakhir
mengisi rentak hidup
dunia untuk ketawa
untuk bersedih sekali-sekala
mencuba dan menyimpulkan
pengertian hidup
dari bermula hayatnya sehingga berakhir
Tuesday, June 15, 2010
KELAMBU MIMPI
iklan maxis di tv
paparkan wajah Dato Soh Chin Aun
bermata sepet yang kuat
sedang berpayung
di sebuah padang kampong becak berlumpur
memerhatikan sambil tersenyum
budak-budak sedang bermain bolasepak
di dalam hujan
suara latarnya
mengimbas kenangan kehebatan silam
pasukan bolasepak negara ke olimpik
di sebut nama
"hasan sani dan james wong'
berhantaran bola dan akhirnya berjaya
menewaskan korea selatan
persolaannya
apakah kelambu mimpi itu
yang telah disarangi
labah-labah
masih Malaysia enggan keluar
dari nostalgik 'gila'
hari ini
Jepun berjaya kalahkan Cameroon
Korea Selatan tewaskan Greece
Korea Utara sedang digeruni
iklan itu
menjadikan aku seorang rakyat Malaysia
yang bodoh lagi bebal
paparkan wajah Dato Soh Chin Aun
bermata sepet yang kuat
sedang berpayung
di sebuah padang kampong becak berlumpur
memerhatikan sambil tersenyum
budak-budak sedang bermain bolasepak
di dalam hujan
suara latarnya
mengimbas kenangan kehebatan silam
pasukan bolasepak negara ke olimpik
di sebut nama
"hasan sani dan james wong'
berhantaran bola dan akhirnya berjaya
menewaskan korea selatan
persolaannya
apakah kelambu mimpi itu
yang telah disarangi
labah-labah
masih Malaysia enggan keluar
dari nostalgik 'gila'
hari ini
Jepun berjaya kalahkan Cameroon
Korea Selatan tewaskan Greece
Korea Utara sedang digeruni
iklan itu
menjadikan aku seorang rakyat Malaysia
yang bodoh lagi bebal
Monday, June 14, 2010
KENAPA ?
api letrik belum ada
motor kereta jarang-jarang terlihat
budak-budak hanya berlumba basikal
'pak mat marekan'
nama si tukang kebun klinik
pada setiap senja menghidupkan
enjin penjana elektrik
untuk kawasan klinik kesihatan
benderang cahaya lampu jalan
kutu beruang, riang-riang, kelkatu
dan kumbang tertampan lampu
di rumah jururawat di situlah
satu-satu televisyen
yang ada di kampong kami
tempat kami menumpang
bermula di situ
kami kenali
'masam-masam manis'
'anakku sazali'
'do re mi'
'si tora harimau jadian'
'nasib si labu labi'
'nujum pak belalang'
'semerah padi'
'sarjan hassan'
'antara dua darjat'
'madu 3'
hanya setelah dewasa
aku tertanya-tanya
mengapakah
filem-filem itu
ditayangkan berulang-ulang
entah berapa ratus kali ?
apakah motif mereka
tidak mengajar bangsaku
lebih cerdik kehadapan
seperti anak-anak kambing
berlari sambil menoleh kebelakang
sering ditinggal ibu
motor kereta jarang-jarang terlihat
budak-budak hanya berlumba basikal
'pak mat marekan'
nama si tukang kebun klinik
pada setiap senja menghidupkan
enjin penjana elektrik
untuk kawasan klinik kesihatan
benderang cahaya lampu jalan
kutu beruang, riang-riang, kelkatu
dan kumbang tertampan lampu
di rumah jururawat di situlah
satu-satu televisyen
yang ada di kampong kami
tempat kami menumpang
bermula di situ
kami kenali
'masam-masam manis'
'anakku sazali'
'do re mi'
'si tora harimau jadian'
'nasib si labu labi'
'nujum pak belalang'
'semerah padi'
'sarjan hassan'
'antara dua darjat'
'madu 3'
hanya setelah dewasa
aku tertanya-tanya
mengapakah
filem-filem itu
ditayangkan berulang-ulang
entah berapa ratus kali ?
apakah motif mereka
tidak mengajar bangsaku
lebih cerdik kehadapan
seperti anak-anak kambing
berlari sambil menoleh kebelakang
sering ditinggal ibu
Friday, June 11, 2010
MELAYU UNTUNG
untung jika melayu
tidak pernah memiliki pahlawan
yang kononnya amat hebat
tuah dan jebat
untung bangsa melayu
jika kata-kata
'tidak melayu hilang di dunia'
tidak pernah ujud
siapa fikir kata-kata itu benar ?
menongkah kehadapan
dengan fikiran jumud
lebih teruk
dipergunakan oleh mereka
untuk menakluk bangsa sendiri !
tidak pernah memiliki pahlawan
yang kononnya amat hebat
tuah dan jebat
untung bangsa melayu
jika kata-kata
'tidak melayu hilang di dunia'
tidak pernah ujud
siapa fikir kata-kata itu benar ?
menongkah kehadapan
dengan fikiran jumud
lebih teruk
dipergunakan oleh mereka
untuk menakluk bangsa sendiri !
