matahari masih begitu
ketika tahun berkalih
ketuaan tidak semestinya memberi
kelegaan atau kekurangan
kita manusia yang sahih
menghirup detik demi detik, satu demi satu
kehairanan yang dahulupun masih
belum menemui jawapan
betapa mengasuh diri
untuk menjadi manusia pura-pura, semakin
dunia seperti berlubang
kita selalu terjelepuk di dalamnya
samada sanggup atau tidak
mungkin kita seorang yang pemurah, siapa tahu
memilih aturan yang sempurna
meniti jalinan hayat seperti di sarang lelabah ?
Friday, December 31, 2010
Thursday, December 30, 2010
MILIK KITA BERSAMA
permintaan kepadaNya
bukan untuk diriku semata
biarlah aku bersusah pilu
keadilan untuk semua
aku merindukan
denai-denai
kesusahan
terpegun
kepada kejayaan mereka
dan menangis
kerana mereka telah melupakan
melukakan
tanpa mengharap lebih
aku percaya
bahawa
bumi ini milik kita bersama
bukan untuk diriku semata
biarlah aku bersusah pilu
keadilan untuk semua
aku merindukan
denai-denai
kesusahan
terpegun
kepada kejayaan mereka
dan menangis
kerana mereka telah melupakan
melukakan
tanpa mengharap lebih
aku percaya
bahawa
bumi ini milik kita bersama
TERUS MEREMPUH
semestinya menemui jalan baru
tidak hanya begini
kenapa masih terjelerus ke lubang yang sama ?
ada bahasa diri dan bahasa dari langit
persetankan kemewahan !
mengejar sesuatu bukan untuk birahi
sombong diri dan angkuh
ah, sememangnya meminta celaka !
belajar berkata 'tidak boleh'
supaya janji-janji tidak bergantungan
jangan berkata sulit
atau mati sebelum berjuang !
tidak hanya begini
kenapa masih terjelerus ke lubang yang sama ?
ada bahasa diri dan bahasa dari langit
persetankan kemewahan !
mengejar sesuatu bukan untuk birahi
sombong diri dan angkuh
ah, sememangnya meminta celaka !
belajar berkata 'tidak boleh'
supaya janji-janji tidak bergantungan
jangan berkata sulit
atau mati sebelum berjuang !
Wednesday, December 29, 2010
MEMANDANG KEHADAPAN
rusuh di hati hanya
buih-buih memercik
ia hanyut dan pergi
meninggalkan sedikit getus
arus menerus ke lautan
dari puncak bukit
menyusur rimbun pohon
rimba air terjun
dari terusan
alur berpusar
ke sungai induk
mengalir tanpa dapat ditahan
seperti sebelumnya
wajah yang letih
kerana kesilapan
terus berulang-ulang
memandang ke hadapan
perahkan segala daya
menyusur alur akar ke umbi
bisa ular tidak akan hilang
(selamat tinggal 2010)
buih-buih memercik
ia hanyut dan pergi
meninggalkan sedikit getus
arus menerus ke lautan
dari puncak bukit
menyusur rimbun pohon
rimba air terjun
dari terusan
alur berpusar
ke sungai induk
mengalir tanpa dapat ditahan
seperti sebelumnya
wajah yang letih
kerana kesilapan
terus berulang-ulang
memandang ke hadapan
perahkan segala daya
menyusur alur akar ke umbi
bisa ular tidak akan hilang
(selamat tinggal 2010)
Tuesday, December 28, 2010
PUISI NURANI
segalanya adalah perjalanan
hati dan jari
mencatat puisi
meluncur seperti alur air
sehingga ke laut
segala kekotoran dunia di sedutnya
seperti
kekotoran hati manusia
dijernihkan
oleh selautan puisi nurani
hati dan jari
mencatat puisi
meluncur seperti alur air
sehingga ke laut
segala kekotoran dunia di sedutnya
seperti
kekotoran hati manusia
dijernihkan
oleh selautan puisi nurani
KAU TELAH MENJAUH
seindah sekelumit waktu
yang menjerat hari
ketika engkau masih di sini
di rumputan ini
masih kecil nadimu
