Wednesday, January 5, 2011

OLEH PENDUSTA

jangan menggelepar
roda yang bergerak tidak mampu ditahan

dunia melayu berubah, kini berubah
songsang atau gila, namakan apa saja

tumpul atau tajam, berbisa jua parang atau pedang
mereka sedang berbunuhan

menjadi lelaki pengecut dan sayu, ramai sekali
dia mahu terus menjadi melayu dungu

menjadi lelaki pantas 'mencebak' apa jua
dosa-dosa entah bila akan dibacakan, pedulikan

wanita bersarung rindu
memiliki mata yang luas, bertebaran dan terbakar nafsu

melayu merempat
bumi ini telah dikecewakan oleh pendusta yang parah!

No comments:

Post a Comment