KEMUSYKILAN
santai amat memerhatikan dinding
dilukis mural
santun kepada alam
damai kelihatan
gunung
perbukitan
lurah
air terjun
jernih air
hijau rerumput dan pokok renik
diluar sana
si kaya sentiasa mengerling
bukit-bukit
hutan-hutan dara
alur sungai
lereng bukit
pantai
hutan bakau
akan selamatkah mereka ?
apabila wang menghentak
jiwa si kaya
saban malam dan siang !
dilukis mural
santun kepada alam
damai kelihatan
gunung
perbukitan
lurah
air terjun
jernih air
hijau rerumput dan pokok renik
diluar sana
si kaya sentiasa mengerling
bukit-bukit
hutan-hutan dara
alur sungai
lereng bukit
pantai
hutan bakau
akan selamatkah mereka ?
apabila wang menghentak
jiwa si kaya
saban malam dan siang !
Thursday, June 10, 2010
SEPATUTNYA
dua pilihan
satu ini atau yang satu lagi
kedua-duanya hebat
tetapi kita hanya hamba
memperhambakan diri
apakah yang dicari
selain keindahan
yang dituntutNya
kerana hamba tidak harus sombong
meninggi diri
melarikan diri
dari syarat dan ajaranNya
satu-satunya
merenung diri dan menghargai
segala yang mampu dimiliki
kerana ada insan lain
yang tidak punya
malah kehilangan
di mata dan di hati
hanya merindukan
bahasa alam yang santun
satu ini atau yang satu lagi
kedua-duanya hebat
tetapi kita hanya hamba
memperhambakan diri
apakah yang dicari
selain keindahan
yang dituntutNya
kerana hamba tidak harus sombong
meninggi diri
melarikan diri
dari syarat dan ajaranNya
satu-satunya
merenung diri dan menghargai
segala yang mampu dimiliki
kerana ada insan lain
yang tidak punya
malah kehilangan
di mata dan di hati
hanya merindukan
bahasa alam yang santun
SEMBUNYIKAN KEDURJANAAN
dengan kereta dosa
mereka pacu jua
kehidupan ini
seolah-olah
tidak ada apa-apa berlaku
dosa dan noda
seakan-akan punah
dengan sendirinya
seolah-olah tuhan
tidak pernah melihat
kekejaman mereka
kebejatan mereka
kerana manusia kerdil
melihat yang terpacul semata-mata
di sebaliknya
dipenuhi kedurjanaan !
(melihat wajah PM diTV ketika membentangkan
rancangan Malaysia ke 10)
mereka pacu jua
kehidupan ini
seolah-olah
tidak ada apa-apa berlaku
dosa dan noda
seakan-akan punah
dengan sendirinya
seolah-olah tuhan
tidak pernah melihat
kekejaman mereka
kebejatan mereka
kerana manusia kerdil
melihat yang terpacul semata-mata
di sebaliknya
dipenuhi kedurjanaan !
(melihat wajah PM diTV ketika membentangkan
rancangan Malaysia ke 10)
Wednesday, June 9, 2010
MENCARI
bukankah hidup ini untuk mencari sesuatu
yang baik
dan bersih
menimba yang jernih
memungut serpihan untuk dicantumkan
untuk kasih sayang sesama insan
untuk mencari erti kemurniaan
memartabatkan ketulusan
untuk ketelusan
hidup tidak harus menjadi kejam
menjadi penipu
penzalim
peroboh
perosak
ketepikan ajaran agama
menyokong kemungkaran
menyokong maksiat
menyokong judi
atau bagaimanakah ?
yang baik
dan bersih
menimba yang jernih
memungut serpihan untuk dicantumkan
untuk kasih sayang sesama insan
untuk mencari erti kemurniaan
memartabatkan ketulusan
untuk ketelusan
hidup tidak harus menjadi kejam
menjadi penipu
penzalim
peroboh
perosak
ketepikan ajaran agama
menyokong kemungkaran
menyokong maksiat
menyokong judi
atau bagaimanakah ?
SEPERTI PELANGI SENJA
seperti pernah datang rindu
pada pelangi yang rebah
ketika mentari terang
kembali menyuluh
hanya bayang-bayang engkau
pernah menghadiri
pada warna senja
di hatiku
hanya lagu
hanya kenangan
hanya menungan
masa yang telah berlalu pergi !
pada pelangi yang rebah
ketika mentari terang
kembali menyuluh
hanya bayang-bayang engkau
pernah menghadiri
pada warna senja
di hatiku
hanya lagu
hanya kenangan
hanya menungan
masa yang telah berlalu pergi !
