Tuesday, January 18, 2011

MENGINTAI LORONG

bercakaran mencari realiti
kerana sesuatu yang tersimpan
kekal menjadi rahsia

mulut yang bijaksana
meraih pelbagai laba
tidak kenal kecundang

di atas jalan yang sama ini
meninjau lorong ke pintu masjid
dua insan yang sentiasa berdukacita
mencari benar
pada harga diri
di hadapan tuhan

(ketika penyokong PAS dan UMNO
berjemaah di sebuah masjid di musim
pilihanraya kecil)

No comments:

Post a Comment