pagi ini jumaat
dia ingin menendang isi kotak fikirnya
dari was-was
dan syak
disentalnya dasar simen kolah sedayanya
lekit hitam ditonyoh-tonyoh
sebentar nanti...
akan hadir
si penipu mungkin
si pemakan harta anak yatim mungkin
si peminum arak mungkin
si penzina mungkin
si penyokong maksiat mungkin
si munafik mungkin
si fasik mungkin
semakin deras jemarinya menyental lekit hitam
di dasar kolah
Monday, December 28, 2009
SI PENCACAI ADA MOTIFNYA
ada dua bisikan
maka dia pilih hanya satu
tidak kira
kerana dia sememangnya
seorang pencacai !
maka dia pilih hanya satu
tidak kira
kerana dia sememangnya
seorang pencacai !
AKU MENDENGAR
bisikkanlah
aku mendengar
aku juga sayu
engkau bersedih
ku lihat engkau gelisah
kuntum harapmu
namun
masih mewangi
butir tuturmu perlahan
pandang matamu menjauh
desismu menderas
alur bibirmu
namun
masih cemerlang
ku suntingi hatimu
ku susuri dambaan
murni hati
merisik
tunas-tunas senyum
di kolam batiniah
alis mata
sejuk bugar
jeling harap
titip puisi
kata menjalar
dendang alunan
desah harap
mimpi segar
alun mendayu
busar panahan
lukisan alam
biru laut
angin semilir
cantis perasaan
pepohonan merendang
ciap-ciap beburung
dan...
bisikkanlah
ya,
aku mendengar
aku mendengar
aku juga sayu
engkau bersedih
ku lihat engkau gelisah
kuntum harapmu
namun
masih mewangi
butir tuturmu perlahan
pandang matamu menjauh
desismu menderas
alur bibirmu
namun
masih cemerlang
ku suntingi hatimu
ku susuri dambaan
murni hati
merisik
tunas-tunas senyum
di kolam batiniah
alis mata
sejuk bugar
jeling harap
titip puisi
kata menjalar
dendang alunan
desah harap
mimpi segar
alun mendayu
busar panahan
lukisan alam
biru laut
angin semilir
cantis perasaan
pepohonan merendang
ciap-ciap beburung
dan...
bisikkanlah
ya,
aku mendengar
Sunday, December 27, 2009
SEKOLAH TUANKU ABDUL RAHMAN, IPOH
bertakung dalam memori
STAR
kerdipan sebutir bintang
seperti jua tingkahnya
gemerlapan
kini aku telah jauh
"red house" asramaku dulu
makan nasi kawah
hidup ikut dering loceng
di manakah sahabat-sahabatku
aku merindu
zailani awang hamat, amir abdul harith, roslan din, mazlan abdullah, wan azmi, najib,
ali ismail, jamil muin, shaif elman, adenan edon, saidon, sabaruddin, yunus, ibrahim shah,
ismail yatim, ahmad daud, hisham abdullah, jasni hamid, ramlan husin, ghani abdullah,
shukri abdullah, azizan, hang kadim, nazri, sabri, abd rahman sairi, tengku muinuddin,
zul hanif, zul yahya, ismail raji dan shariffuddin.
waktu telah diselimuti daun-daun kenangan
monumen tetap unggul
seutuhnya
"alma mater"
sentiasa dalam kotak fikirku
tidak susut
( STAR muncul sekolah terbaik PMR 2009 Negeri Perak dengan 85 daripada 107 calonnya
memperolehi A dlm semua mata pelajaran yg diduduki - tahniah !)
STAR
kerdipan sebutir bintang
seperti jua tingkahnya
gemerlapan
kini aku telah jauh
"red house" asramaku dulu
makan nasi kawah
hidup ikut dering loceng
di manakah sahabat-sahabatku
aku merindu
zailani awang hamat, amir abdul harith, roslan din, mazlan abdullah, wan azmi, najib,
ali ismail, jamil muin, shaif elman, adenan edon, saidon, sabaruddin, yunus, ibrahim shah,
ismail yatim, ahmad daud, hisham abdullah, jasni hamid, ramlan husin, ghani abdullah,
shukri abdullah, azizan, hang kadim, nazri, sabri, abd rahman sairi, tengku muinuddin,
zul hanif, zul yahya, ismail raji dan shariffuddin.
waktu telah diselimuti daun-daun kenangan
monumen tetap unggul
seutuhnya
"alma mater"
sentiasa dalam kotak fikirku
tidak susut
( STAR muncul sekolah terbaik PMR 2009 Negeri Perak dengan 85 daripada 107 calonnya
memperolehi A dlm semua mata pelajaran yg diduduki - tahniah !)