menghitung ruas-ruas nasib
kini
seperti tidak kau toleh lagi
buku sejarah
monumen tidak abadi
tinggallah puisi usang
yang merungut
kelam di akhir penghayatan
yang menjerat hari
ketika engkau masih di sini
di rumputan ini
masih kecil nadimu
menghitung ruas-ruas nasib
kini
seperti tidak kau toleh lagi
buku sejarah
monumen tidak abadi
tinggallah puisi usang
yang merungut
kelam di akhir penghayatan
OBOR
ada getar di hati kami
saat kau pelopori perjuangan
melata untuk rakyat
seumpama obor
cahaya menyimbah di waktu kelam
namanya perjuangan
tetap memakan korban
kedurjanaan tetap menghela jerat
memerangkap kaki
hati manusia yang terlopong
kerana kekosongan
manusia tidak sejalan
manusia juga comot
ada hati yang telah mati
saat kau pelopori perjuangan
melata untuk rakyat
seumpama obor
cahaya menyimbah di waktu kelam
namanya perjuangan
tetap memakan korban
kedurjanaan tetap menghela jerat
memerangkap kaki
hati manusia yang terlopong
kerana kekosongan
manusia tidak sejalan
manusia juga comot
ada hati yang telah mati
Monday, December 27, 2010
SEKIRANYA BENARLAH
himpunan seribu rasa
tafsir di dalam diri
dikejutkan oleh
yang serba tahu
kerana diri
kecil terpencil di sisiNya
setelah dititipi
kecuali kesombongan
harga diri yang terlalu tinggi
rumah besar
kereta besar
bermewahan
melupakan rakyat marhaen
sekiranya benarlah
kita ini
anak semua bangsa
anak-anak Adam
tafsir di dalam diri
dikejutkan oleh
yang serba tahu
kerana diri
kecil terpencil di sisiNya
setelah dititipi
kecuali kesombongan
harga diri yang terlalu tinggi
rumah besar
kereta besar
bermewahan
melupakan rakyat marhaen
sekiranya benarlah
kita ini
anak semua bangsa
anak-anak Adam
Sunday, December 26, 2010
HANYA
hanya
kata-kata bernas
memberi makna yang jauh
hidup ini sememangnya
dipertikaikan
hanya
ikhlas yang panjang
untuk diukur
kesetiaan
hanya
rindu yang tidak ditunjukkan
hati yang merenangi
lautan rasa
sesucinya
hanya
puisi manis di celahan
kerinduan bahasa kemanusiaan
kita bertemu
dan bertamu
kata-kata bernas
memberi makna yang jauh
hidup ini sememangnya
dipertikaikan
hanya
ikhlas yang panjang
untuk diukur
kesetiaan
hanya
rindu yang tidak ditunjukkan
hati yang merenangi
lautan rasa
sesucinya
hanya
puisi manis di celahan
kerinduan bahasa kemanusiaan
kita bertemu
dan bertamu
Saturday, December 25, 2010
PUJI
aku yang tidak pandai memuji
aku hanya bisa menghargai
tercium bau wangi hati sahabat
melihat pada hitam anak matanya
pada kedut garis di dahinya
seorang pemikir
mungkin
dia itu
betapa berat ditanggung
kotak puisi di pundaknya
sarat maya ditempuhi
berjuang dia seperti imam
ada makmumnya
yang nakal
(sesuai untuk Sdra Marsli No)
aku hanya bisa menghargai
tercium bau wangi hati sahabat
melihat pada hitam anak matanya
pada kedut garis di dahinya
seorang pemikir
mungkin
dia itu
betapa berat ditanggung
kotak puisi di pundaknya
sarat maya ditempuhi
berjuang dia seperti imam
ada makmumnya
yang nakal
(sesuai untuk Sdra Marsli No)
BAHASAKU
tapir,
cipan
atau tenuk
ramai yang memandang
seolah-olah tidak sama
demikian
bahasa melayu
bahasa malaysia
atau bahasa kebangsaan
engkau bagaimana ?
pilih yang mana satu
(sesudah 53 tahun)
cipan
atau tenuk
ramai yang memandang
seolah-olah tidak sama
demikian
bahasa melayu
bahasa malaysia
atau bahasa kebangsaan
engkau bagaimana ?