Saturday, June 5, 2010
LAUK
menjadi 'lauk' mereka sahaja
setiap janji dari setiap undi
akhirnya mereka berkata
negara akan bangkrap pada 2019
jika subsidi tidak dihentikan
kita manusia bodoh ?
disogokkan 'wawasan 2020'
iaitu setahun selepas negara bangkrap
setiap janji dari setiap undi
akhirnya mereka berkata
negara akan bangkrap pada 2019
jika subsidi tidak dihentikan
kita manusia bodoh ?
disogokkan 'wawasan 2020'
iaitu setahun selepas negara bangkrap
Friday, June 4, 2010
KEKEJAMAN DI MANA-MANA
kekejaman itu sebagai suatu pesta
tetap ia
membahagiakan
sebahagian manusia
bermandian darah
dengan kekejaman amat nyata
seperti di Gaza
tetap ia sebagai pesta
kekejaman bermula di mahkamah
di sini
di Kuala Lumpur
atas nama keadilan
disumbat bisu
dengan nanah punah
dengan punah maruah
mengiyakan apa sahaja lenggang-lenggok
kezaliman
oh, bodohnya manusia ini
tidak kurang sedikitpun dari binatang jalang !
tetap mereka berpesta
di atas nama kezaliman
di mana juga
dengan pelbagai cara dan bentuk !
tetap ia
membahagiakan
sebahagian manusia
bermandian darah
dengan kekejaman amat nyata
seperti di Gaza
tetap ia sebagai pesta
kekejaman bermula di mahkamah
di sini
di Kuala Lumpur
atas nama keadilan
disumbat bisu
dengan nanah punah
dengan punah maruah
mengiyakan apa sahaja lenggang-lenggok
kezaliman
oh, bodohnya manusia ini
tidak kurang sedikitpun dari binatang jalang !
tetap mereka berpesta
di atas nama kezaliman
di mana juga
dengan pelbagai cara dan bentuk !
DISUATU SENJA BERANTAKAN
senja adalah warna benar
bagi lelaki seperti aku
onar dalam perkasa
aku mencatat puisi setelah bertahun-tahun
terguling
dari meja pendustaan alam
yang khianat
aku memburu dan diburu
terus
oleh
pesta alam yang nakal
biasan yang memutar
dayafikir
kotak hati
pecah ragu
di saat percakapanku dengan tuhan
merabung
tiada lagi
kegetiran
untuk menendang
malam suramku nanti
sirna godaan mimpi
sehingga
berakhir subuh esoknya
di suatu senja
berantakan di dalam jiwa ini
bagi lelaki seperti aku
onar dalam perkasa
aku mencatat puisi setelah bertahun-tahun
terguling
dari meja pendustaan alam
yang khianat
aku memburu dan diburu
terus
oleh
pesta alam yang nakal
biasan yang memutar
dayafikir
kotak hati
pecah ragu
di saat percakapanku dengan tuhan
merabung
tiada lagi
kegetiran
untuk menendang
malam suramku nanti
sirna godaan mimpi
sehingga
berakhir subuh esoknya
di suatu senja
berantakan di dalam jiwa ini
ESOK CERITA LAIN
desiran angin berdebu
menghujani si penghuni malam
hati mereka merentung
anjal oleh biasan
lelaki dan wanita berkuku
saling menjerat
mereka hebat
terpekik-pekik hebat
esok adalah hari yang lain
tiada dilemma
cinta dan sisa-sisa cinta
mesti dihabiskan
menjelang subuh ini juga !
menghujani si penghuni malam
hati mereka merentung
anjal oleh biasan
lelaki dan wanita berkuku
saling menjerat
mereka hebat
terpekik-pekik hebat
esok adalah hari yang lain
tiada dilemma
cinta dan sisa-sisa cinta
mesti dihabiskan
menjelang subuh ini juga !
Thursday, June 3, 2010
KINI
tak mampu menganjakkan hari-hari
saat-saat bahagia silam, ibu
sepotong cintamu kepadaku
menampilkan kepiluan amat
sayur keladi
masak asam pedas ikan sembilang
anak-anakmu yang lain kini di mana ?
suara cucu-cucumu ?
pada riakmu aku melihat
subur 'pisang awak' selalu dia ceritakan
keladi juga banyak berisi
pokok ceremai sudah dipangkas,
'tak ada orang nak makan', kata ibu
sudah dibuat orang parit di lembah di hadapan rumah
'sekarang tidak tenggelam lagi'
rumpun mengkuang tidak lagi kelihatan
di tanah rendah di hadapan rumah tua ibu
'sekarang hidup semakin susah, belanja banyak,
gaji mereka kecil',
kataku
ibu hanya berdiam
saat-saat bahagia silam, ibu
sepotong cintamu kepadaku
menampilkan kepiluan amat
sayur keladi
masak asam pedas ikan sembilang
anak-anakmu yang lain kini di mana ?