Tuesday, December 22, 2009
CINTA LADANG KAMI
membenihi cinta kami
anak-anak ladang
comot dan usang
di pinggiran
anak-anak kecil
bermain api
rona-rona hidup
seakan-akan sama
cinta ladang yang lekit
semak samun dan denai
diredah
cinta ladang kami
tidak usai begitu
renungan menjauh
samar-samar perbukitan
aksara
dan debu
nyanyian dan lagu
unggas
teritip
atau
lokan
juga tunggul-tunggul gerigis
tempat beburung bertenggek
cinta sahabat kami
dicantum dalam sisa-sisa
rimbun kepalsuan yang sentiasa ujud
dalam diri kami
kami sentiasa berbohong
hanya kadang-kadang mahukan yang benar
namun lebih ramai berhasrat
mendiamkan diri
cinta gadis ladang
tidak boleh diharap
mereka benci dan jijik
kepada kami
kerana kotoran dan debu
anak-anak ladang
comot dan usang
di pinggiran
anak-anak kecil
bermain api
rona-rona hidup
seakan-akan sama
cinta ladang yang lekit
semak samun dan denai
diredah
cinta ladang kami
tidak usai begitu
renungan menjauh
samar-samar perbukitan
aksara
dan debu
nyanyian dan lagu
unggas
teritip
atau
lokan
juga tunggul-tunggul gerigis
tempat beburung bertenggek
cinta sahabat kami
dicantum dalam sisa-sisa
rimbun kepalsuan yang sentiasa ujud
dalam diri kami
kami sentiasa berbohong
hanya kadang-kadang mahukan yang benar
namun lebih ramai berhasrat
mendiamkan diri
cinta gadis ladang
tidak boleh diharap
mereka benci dan jijik
kepada kami
kerana kotoran dan debu
Monday, December 21, 2009
AKU INGIN DEKAT
menjadikan aku ngeri di setiapkali cobaanMu mendatang
menjadikan ketewasan lalu sebagai bukti
menjadikan kedewasaan teruji diperhitungan hari kini
mata hati dan azam peribadi dicemari
angkara diri sendiri
ah, sesungguhnya aku lelaki yang kecil
berlari-lari mengejar angin
mengejar derap sepatu orang lain
kadangkala terjatuh dan terjatuh lagi
tuhan, ampuni aku
manusia kerdil dengan mimpi berpanjangan
di bibir waktu aku resah kehausan
tuhan, renunglah aku
menjadikan ketewasan lalu sebagai bukti
menjadikan kedewasaan teruji diperhitungan hari kini
mata hati dan azam peribadi dicemari
angkara diri sendiri
ah, sesungguhnya aku lelaki yang kecil
berlari-lari mengejar angin
mengejar derap sepatu orang lain
kadangkala terjatuh dan terjatuh lagi
tuhan, ampuni aku
manusia kerdil dengan mimpi berpanjangan
di bibir waktu aku resah kehausan
tuhan, renunglah aku
Thursday, December 17, 2009
BITARA
dirimu dalam semilir angin dan debur ombak
jauh dari jangkauan apalagi rangkulan
engkau bitara
adakah aku pernah berjanji
secara sulit atau ketara
kepada kamu atau kepada diriku sendiri
segedung harap direngkuh
bagai memaut sekapal barang dagangan hanyut
hilang kemudi terpatah sauh
segugus impian mendatangi
menggapai di mataku yang jenuh
duga hati dan helaan nafas
tertangkapkah cahaya
di birai jemarimu
menemukan lekuk rindu tidak semena-mena
engkau kenali aku dalam subuh temaram
lelaki yang kurang
memilih jalan sukar untuk ke syurga ?
jauh dari jangkauan apalagi rangkulan
engkau bitara
adakah aku pernah berjanji
secara sulit atau ketara
kepada kamu atau kepada diriku sendiri
segedung harap direngkuh
bagai memaut sekapal barang dagangan hanyut
hilang kemudi terpatah sauh
segugus impian mendatangi
menggapai di mataku yang jenuh
duga hati dan helaan nafas
tertangkapkah cahaya
di birai jemarimu
menemukan lekuk rindu tidak semena-mena
engkau kenali aku dalam subuh temaram
lelaki yang kurang
memilih jalan sukar untuk ke syurga ?