pilih yang mana satu
(sesudah 53 tahun)
Friday, December 24, 2010
TUHAN MELIHAT KEBENARAN
tuhan melihat kebenaran
tetapi menunggu
sehingga kita
menjadi seperti manusia
pincang jalanan
tanpa doa sempurna
melihat matahari naik
melihat matahari menegak
melihat matahari semakin lemah
di larut senja
langit telah mati
kita masih kaku berdiri
gagal memilih satu-satunya jalan
tetapi menunggu
sehingga kita
menjadi seperti manusia
pincang jalanan
tanpa doa sempurna
melihat matahari naik
melihat matahari menegak
melihat matahari semakin lemah
di larut senja
langit telah mati
kita masih kaku berdiri
gagal memilih satu-satunya jalan
MUNGKIN
tidak sama rata
jalan kita
kadangkala kita bersunyi
berdendam kepada hari
tempatmu di padang lapang
cahaya benderang
di sini aku
seperti tidak pernah serupa
mungkin puisi-puisi
mendekatkan
di antara dua hati
jalan kita
kadangkala kita bersunyi
berdendam kepada hari
tempatmu di padang lapang
cahaya benderang
di sini aku
seperti tidak pernah serupa
mungkin puisi-puisi
mendekatkan
di antara dua hati
Wednesday, December 22, 2010
SEBAGAI LELAKI
aku menjadi tidak bernama
apabila mulai menyayangi
kata-kata mulai menajam
gugur ayat-ayat itu
menjadi
alur gurisan yang cekal tertanam
padang harap berumputan menghijau
di angkasaraya kelibat tertampan
mendengar bisik dan suara-suara gemersik
adunan sepoi angin pulau impian
hanya..
sebagai lelaki
aku tidak serba tahu (maafkan)
apabila mulai menyayangi
kata-kata mulai menajam
gugur ayat-ayat itu
menjadi
alur gurisan yang cekal tertanam
padang harap berumputan menghijau
di angkasaraya kelibat tertampan
mendengar bisik dan suara-suara gemersik
adunan sepoi angin pulau impian
hanya..
sebagai lelaki
aku tidak serba tahu (maafkan)
APCO
surat dari APCO sendiri
menyatakan syarikatnya tidak ada kaitan
dungu bercampur bingung
lelaki-lelaki yang berfikiran panjang
di menara gading
melayu yang meminta Yahudi
menentukan aturcaranya
berapa lamakah masjid boleh bertahan
sesudah setiap hari mendengar
bisikan mereka yang menderas
(Nazri Aziz menjawap DSAI digantung
berdasarkan kepada surat APCO yg
menafikan)
menyatakan syarikatnya tidak ada kaitan
dungu bercampur bingung
lelaki-lelaki yang berfikiran panjang
di menara gading
melayu yang meminta Yahudi
menentukan aturcaranya
berapa lamakah masjid boleh bertahan
sesudah setiap hari mendengar
bisikan mereka yang menderas
(Nazri Aziz menjawap DSAI digantung
berdasarkan kepada surat APCO yg
menafikan)
TELUK SENANGIN, SEGARI
isi kata-kata
selain kulitnya
menjadi bahasa
dari mata teduhku
mengintai kemiskinan
disuap janji
cita-cita kabur
seorang lelaki yang parah
cintanya kepada bumi
menyangka hidupnya sememang begitu
orang-orang kaya mulai ke sini
mengintai harap
mereka membawa tampuk
wang dan bahasa manis
(chalet-chalet buruk diusahakan oleh
penduduk miskin di pantai Teluk Senangin
akan musnah dan nasib mereka tidak
dapat dijangkakan)
selain kulitnya
menjadi bahasa
dari mata teduhku
mengintai kemiskinan
disuap janji
cita-cita kabur
seorang lelaki yang parah
cintanya kepada bumi
menyangka hidupnya sememang begitu
orang-orang kaya mulai ke sini
mengintai harap
mereka membawa tampuk
wang dan bahasa manis
(chalet-chalet buruk diusahakan oleh
penduduk miskin di pantai Teluk Senangin
akan musnah dan nasib mereka tidak
dapat dijangkakan)
Sunday, December 19, 2010
PELANGI
nyanyian hening pelangi
kerling bisu
baris-baris turisan air
merekah di langit
mungkinkah begitu ?
cinta manusia
mengejar warna
dari kaki ke kaki
hari
kerling bisu
baris-baris turisan air
merekah di langit
mungkinkah begitu ?
