Sunday, June 20, 2010

UNTUK GENERASI

generasi kinilah yang meneruskan
semua kebaikan
semua kecelakaan
dibina oleh pemimpin silam
samada pemimpin itu sesal atau berbangga
inilah acuannya
untuk orang-orang muda

mari kita bersedia
untuk menanam mayat-mayat
peradaban dan mimpi-mimpi
yang telah terkorban
di lorong yang salah diredah
dengan mata terpejam

1 comment:

  1. itulah nasib bangsa yang diperintah oleh parti bangsanya sendiri..sedang didalamnya hanya ada..buaya, anjing dan dubuk yang hanya mahu mengisi temolok sendiri....

    ReplyDelete