Tuesday, December 15, 2009
SAMAR
aku telah harunginya, di sisi
sekujur keasingan harapan
bunga-bungaan lebur
di dinding pengap
tersula
tersentak
disergah bebayang sendiri
tertusuk duri di kaki
di rimba malamku hanyut
kelkatu dan neon
indah mimpi tercengkam
sekujur pelangi bisu
terentang
dalam pamitan sayup
berdebur dan terolang-aleng
dalam kesamaran itu
aku terpinga-pinga
meneka diriku sendiri
sekujur keasingan harapan
bunga-bungaan lebur
di dinding pengap
tersula
tersentak
disergah bebayang sendiri
tertusuk duri di kaki
di rimba malamku hanyut
kelkatu dan neon
indah mimpi tercengkam
sekujur pelangi bisu
terentang
dalam pamitan sayup
berdebur dan terolang-aleng
dalam kesamaran itu
aku terpinga-pinga
meneka diriku sendiri
Wednesday, December 9, 2009
SEMARAK
hamparan harapan
dalam waktu-waktu yang jernih
di sini kita kembali
menugal
berjurai dalam bait-bait lembut
sang puisi penawar rindu
gerigis masa
yang menyulami kepayahan silam
diterjah jauh, disisih pergi
kita aturkan bebayang bahagia
di sisi perlambangan perkebunan puisi
janji-janji yang tertangguh
semarakkannya
kerana waktu-waktu terluang
berpusaran dalam leka
puing-puing rindu
akan kembali ajaib
diperhitungan hari
dalam waktu-waktu yang jernih
di sini kita kembali
menugal
berjurai dalam bait-bait lembut
sang puisi penawar rindu
gerigis masa
yang menyulami kepayahan silam
diterjah jauh, disisih pergi
kita aturkan bebayang bahagia
di sisi perlambangan perkebunan puisi
janji-janji yang tertangguh
semarakkannya
kerana waktu-waktu terluang
berpusaran dalam leka
puing-puing rindu
akan kembali ajaib
diperhitungan hari
Monday, December 7, 2009
GERIGIS
wajah kasar dan kesat
mendepani pintu hidup
tujahan gerigis berlangsung
sehingga ke kaki hari
diciuminya harapan
terarah oleh doa-doa pasrah
semarak di dalam waktu-waktu yang lusuh
mimpinya tanpa kemasyhuran
hatta sekepal bebayang indah cuma
disedutnya segala debu kotoran hidup
bernafas dia di dalam lumpur
demi kami
terima kasih bapa.
mendepani pintu hidup
tujahan gerigis berlangsung
sehingga ke kaki hari
diciuminya harapan
terarah oleh doa-doa pasrah
semarak di dalam waktu-waktu yang lusuh
mimpinya tanpa kemasyhuran
hatta sekepal bebayang indah cuma
disedutnya segala debu kotoran hidup
bernafas dia di dalam lumpur
demi kami
terima kasih bapa.
Friday, December 4, 2009
AKU
malam yang larut
detik diri
di sini terhunjam
kabur di persimpangan
pusar-pusar waktu
mengerdip
dalam temaram
sembunyi aku
dalam diam
lelaki ada keinsafan
kerana perempuan itu
terluka
dukanya bercambah
(welcome to setiakasih)
detik diri
di sini terhunjam
kabur di persimpangan
pusar-pusar waktu
mengerdip
dalam temaram
sembunyi aku
dalam diam
lelaki ada keinsafan
kerana perempuan itu
terluka
dukanya bercambah
(welcome to setiakasih)
Thursday, December 3, 2009
PAYUNG
tuhanku,
payungilah rimba malamku ini
aku ingin istirehat, ingin keluar
dari bungkam persoalan
di pundak tak tertanggung
jadikanlah aku lelaki yang berani
lagi yakin
lelaki yang bersih hati
mampu membaca yang tersurat & tersirat
payung itu pelindung.
payungilah rimba malamku ini
aku ingin istirehat, ingin keluar
dari bungkam persoalan
di pundak tak tertanggung
jadikanlah aku lelaki yang berani
lagi yakin
lelaki yang bersih hati
mampu membaca yang tersurat & tersirat
payung itu pelindung.
TAKUT
apabila menyaksikan kebenaran terhampar
jangan cuba melunturkannya
demikian juga keadilan
nafas mesti seimbang
justeru jangan digusarkan
kerana tuhan sudah menunjuk jalan
demi perinsip yang jelas,
jiwa mesti gagah dan ikhlas
apabila ketakutan itu datang
mari ditentang
dengan seluruh cemuhan !
jangan cuba melunturkannya
demikian juga keadilan
nafas mesti seimbang
justeru jangan digusarkan
kerana tuhan sudah menunjuk jalan
demi perinsip yang jelas,
jiwa mesti gagah dan ikhlas
apabila ketakutan itu datang
mari ditentang
dengan seluruh cemuhan !
Tuesday, December 1, 2009
KUPU-KUPU
singgahlah duhai kupu-kupu
malam ini bening
mari ku betulkan sayapmu
agar kau mampu terbang tinggi
melintasi awan gemawan
jangan pulang lagi
kesisi lelaki durjana
yang menjadikan kamu sedemikian
lelaki sepatutnya pelindung
kepada kupu-kupu malang !
malam ini bening
mari ku betulkan sayapmu
agar kau mampu terbang tinggi
melintasi awan gemawan
jangan pulang lagi
kesisi lelaki durjana
yang menjadikan kamu sedemikian
lelaki sepatutnya pelindung
kepada kupu-kupu malang !
BUKAN
yang menentukan masadepan 26 juta rakyat malaysia
bukanlah,
utusan malaysia
the star
tv3
sebaliknya rakyat itu sendiri
demikianlah pesanan
oleh
datuk seri anwar ibrahim
bukanlah,
utusan malaysia
the star
tv3
sebaliknya rakyat itu sendiri
demikianlah pesanan
oleh
datuk seri anwar ibrahim
AURA
aura mawi mampu bertahan beberapa ketika
aura tok guru datok nik aziz nik mat kekal bertahan
sehingga kini
setelah berpuluh tahun
ramainya yang cemburu !
aura tok guru datok nik aziz nik mat kekal bertahan
sehingga kini
setelah berpuluh tahun
ramainya yang cemburu !