cinta manusia
mengejar warna
dari kaki ke kaki
hari
Saturday, December 18, 2010
PERJALANAN RINDU
rekahan telah mencair
sepunah debu harap
mengikis diksi
demi mencari ilham berpuisi
rindu kata-kata
mengorek rahsianya
terselindung
di sebalik tabir hari
hanya keengganan
memilih 'kata-kata' tuhan
menjadi hampas
untuk waktu
yang berjela panjang
membaca yang tersirat
selain yang tersurat
lalu menemui
wajahNya
sepunah debu harap
mengikis diksi
demi mencari ilham berpuisi
rindu kata-kata
mengorek rahsianya
terselindung
di sebalik tabir hari
hanya keengganan
memilih 'kata-kata' tuhan
menjadi hampas
untuk waktu
yang berjela panjang
membaca yang tersirat
selain yang tersurat
lalu menemui
wajahNya
PELACUR POLITIK
di wajah getir jalanan
lolongan anjing dan mata mengantuk
menghadapi malam yang panjang
detik-detik cemar
menunggu
di setiap persimpangan
lihat langkah kaki
di mana akan dituju
mencari wang ?
hanya wang ?
hasil pelacuran ?
lihat air sungai mengalir
air menuju ke stesyennya
menghala ke laut
menghapuskan kekotoran
kamu kemana ?
(kepada Mohd Ezam, Hamdan Taha dll
pengecut)
lolongan anjing dan mata mengantuk
menghadapi malam yang panjang
detik-detik cemar
menunggu
di setiap persimpangan
lihat langkah kaki
di mana akan dituju
mencari wang ?
hanya wang ?
hasil pelacuran ?
lihat air sungai mengalir
air menuju ke stesyennya
menghala ke laut
menghapuskan kekotoran
kamu kemana ?
(kepada Mohd Ezam, Hamdan Taha dll
pengecut)
LAUT PAGI
burung-burung camar menghiasi pandangan
lukisan puisi di dada laut
aku terkenang kepada silam
kepada seorang bapa
dan seseorang yang ditemui
hanya di dalam mimpi
lukisan laut dan catatan puisi
kini
telah beranjak
hanya kerinduan yang tetap sama
lukisan puisi di dada laut
aku terkenang kepada silam
kepada seorang bapa
dan seseorang yang ditemui
hanya di dalam mimpi
lukisan laut dan catatan puisi
kini
telah beranjak
hanya kerinduan yang tetap sama
Thursday, December 16, 2010
PARLIMEN MALAYSIA 16 DIS 2010
sebatang lilin dan sekujur harap
kuucapkan dalam puisi
sebuah keranda dan paku
di hadapan rakyat yang diperbodohkan
memancung hari supaya pendek
supaya senja datang cepat, cepat bergelap
wajah-wajah seiras
menyemburkan api dari perut neraka
demokrasi ini memang bodoh
kadang-kadang dimanjakan
beku disejat
wajah-wajah duka bercambah
aku termenung di muka pintu
kuucapkan dalam puisi
sebuah keranda dan paku
di hadapan rakyat yang diperbodohkan
memancung hari supaya pendek
supaya senja datang cepat, cepat bergelap
wajah-wajah seiras
menyemburkan api dari perut neraka
demokrasi ini memang bodoh
kadang-kadang dimanjakan
beku disejat
wajah-wajah duka bercambah
aku termenung di muka pintu
Tuesday, December 14, 2010
KUKUH
apabila kau boloskan matamu jauh
meregang semula tali kebosanan
diri menjadi palsu
teguh dan tegarlah
menggenggam realiti
membina susun atur
mengelak
kebanjiran
mimpi-mimpi yang bertingkah
suatu detik untuk satu warna
tidak dipisahkan
oleh ghairah pelangi
seutas tali
untuk meregang sebuah lukisan
menyusuri sebuah kehidupan yang panjang
(Jack of all trades, but master in none)
meregang semula tali kebosanan
diri menjadi palsu
teguh dan tegarlah
menggenggam realiti
membina susun atur
mengelak
kebanjiran
mimpi-mimpi yang bertingkah
suatu detik untuk satu warna
tidak dipisahkan
oleh ghairah pelangi
seutas tali
untuk meregang sebuah lukisan
menyusuri sebuah kehidupan yang panjang
(Jack of all trades, but master in none)
Monday, December 13, 2010
NIAT
bukan keajaiban dinanti
