mendengar namanya sahaja tidak mampu berdiri
menanggung beban
aduh culasnya
beban berat menjadi manusia di dalam dunia manusia
mendepani halangan
timbul persoalan
bangsa-bangsa manusia yang gemar berlumba-lumba
bangsa ini mencekik bangsa itu
bangsa ini berbangga dan membunuh
bangsa-bangsa yang selainnya gementar amat takut
serta-merta menyokong 'samseng' dunia
mungkin kerana tuhan itu satu
hanya kepada dia tempat mengadu
itu kata kita
mungkin tangan tuhan itu banyak
mereka boleh menghamburkan nista
itu hak mereka
seorang gadis muslim menjadi pelacur
seorang jantan muslim menjadi pelanggan
'tiada beza'
kata pengurus pusat urut bukan muslim itu
'dongeng mereka sahaja', fikirnya
'tuhan pada mulut sahaja'
No comments:
Post a Comment