DOSA
kita telah berdosa kepada bumi yang
membekalkan air, tumbuhan, ikan
dan angin
memusnahkan mereka disetiap saat
kita bernafas
membekalkan air, tumbuhan, ikan
dan angin
memusnahkan mereka disetiap saat
kita bernafas
BAJU KURUNG
mata hatiku tidak lagi tenteram,
ternyata
aku telah kehilangan zaman silam !
gadis-gadis melayu kini
tidak lagi sudi
memakai baju kurung
mereka jauh lebih gemar
bertudung kepala tetapi
berseluar jeans ketat
lagi sendat
dan...
ternyata
aku telah kehilangan zaman silam !
gadis-gadis melayu kini
tidak lagi sudi
memakai baju kurung
mereka jauh lebih gemar
bertudung kepala tetapi
berseluar jeans ketat
lagi sendat
dan...
GEMPA BUMI
adakah negara malaysia
sudah bersedia
untuk menghadapi
gempa bumi yang besar setelah
tuhan memulakan ujian pertamanya
di kuala pilah
tidak jauh dari bagan pinang
di mana rakyat di situ
berbangga untuk memilih
kemaksiatan & perasuah besar !
sudah bersedia
untuk menghadapi
gempa bumi yang besar setelah
tuhan memulakan ujian pertamanya
di kuala pilah
tidak jauh dari bagan pinang
di mana rakyat di situ
berbangga untuk memilih
kemaksiatan & perasuah besar !
Wednesday, November 25, 2009
LELAKI YANG JAUH
gumpalan rindu yang menerobos pasak hati
jujur mencari kepastian
andai ada dilemma
perlu dileraikan
aku adalah lelaki yang jauh
di dalam hayat pandangmu
apa dapat ku rungkai, dilemma diri ?
supaya engkau sentiasa
menjadi perempuan yang manis
dukamu biarlah menerjah
di sudut yang jauh
waktu tak kesampaian, luka
biarkan sembuh sendiri
(catatan buat norzi)
jujur mencari kepastian
andai ada dilemma
perlu dileraikan
aku adalah lelaki yang jauh
di dalam hayat pandangmu
apa dapat ku rungkai, dilemma diri ?
supaya engkau sentiasa
menjadi perempuan yang manis
dukamu biarlah menerjah
di sudut yang jauh
waktu tak kesampaian, luka
biarkan sembuh sendiri
(catatan buat norzi)
POHON PUISI
benih puisi yang ku tanam
kelihatan tumbuh, kini
telah
menebarkan pucuk-pucuk muda
tetapi
tiada terlihat beburung yang singgah
apakah pohon puisiku ini
mampu menghiburkan rerama ?
kelihatan tumbuh, kini
telah
menebarkan pucuk-pucuk muda
tetapi
tiada terlihat beburung yang singgah
apakah pohon puisiku ini
mampu menghiburkan rerama ?
RAKYAT
cabang dan ranting duka bercambah
di hati rakyat kini
derita yang tidak diatasi oleh 'mereka'
harga ikan tinggi
insuran kereta tinggi
pelbagai saman, penjahat berkeliaran
selepas ini kita perlu pilih hanya
orang-orang yang mengerti, akan
derita rakyat
bukan
mereka yang berlegar-legar di padang golf
melupakan sengsara rakyat
dunia ini sepatutnya cukup untuk semua, hanya
kerana adanya orang-orang yang
tamak haloba
jadi begini.
di hati rakyat kini
derita yang tidak diatasi oleh 'mereka'
harga ikan tinggi
insuran kereta tinggi
pelbagai saman, penjahat berkeliaran
selepas ini kita perlu pilih hanya
orang-orang yang mengerti, akan
derita rakyat
bukan
mereka yang berlegar-legar di padang golf
melupakan sengsara rakyat
dunia ini sepatutnya cukup untuk semua, hanya
kerana adanya orang-orang yang
tamak haloba
jadi begini.
ATAU
mungkin hakim-hakim mahkamah tinggi
seelok-eloknya dimasukkan semula
ke kelas undang-undang
semua keputusan mereka
dengan mudah dipintas oleh
hakim-hakim mahkamah rayuan
atau
letakkan saja 3 ekor kambing jantan
yang berjanggut panjang
yang kelihatan bijaksana
di atas kerusi 'tuan yang arif' di mahkamah rayuan
asalkan
kambing-kambing itu
bisa saja
membaca skrip
yang tersedia
seelok-eloknya dimasukkan semula
ke kelas undang-undang
semua keputusan mereka
dengan mudah dipintas oleh
hakim-hakim mahkamah rayuan
atau
letakkan saja 3 ekor kambing jantan
yang berjanggut panjang
yang kelihatan bijaksana
di atas kerusi 'tuan yang arif' di mahkamah rayuan
asalkan
kambing-kambing itu
bisa saja
membaca skrip
yang tersedia
Wednesday, November 11, 2009
SENJA DI PELABUHAN
redup mata mengiringi mentari jatuh di horizon
meninggalkan jejak waktu
saat perpisahan telah tiba
dambaan dua hati terpisah
di antara dua benua
musim ranum menguntum telah lusuh
kini dilalui dengan waham
menunggu saat pertemuan akan berulang ?