hanya menunggu aturan
bangkit dari pilu menerkam cahaya cemerlang
dari sudut peradaban
jauh sudah mereka berlari
mereka belum mengalah
tidak menghitung dosa atau pahala
niat suci atau dendam bersisa, mereka masih
bukan keajaiban ditunggu, hanya aturan
demi tuhan
hanya menunggu aturan
bangkit dari pilu menerkam cahaya cemerlang
dari sudut peradaban
jauh sudah mereka berlari
mereka belum mengalah
tidak menghitung dosa atau pahala
niat suci atau dendam bersisa, mereka masih
bukan keajaiban ditunggu, hanya aturan
demi tuhan
Saturday, December 11, 2010
DIA
sejarak biru langit
ku lepasi tembok awanan
menitipimu
dalam damai keinginan
meresapkan nilai keikhlasan
sebati luhur
nyanyian rendang pohon
nikmati elusan angin
merombak tenunan duka
aku yang berdiri
tak ingin berlari
mengejar bayang-bayang rindu itu
ku lepasi tembok awanan
menitipimu
dalam damai keinginan
meresapkan nilai keikhlasan
sebati luhur
nyanyian rendang pohon
nikmati elusan angin
merombak tenunan duka
aku yang berdiri
tak ingin berlari
mengejar bayang-bayang rindu itu
MERENUNG SUNGAI
sungai dan rindu
seiring nafasku
kepiluan
sungai dan angin
meresapi lembut
penyatuan
sungai mengalirkan air kelautan
lautan menemukan dataran
seperti engkau kutemui di sana
seiring nafasku
kepiluan
sungai dan angin
meresapi lembut
penyatuan
sungai mengalirkan air kelautan
lautan menemukan dataran
seperti engkau kutemui di sana
KERANA BAYANG-BAYANG
ketika berjalan di bawah lampu terang
terlihat dekatnya aku dengan bayang-bayang sendiri
bayang-bayang itu mengajarkan aku
tentang kepalsuan
kepalsuan dan penipuan
adalah sama
samada lampu, bayang-bayang
atau aku
terlihat dekatnya aku dengan bayang-bayang sendiri
bayang-bayang itu mengajarkan aku
tentang kepalsuan
kepalsuan dan penipuan
adalah sama
samada lampu, bayang-bayang
atau aku
Thursday, December 9, 2010
SAJAK KE 400
menjadi melayu aku
sejak mula kenal dunia
sebelum ada umno melayu telah ujud
apalagi perkasa
apabila ada 'tuan' akan ada hamba
aku tidak mahu menjadi tuan
melayu membenci babi
tetapi babi tidak pernah memahami melayu
sejak mula kenal dunia
sebelum ada umno melayu telah ujud
apalagi perkasa
apabila ada 'tuan' akan ada hamba
aku tidak mahu menjadi tuan
melayu membenci babi
tetapi babi tidak pernah memahami melayu
Wednesday, December 8, 2010
KERANTONG ATOK
nadi kampungku telah terbunuh
serpihan kerantong tebukan arwah atok
tergantung di surau sepi
tiada yang sudi mendengar sejarah silam
di bawah sepohon mangga
atok memahat kerantong batang nangka
sehingga siap
berminggu-minggu
cinta kepada sejarah, kepada kerantong
kepada ketukan kerantong
kini bersiap-sedia untuk terbunuh
sepenuhnya
(ketika kerantong maghrib dipalu, kedai kopi
di hadapan surau aziziah, bt 9 lekir
masih meriah)
serpihan kerantong tebukan arwah atok
tergantung di surau sepi
tiada yang sudi mendengar sejarah silam
di bawah sepohon mangga
atok memahat kerantong batang nangka
sehingga siap
berminggu-minggu
cinta kepada sejarah, kepada kerantong
kepada ketukan kerantong
kini bersiap-sedia untuk terbunuh
sepenuhnya
(ketika kerantong maghrib dipalu, kedai kopi
di hadapan surau aziziah, bt 9 lekir
masih meriah)
NOSTALGIA 3
jika kau memilih membawa belati
ku hadiahkanmu segenggam racun
jika kau memilih bunga
ku hadiahkanmu sebuah taman
bagaimana
jika kau datang membawa belati dan bunga ?
ku hadiahkanmu segenggam racun
jika kau memilih bunga
ku hadiahkanmu sebuah taman
bagaimana
jika kau datang membawa belati dan bunga ?