suara cucu-cucumu ?
pada riakmu aku melihat
subur 'pisang awak' selalu dia ceritakan
keladi juga banyak berisi
pokok ceremai sudah dipangkas,
'tak ada orang nak makan', kata ibu
sudah dibuat orang parit di lembah di hadapan rumah
'sekarang tidak tenggelam lagi'
rumpun mengkuang tidak lagi kelihatan
di tanah rendah di hadapan rumah tua ibu
'sekarang hidup semakin susah, belanja banyak,
gaji mereka kecil',
kataku
ibu hanya berdiam
WAJAH DUA SISI
wajah dua sisi
lelaki bobrok
siangnya merasmikan masjid
malamnya menogok
air dari botol-botol berharga mahal
wajah dua sisi
tersenyum dan bijaksana
tenang dan berkesan
tidak kelihatan keliru
di sebaliknya
di belakang tabir
apakah yang terjadi ?
lelaki berwajah dua itu
telah tua
dia kini mencuba
menjadi wajah tiga sisi pula !
agar hebat dan
harapannya
tiada sempadan
menjenguk otak manusia lain
kepadanya
berbangga amat dapat mempengaruhi
dia sudah tua
namun dia yakin
malaikat seperti juga manusia
yang pernah diperhambakannya !
lelaki bobrok
siangnya merasmikan masjid
malamnya menogok
air dari botol-botol berharga mahal
wajah dua sisi
tersenyum dan bijaksana
tenang dan berkesan
tidak kelihatan keliru
di sebaliknya
di belakang tabir
apakah yang terjadi ?
lelaki berwajah dua itu
telah tua
dia kini mencuba
menjadi wajah tiga sisi pula !
agar hebat dan
harapannya
tiada sempadan
menjenguk otak manusia lain
kepadanya
berbangga amat dapat mempengaruhi
dia sudah tua
namun dia yakin
malaikat seperti juga manusia
yang pernah diperhambakannya !
DEBU
pada hari ini kejujuran telah menjadi debu
mereka sapu ke bawah
debu terbakar
benderang api
menyuluh sepi
hati pejuang
untuk selamanya
pejuang tulen
lahir dari
resapan airmata
dan darah
berdenyut melalui
jantung
teguh semarak nafas
berpusar jauh renungan
yang meregang si pemusnah itu
adalah bara-bara
dari lantai neraka
mereka penjauh
perosak
pembunuh
ketulenan !
(untuk mahafiraun & si peyokong pembunuhan altantuya)
mereka sapu ke bawah
debu terbakar
benderang api
menyuluh sepi
hati pejuang
untuk selamanya
pejuang tulen
lahir dari
resapan airmata
dan darah
berdenyut melalui
jantung
teguh semarak nafas
berpusar jauh renungan
yang meregang si pemusnah itu
adalah bara-bara
dari lantai neraka
mereka penjauh
perosak
pembunuh
ketulenan !
(untuk mahafiraun & si peyokong pembunuhan altantuya)
Wednesday, June 2, 2010
TITIK-TITIK HUJAN
titik-titik hujan
mengubat dukaku
ketika aku bertamu
di ruang waktu
di tepian sungai kepiluan
aku lelaki yang redha
pada perjalanan diri
amat kecil aku
di sisiMu
kekasih tidak semestinya mencintai
apabila kesusahan melanda
yang hadir
hanya
doa-doa bersimpuh
menerima ketentuan ilahi
tanpa kesalan
mengubat dukaku
ketika aku bertamu
di ruang waktu
di tepian sungai kepiluan
aku lelaki yang redha
pada perjalanan diri
amat kecil aku
di sisiMu
kekasih tidak semestinya mencintai
apabila kesusahan melanda
yang hadir
hanya
doa-doa bersimpuh
menerima ketentuan ilahi
tanpa kesalan
Tuesday, June 1, 2010
RUMAH CAHAYA
apabila duka beranjak
aku menelan kemasinan
kehidupan kembali merangkak
dalam pandang sayup
kehadapan
mengejar cahaya
dari rumah api
selama ku hanyut
di dalam lautan bergelora
rumah cahaya itu
ku tenung dengan pilu
dengan tatapan
sekujur harap
dan
sepalit simpati
aku menelan kemasinan
kehidupan kembali merangkak
dalam pandang sayup
kehadapan
mengejar cahaya
dari rumah api
selama ku hanyut
di dalam lautan bergelora
rumah cahaya itu
ku tenung dengan pilu
dengan tatapan
sekujur harap
dan
sepalit simpati
Subscribe to:
Posts (Atom)