angin tersipu-sipu malu
peluit bot nyaring
mentari pun rebah di garis laut
Lumut, Perak
(dari catatan lama : Dis. 1980- memori kepada teman, Norazah yang akan bertolak ke Southern Illinois Universiti, Carbondale, Kansas, USA)
meninggalkan jejak waktu
saat perpisahan telah tiba
dambaan dua hati terpisah
di antara dua benua
musim ranum menguntum telah lusuh
kini dilalui dengan waham
menunggu saat pertemuan akan berulang ?
angin tersipu-sipu malu
peluit bot nyaring
mentari pun rebah di garis laut
Lumut, Perak
(dari catatan lama : Dis. 1980- memori kepada teman, Norazah yang akan bertolak ke Southern Illinois Universiti, Carbondale, Kansas, USA)
Sunday, November 8, 2009
CAHAYA
tuhanku,
engkau izinkanlah aku berdiri lama
di lingkungan cahaya di taman yang lapang
menyusun indahkata di rimbunan daun-daun
di perkebunan puisi, memujimu, damai
membelai cahaya yang benderang
ada kesaktian berlangsung
di dalam muncung hidup
mendepani kusam sengsara
saat aku terpisah jauh, aku telah kembali
kepadamu
engkau izinkanlah aku berdiri lama
di lingkungan cahaya di taman yang lapang
menyusun indahkata di rimbunan daun-daun
di perkebunan puisi, memujimu, damai
membelai cahaya yang benderang
ada kesaktian berlangsung
di dalam muncung hidup
mendepani kusam sengsara
saat aku terpisah jauh, aku telah kembali
kepadamu
Monday, November 2, 2009
WAKTU YANG MEMBELAI
hari-hari kini aku pasrah, mengimbau
geseran rindu desir angin waktu lalu
yang hilang bersama hamparan harapan tidak kesampaian
pengabadian cinta setia yang jujur tetapi berliku
lalu doa pun terlindung di sebalik
perbukitan sejarah kesulitan dalam desah waktu
menerobos ke angkasa raya
hari-hari indah telah lupus
geseran rindu desir angin waktu lalu
yang hilang bersama hamparan harapan tidak kesampaian
pengabadian cinta setia yang jujur tetapi berliku
lalu doa pun terlindung di sebalik
perbukitan sejarah kesulitan dalam desah waktu
menerobos ke angkasa raya
hari-hari indah telah lupus
TUHAN MEMBUKTIKAN
lelaki baik tetapi murung
dia telah berjalan-jalan lama
di dalam dunianya tersendiri
melihat matahari
melihat bulan
kadangkala dia tersenyum, limpahan senyumannya
tersisip di sisi jalan
di sana orang ramai asyik memikirkan
laluan yang sama
diselusuri saban hari
aneh lelaki itu, dia
tidak pernah berkata apa-apa
tidak pernah merosakkan apa-apa
tidak pernah meminta apa-apa !
dia telah berjalan-jalan lama
di dalam dunianya tersendiri
melihat matahari
melihat bulan
kadangkala dia tersenyum, limpahan senyumannya
tersisip di sisi jalan
di sana orang ramai asyik memikirkan
laluan yang sama
diselusuri saban hari
aneh lelaki itu, dia
tidak pernah berkata apa-apa
tidak pernah merosakkan apa-apa
tidak pernah meminta apa-apa !
AKU & KAU JUGA?
kemiskinan biasa saja menjadi
babak-babak penting dalam hidup
seperti sebuah drama
yang dipentaskan tanpa pengarah
seperti perangkap
kita berada di oposisi yang malang
kemiskinan menambatkan kita ke tepi sungai
seperti perahu terapung, terolang-aleng
jika tuhan melihat kita, mari kita memujuk hati,
bersabarlah
kemiskinan berlaku kerana
kita tidak pernah menjadi kaya
dan jika kaya
bagaimana pula ?
babak-babak penting dalam hidup
seperti sebuah drama
yang dipentaskan tanpa pengarah
seperti perangkap
kita berada di oposisi yang malang
kemiskinan menambatkan kita ke tepi sungai
seperti perahu terapung, terolang-aleng
jika tuhan melihat kita, mari kita memujuk hati,
bersabarlah
kemiskinan berlaku kerana
kita tidak pernah menjadi kaya
dan jika kaya
bagaimana pula ?