SEJARAH
sajak-sajak perjalanan singkat
di hujung sejarah
seperti tidak mengubah haluan
tangga-tangga keinsafan
tidak kelihatan muncul
di dunia kecil mereka
sebahagian berdiri kaku
berjalan separas
tidak sudi menongkah
di atas sana mereka melihat semua yang di bawah
mereka bebas memilih
'si bodoh makanan si cerdik'
(apabila ketua setiausaha KM
Taib Mahmud berkata,
keluarga ketua menteri tersebut sepatutnya bebas
untuk mengumpulkan kekayaan)
di hujung sejarah
seperti tidak mengubah haluan
tangga-tangga keinsafan
tidak kelihatan muncul
di dunia kecil mereka
sebahagian berdiri kaku
berjalan separas
tidak sudi menongkah
di atas sana mereka melihat semua yang di bawah
mereka bebas memilih
'si bodoh makanan si cerdik'
(apabila ketua setiausaha KM
Taib Mahmud berkata,
keluarga ketua menteri tersebut sepatutnya bebas
untuk mengumpulkan kekayaan)
Monday, December 6, 2010
3 PM
segala kata-kata buruk menganggah kedurjanaannya
namun dia berfikiran diktator
dia tidak pernah peduli
kata-kata puisi lembut dan mempersona
namun puisi bukan untuk orang politik
puisinya memakan diri
kini kehilangan kuasa
resah dengan wanita yang bernama isteri
membawa beban seperti belangkas
dipundaknya tidak tertanggung
'kini separuh gila'
namun dia berfikiran diktator
dia tidak pernah peduli
kata-kata puisi lembut dan mempersona
namun puisi bukan untuk orang politik
puisinya memakan diri
kini kehilangan kuasa
resah dengan wanita yang bernama isteri
membawa beban seperti belangkas
dipundaknya tidak tertanggung
'kini separuh gila'
TUHAN
mendengar namanya sahaja tidak mampu berdiri
menanggung beban
aduh culasnya
beban berat menjadi manusia di dalam dunia manusia
mendepani halangan
timbul persoalan
bangsa-bangsa manusia yang gemar berlumba-lumba
bangsa ini mencekik bangsa itu
bangsa ini berbangga dan membunuh
bangsa-bangsa yang selainnya gementar amat takut
serta-merta menyokong 'samseng' dunia
mungkin kerana tuhan itu satu
hanya kepada dia tempat mengadu
itu kata kita
mungkin tangan tuhan itu banyak
mereka boleh menghamburkan nista
itu hak mereka
seorang gadis muslim menjadi pelacur
seorang jantan muslim menjadi pelanggan
'tiada beza'
kata pengurus pusat urut bukan muslim itu
'dongeng mereka sahaja', fikirnya
'tuhan pada mulut sahaja'
menanggung beban
aduh culasnya
beban berat menjadi manusia di dalam dunia manusia
mendepani halangan
timbul persoalan
bangsa-bangsa manusia yang gemar berlumba-lumba
bangsa ini mencekik bangsa itu
bangsa ini berbangga dan membunuh
bangsa-bangsa yang selainnya gementar amat takut
serta-merta menyokong 'samseng' dunia
mungkin kerana tuhan itu satu
hanya kepada dia tempat mengadu
itu kata kita
mungkin tangan tuhan itu banyak
mereka boleh menghamburkan nista
itu hak mereka
seorang gadis muslim menjadi pelacur
seorang jantan muslim menjadi pelanggan
'tiada beza'
kata pengurus pusat urut bukan muslim itu
'dongeng mereka sahaja', fikirnya
'tuhan pada mulut sahaja'
Saturday, December 4, 2010
MENDEKATI NOKTAH
lebih dari itu hanyalah dongengan
ketika aku memungut rindu silam
rindu itu secebis asfal jalanan
kaki itu tidak terarah lagi
ketika hujan pagi
aku meriak-riakkan gusar
terlupa untuk bertamu di gubuk mulia
terburu-terburu namun belajar untuk tidak menyesal
di suatu saat yang telah jauh ini
memilih renungan keajaiban
di sanggah senyuman yang tidak terukir
kesedihan tergantung
di tangan hari yang tidak pernah tertunda
ketika aku memungut rindu silam
rindu itu secebis asfal jalanan
kaki itu tidak terarah lagi
ketika hujan pagi
aku meriak-riakkan gusar
terlupa untuk bertamu di gubuk mulia
terburu-terburu namun belajar untuk tidak menyesal
di suatu saat yang telah jauh ini
memilih renungan keajaiban
di sanggah senyuman yang tidak terukir
kesedihan tergantung
di tangan hari yang tidak pernah tertunda
BARANG NAIK
detik berat ini
menyanggah jalan-jalan punah
dari tangan-tangan ajaib
meranduk nekad mimpi mereka yang tegang
kelkatupun tersimpul sayap dirobek hujan
tangan-tangan
mulut-mulut celupar
angguk-angguk
kerling-kerling
esoknya semua barang naik!
