Wednesday, December 8, 2010

KERANTONG ATOK

nadi kampungku telah terbunuh
serpihan kerantong tebukan arwah atok
tergantung di surau sepi
tiada yang sudi mendengar sejarah silam

di bawah sepohon mangga
atok memahat kerantong batang nangka
sehingga siap
berminggu-minggu

cinta kepada sejarah, kepada kerantong
kepada ketukan kerantong
kini bersiap-sedia untuk terbunuh
sepenuhnya

(ketika kerantong maghrib dipalu, kedai kopi
di hadapan surau aziziah, bt 9 lekir
masih meriah)

No comments:

Post a Comment