PUTERA MAYA
mari kita membilang hayatnya malam
yang sungguh gelita
terpupuk kerunsingan yang membingungkan
terlalu-lalu
wajah-wajah terasing sketsa diruangan ini
telah dipenuhi kebimbangan
dan prihatin
ilusi yang ringan kiranya telah terangkat
atau termuliakan
kembali kita menyukat tebalnya kulit di kaki
menangkap suara-suara ke kotak, ke pita
menyusur keinginan alur akar ke umbi
kiranya mereka sebahagian tetapi telah jauh
lebih terkenal
daripada sepatutnya
semula kita isikan ruangan ini
dengan nyanyian
'soneta putera maya'
ketika mata saling bertatapan
(catatan untuk DSAI)
yang sungguh gelita
terpupuk kerunsingan yang membingungkan
terlalu-lalu
wajah-wajah terasing sketsa diruangan ini
telah dipenuhi kebimbangan
dan prihatin
ilusi yang ringan kiranya telah terangkat
atau termuliakan
kembali kita menyukat tebalnya kulit di kaki
menangkap suara-suara ke kotak, ke pita
menyusur keinginan alur akar ke umbi
kiranya mereka sebahagian tetapi telah jauh
lebih terkenal
daripada sepatutnya
semula kita isikan ruangan ini
dengan nyanyian
'soneta putera maya'
ketika mata saling bertatapan
(catatan untuk DSAI)
WAJAH TRADISI
di wajah tradisimu
mata berkaca
rindumu pecah di belantara
keheningan kenangan
di wajah tradisimu
asfal menjulang tinggi
bersamamu sekepal doa perjalanan diri
seerat tergenggam noktah cinta !
seseorang yang akrab
menemui waktunya
lalu menyediakan ruang tengah
engkau berlegar
sambil matamu tertutup rapat !
di wajah tradisimu
kedesingan menghiris hati
aku menjerit
menjerit
kiranya jeritan hanya
semakin membenam diri
(dari catatan lama : Okt 1985)
mata berkaca
rindumu pecah di belantara
keheningan kenangan
di wajah tradisimu
asfal menjulang tinggi
bersamamu sekepal doa perjalanan diri
seerat tergenggam noktah cinta !
seseorang yang akrab
menemui waktunya
lalu menyediakan ruang tengah
engkau berlegar
sambil matamu tertutup rapat !
di wajah tradisimu
kedesingan menghiris hati
aku menjerit
menjerit
kiranya jeritan hanya
semakin membenam diri
(dari catatan lama : Okt 1985)
Friday, October 23, 2009
IKON BAHASA
tuhan,
engkau berikanlah kedua orang tua ini
markah yang tinggi
demi perjuangan mereka
bertempur dengan para pembenci bahasa melayu
bukan mudah
mereka disembur dengan gas pemedih mata
mereka dicerca
bertempur dengan manusia yang sangat gemar berpura-pura
tidak mudah
kebejatan mereka tidak terlihat langsung!
dirgahayu untuk
pak samad
dan
datuk dr hassan ahmad, ikon bahasa
engkau lahir
dari derita bangsa.
engkau berikanlah kedua orang tua ini
markah yang tinggi
demi perjuangan mereka
bertempur dengan para pembenci bahasa melayu
bukan mudah
mereka disembur dengan gas pemedih mata
mereka dicerca
bertempur dengan manusia yang sangat gemar berpura-pura
tidak mudah
kebejatan mereka tidak terlihat langsung!
dirgahayu untuk
pak samad
dan
datuk dr hassan ahmad, ikon bahasa
engkau lahir
dari derita bangsa.
Thursday, October 22, 2009
TEOH BENG HOCK
dr khunying porntip rojanasunan, pakar patalogi memberitahu inkues
80 persen kemungkinan teoh beng hock telah dibunuh
ada tusukan di duburnya, ada kesan luka di paha, ada kesan lebam
di leher sebelah kanan seperti kesan cekikan
tempurung kepala cedera seakan dihentak benda tumpul dan
semua kesan itu
tidak sejajar dengan kecederaan akibat jatuh dari tempat tinggi
dr porntip telah menjalankan lebih 10,000 bedah siasat
teoh beng hock, kamu adalah lelaki malang tetapi
itulah telah disuratkan tuhan
teoh beng hock, ingatilah kata-kata ini
'tuhan melihat semua kebenaran tetapi
kadangkala tuhan menunggu....'
damailah di sana
80 persen kemungkinan teoh beng hock telah dibunuh
ada tusukan di duburnya, ada kesan luka di paha, ada kesan lebam
di leher sebelah kanan seperti kesan cekikan
tempurung kepala cedera seakan dihentak benda tumpul dan
semua kesan itu
tidak sejajar dengan kecederaan akibat jatuh dari tempat tinggi
dr porntip telah menjalankan lebih 10,000 bedah siasat
teoh beng hock, kamu adalah lelaki malang tetapi
itulah telah disuratkan tuhan
teoh beng hock, ingatilah kata-kata ini
'tuhan melihat semua kebenaran tetapi
kadangkala tuhan menunggu....'
damailah di sana
Tuesday, October 20, 2009
KARTIKA SARI DEWI SHUKARNO
datuk zaid ibrahim berkata,
semasa enakmen tersebut diluluskan, penggubal telah tidak mengambilkira
bahawa pesalah semestinya dimasukkan kedalam penjara kerana,
hanya penjara yang menyediakan tukang sebat
tidaklah kartika terpaksa masuk seminggu ke penjara kajang
datuk seri mufti perak berkata,
hukuman menurut islam islam ialah tidak kurang 40 sebatan
bukan hanya 6
dr juanda jaya berkata,
bukan hanya orang yang minum arak perlu dihukum
tauke yang jual arak wajar dikenakan hukuman takzir
pm dan seorang menteri wanita berkata,
kartika boleh merayu kepada mahkamah
apa yang tersirat?