menyanggah jalan-jalan punah
dari tangan-tangan ajaib
meranduk nekad mimpi mereka yang tegang
kelkatupun tersimpul sayap dirobek hujan
tangan-tangan
mulut-mulut celupar
angguk-angguk
kerling-kerling
esoknya semua barang naik!
MALAM
kurangkul
malamku yang dingin
ingin ku miliki rahsia damai
di sebatang jalan yang kelam
ada bayang-bayang rindu menanti
di hujung sana
terpercik seperti cahaya
membelai damai itu
ingin menyantuni hati manusia yang rakus
di sepanjang malam seterusnya
mengintai rahsia tuhan
melihat perbandingan
di antara mereka
di antara manusia yang sering melukakan
mereka tidak pedulikan keheningan malam
untuk merejam apa yang tersirat
di subuh esoknya
malamku yang dingin
ingin ku miliki rahsia damai
di sebatang jalan yang kelam
ada bayang-bayang rindu menanti
di hujung sana
terpercik seperti cahaya
membelai damai itu
ingin menyantuni hati manusia yang rakus
di sepanjang malam seterusnya
mengintai rahsia tuhan
melihat perbandingan
di antara mereka
di antara manusia yang sering melukakan
mereka tidak pedulikan keheningan malam
untuk merejam apa yang tersirat
di subuh esoknya
HIDUP
hidup ini diolah begitu
tanpa kesal
tangan-tangan hari telah melarutkan cinta
meminggirkan rentak
retak-retak nasib
memberitahu
ada keributan dihati
kail sejengkal di lautan dalam
hati sering terpesong pula
sesekali mendengar nasihat
pilu dan duka bercampur
senja belum berakhir
akan pasti
matahari terbit esoknya
masih bersisa untuk
mengingati
dan
mengandaikan untuk pergi
tanpa kesal
tangan-tangan hari telah melarutkan cinta
meminggirkan rentak
retak-retak nasib
memberitahu
ada keributan dihati
kail sejengkal di lautan dalam
hati sering terpesong pula
sesekali mendengar nasihat
pilu dan duka bercampur
senja belum berakhir
akan pasti
matahari terbit esoknya
masih bersisa untuk
mengingati
dan
mengandaikan untuk pergi
Friday, December 3, 2010
JANGAN PEGANG-PEGANG
lontaran kata-kata
bak puisi yang manis
singgah di permukaan hati
lalu beradu
namun
suara cinta itu
mungkin benar
mungkin tidak
apabila menemui hakikat
lanskap yang mengarak menungan
melumpuhkan segala daya
pada waktunya
keimanan
mungkin memberikan makna yang lain
di sepanjang perjalanan yang asyik!
bak puisi yang manis
singgah di permukaan hati
lalu beradu
namun
suara cinta itu
mungkin benar
mungkin tidak
apabila menemui hakikat
lanskap yang mengarak menungan
melumpuhkan segala daya
pada waktunya
keimanan
mungkin memberikan makna yang lain
di sepanjang perjalanan yang asyik!