kartika sari yang keliru
kamu memiliki sepasang mata yang cantik
semuga ada cahaya cerah di hujung sana
kartika sari yang keliru
bukan hanya kamu yang keliru
kartika sari
jangan dekati arak
mari kita minum air zam-zam.
semasa enakmen tersebut diluluskan, penggubal telah tidak mengambilkira
bahawa pesalah semestinya dimasukkan kedalam penjara kerana,
hanya penjara yang menyediakan tukang sebat
tidaklah kartika terpaksa masuk seminggu ke penjara kajang
datuk seri mufti perak berkata,
hukuman menurut islam islam ialah tidak kurang 40 sebatan
bukan hanya 6
dr juanda jaya berkata,
bukan hanya orang yang minum arak perlu dihukum
tauke yang jual arak wajar dikenakan hukuman takzir
pm dan seorang menteri wanita berkata,
kartika boleh merayu kepada mahkamah
apa yang tersirat?
kartika sari yang keliru
kamu memiliki sepasang mata yang cantik
semuga ada cahaya cerah di hujung sana
kartika sari yang keliru
bukan hanya kamu yang keliru
kartika sari
jangan dekati arak
mari kita minum air zam-zam.
Wednesday, October 14, 2009
BAGAN PINANG
semalam..
lelaki hitam itu masih memakai 'sarung tengkuk' untuk hadir
ke perhimpunan partinya di kuala lumpur
mungkin untuk menunjukkan bukti kepada teman-teman
bahawa pada 3 oktober lalu
dia telah dibelasah 9 lelaki
tuhan, aku ingin mengadu kepadamu
kau saksikanlah
penerusan kepura-puraan itu
wahai bagan pinang yang malang
aku bersedih.
lelaki hitam itu masih memakai 'sarung tengkuk' untuk hadir
ke perhimpunan partinya di kuala lumpur
mungkin untuk menunjukkan bukti kepada teman-teman
bahawa pada 3 oktober lalu
dia telah dibelasah 9 lelaki
tuhan, aku ingin mengadu kepadamu
kau saksikanlah
penerusan kepura-puraan itu
wahai bagan pinang yang malang
aku bersedih.
Wednesday, October 7, 2009
SETIA DALAM BERKASIH
aku perlu tersenyum
sebaik menerima sms itu
'biarkan dia merindu...'
aku rasa
dia seorang yang bijak
dan dalam pencarian
tetapi kadangkala
kita perlu setia dalam berkasih
(to: faziz ar)
sebaik menerima sms itu
'biarkan dia merindu...'
aku rasa
dia seorang yang bijak
dan dalam pencarian
tetapi kadangkala
kita perlu setia dalam berkasih
(to: faziz ar)
NOORDIN MAT TOP
...kini dia telah pergi
lelaki hebat lagi berani
dia dikatakan pakar pembuat bom
zaman remajanya
dia gemar 'berlaga ayam'
sukan laga ayam
hanya antara dua
hidup atau
mati
dia juga dikatakan
pakar 'meletupkan' hati wanita
dia dikatakan memiliki tiga isteri
dan kini...
ketiga-tiga cintanya telah
dibawa ke sana...
al-fatihah.
lelaki hebat lagi berani
dia dikatakan pakar pembuat bom
zaman remajanya
dia gemar 'berlaga ayam'
sukan laga ayam
hanya antara dua
hidup atau
mati
dia juga dikatakan
pakar 'meletupkan' hati wanita
dia dikatakan memiliki tiga isteri
dan kini...
ketiga-tiga cintanya telah
dibawa ke sana...
al-fatihah.
Thursday, August 20, 2009
BULAN
aku menatap wajah bulan
dan
bulan itu seakan-akan menatap wajahku
lalu
bertautanlah rasa kasih
dengan mendalam sekali
kini
kutukarkan wajah bulan itu menjadi wajahmu
lalu...akupun bertanya
sudikah kiranya
kulamar dirimu
dengan segugus puisi
segala-galanya tentang bulan!
dan
bulan itu seakan-akan menatap wajahku
lalu
bertautanlah rasa kasih
dengan mendalam sekali
kini
kutukarkan wajah bulan itu menjadi wajahmu
lalu...akupun bertanya
sudikah kiranya
kulamar dirimu
dengan segugus puisi
segala-galanya tentang bulan!