NOSTALGIA 2
bagaimanakah kita mula mewarnai harapan
ketika aku merenung matamu
meredupkan sayu di mataku lalu terkunci mati
derap yang menggegarkan jantung hati
untuk pertamakalinya
sang riang-riang berpesta bunyi
ketika aku sedang terpaku
sebuah puisi gemersik aku terdengar
terasa amat indahnya
tidak mampu ku ukirkan dengan cerita dan tajuknya
ternyata aku terperangkap di dalam kelam, yang indah
ketika aku merenung matamu
meredupkan sayu di mataku lalu terkunci mati
derap yang menggegarkan jantung hati
untuk pertamakalinya
sang riang-riang berpesta bunyi
ketika aku sedang terpaku
sebuah puisi gemersik aku terdengar
terasa amat indahnya
tidak mampu ku ukirkan dengan cerita dan tajuknya
ternyata aku terperangkap di dalam kelam, yang indah
DEBUNGA
bukanlah begitu sempurna
kumbang sipenghisap madu
di kakinya terlekat debunga
terbang dia ke kuntuman yang lain
sehingga
bunga-bungaan itu akhirnya
menemukan
cinta sejati mereka
lalu melahirkan buah-buahan
untuk dimamah manusia
kumbang sipenghisap madu
di kakinya terlekat debunga
terbang dia ke kuntuman yang lain
sehingga
bunga-bungaan itu akhirnya
menemukan
cinta sejati mereka
lalu melahirkan buah-buahan
untuk dimamah manusia
Thursday, December 2, 2010
DAMAIKAN HATIKU
usirlah dr wan azizah dan DSAI ke mana-mana
pekik mereka
gempita seluruh alam
demikian, seorang dr, seorang prof
menjadi gila dan sebodoh
itu
damaikanlah hatiku oh tuhan
aku menyebut namamu berkali-kali
si bodoh yang malang itu masih tidur bermimpi !
pekik mereka
gempita seluruh alam
demikian, seorang dr, seorang prof
menjadi gila dan sebodoh
itu
damaikanlah hatiku oh tuhan
aku menyebut namamu berkali-kali
si bodoh yang malang itu masih tidur bermimpi !
SUDAHLAH !
songkok tinggi berjengkal-jengkal
melambangkan nilai melayunya lebih
mereka rajin berkokok-kokok
tidak pedulikan waktu atau ketika
berwajah garang dan samseng
mengejar sokongan di mana-mana
begitulah, di atas nama retorik bangsa !
ekor bergelumang tahi
si bacul berlagak pembela !
mereka menyumbatkan segala sampah sarap
ke dalam tembolok diri
diri menjadi gemuk
mengusung hakikat derita bangsa
berhentilah !
sudahlah !
pergilah !
melambangkan nilai melayunya lebih
mereka rajin berkokok-kokok
tidak pedulikan waktu atau ketika
berwajah garang dan samseng
mengejar sokongan di mana-mana
begitulah, di atas nama retorik bangsa !
ekor bergelumang tahi
si bacul berlagak pembela !
mereka menyumbatkan segala sampah sarap
ke dalam tembolok diri
diri menjadi gemuk
mengusung hakikat derita bangsa
berhentilah !
sudahlah !
pergilah !
Wednesday, December 1, 2010
JANGAN SOKONG
sekiranya tenaga mereka cukup
kekuatan mereka tak berkurang
mereka akan melanyak habis
jiwa rakyat kita semahunya
jangan pernah percaya
sekurang-kurangnya perlu amat berhati-hati
perangkap durjana
umpan gula-gula
kita akan menanggung dosa setiap hari
apabila 'hab hiburan malam' menjadi kenyataan
apabila mereka terus membina masjid yang indah-indah
di sebelah masjid itu didiami pelacur-pelacur
ketika imam masjid dan pegawainya
dinaikkan gaji untuk liberalsasi
kekuatan mereka tak berkurang
mereka akan melanyak habis
jiwa rakyat kita semahunya
jangan pernah percaya
sekurang-kurangnya perlu amat berhati-hati
perangkap durjana
umpan gula-gula
kita akan menanggung dosa setiap hari
apabila 'hab hiburan malam' menjadi kenyataan
apabila mereka terus membina masjid yang indah-indah
di sebelah masjid itu didiami pelacur-pelacur
ketika imam masjid dan pegawainya
dinaikkan gaji untuk liberalsasi
Subscribe to:
Posts (Atom)