Wednesday, August 19, 2009
LUKA
mereka memperolok-olokkan simbol bangsa,
agama dan raja
untuk mengekalkan kuasa,
untuk menutup isu rasuah, jenayah dan
salahguna kuasa
dana awam diselewengkan
keluarga, kroni membolot saham, kontrak dan lesen
yang diperuntukkan kepada bumiputera
gunung genting, bukit tinggi & pulau pangkor laut
dihadiahkan kepada tauke judi yang kaya raya
inilah wajah sebenar gagasan 1 Malaysia
dan aku
adalah seorang lelaki melayu islam
yang terluka...
agama dan raja
untuk mengekalkan kuasa,
untuk menutup isu rasuah, jenayah dan
salahguna kuasa
dana awam diselewengkan
keluarga, kroni membolot saham, kontrak dan lesen
yang diperuntukkan kepada bumiputera
gunung genting, bukit tinggi & pulau pangkor laut
dihadiahkan kepada tauke judi yang kaya raya
inilah wajah sebenar gagasan 1 Malaysia
dan aku
adalah seorang lelaki melayu islam
yang terluka...
Monday, August 17, 2009
KHIANAT ATAU LAKNAT
perancangan awalnya
10,000 akan berkumpul di Batu Pahat
kemudian berubah menjadi hanya 2,000
untuk menyonsongkan kata-kata
'ANWAR IBRAHIM PENGKHIANAT BANGSA'
kesudahannya kira-kira 200 yang hadir
dikerah mereka makcik-makcik supaya turun
kasihan sungguh
tersipu-sipu mereka, ditengah panas terik
makcik-makcik berhati-hatilah
dengan orang-orang bersongkok tinggi itu.
10,000 akan berkumpul di Batu Pahat
kemudian berubah menjadi hanya 2,000
untuk menyonsongkan kata-kata
'ANWAR IBRAHIM PENGKHIANAT BANGSA'
kesudahannya kira-kira 200 yang hadir
dikerah mereka makcik-makcik supaya turun
kasihan sungguh
tersipu-sipu mereka, ditengah panas terik
makcik-makcik berhati-hatilah
dengan orang-orang bersongkok tinggi itu.
KEPADA ISTERI-ISTERI YANG SELALU TERLUPA
tidak mengapalah
jika baju ku tak bergosok
aku boleh pakai t-shirt
tak payahlah sediakan aku secangkir kopi
kau kelihatan janggal
tak payah memaklumkan, pergilah
kemana saja kau hajatkan
bukan suami yang membayar ansuran kereta
minyakpun dia tak mampu isi
tidak apa, tinggikanlah suaramu
jegilkan mata apabila perlu
hari raya tahun ini
di pagi hari
biarlah aku yang mohon ampun kepada
kamu
jika baju ku tak bergosok
aku boleh pakai t-shirt
tak payahlah sediakan aku secangkir kopi
kau kelihatan janggal
tak payah memaklumkan, pergilah
kemana saja kau hajatkan
bukan suami yang membayar ansuran kereta
minyakpun dia tak mampu isi
tidak apa, tinggikanlah suaramu
jegilkan mata apabila perlu
hari raya tahun ini
di pagi hari
biarlah aku yang mohon ampun kepada
kamu
Thursday, August 13, 2009
PONGAH
orang itu
tidak berapa lama dulu (ketika di puncak kuasa)
ditanyai oleh seorang wartawan
'siapakah orang yang paling tuan kagumi di dunia ini?'
dengan selamba orang itu menjawab
'saya kagum dengan diri saya sendiri'
tidak berapa lama dulu (ketika di puncak kuasa)
ditanyai oleh seorang wartawan
'siapakah orang yang paling tuan kagumi di dunia ini?'
dengan selamba orang itu menjawab
'saya kagum dengan diri saya sendiri'
AKU KELIRU
terpancar dari mata jernihmu seakan tusukan
kata-kata berupa doa tanpa suara, mengetuk pintu hatiku
untuk mencambahkan benih kasih
akukah itu? Yang terlupa jalan pulang...
kata-kata berupa doa tanpa suara, mengetuk pintu hatiku
untuk mencambahkan benih kasih
akukah itu? Yang terlupa jalan pulang...
TERIMA KASIH
subuh ini
aku bercakap-cakap dengan air, ku sentuh dan ku sapu
mukaku,tangan kanan dan tangan kiri, kedua telinga dan
anak rambut
aku bercakap-cakap dengan semua anggota itu
seterusnya aku bercakap-cakap pula sejadah
kemudian aku bercakap-cakap dengan cicak
(dosamu cicak amat kecil, hidupmu pun dalam lingkungan
siling surau ini semata)
terakhir aku bercakap-cakap dengan tangga surau
subuh esok belum ada ketentuan
aku bercakap-cakap dengan air, ku sentuh dan ku sapu
mukaku,tangan kanan dan tangan kiri, kedua telinga dan
anak rambut
aku bercakap-cakap dengan semua anggota itu
seterusnya aku bercakap-cakap pula sejadah
kemudian aku bercakap-cakap dengan cicak
(dosamu cicak amat kecil, hidupmu pun dalam lingkungan
siling surau ini semata)
terakhir aku bercakap-cakap dengan tangga surau
subuh esok belum ada ketentuan
KINI 50'AN
18,250 hari sudah
tuhan benarkan kamu melata-lata di buminya
apakah jasa
kepada agama kepada negara
terpulanglah
orang-orang ternama yang lahir di dalam bulan ogos, antaranya
Neil Armstrong, Russel Baker, Alfred Hitchcock, Princess Margaret,
Mussolini, Napoleon, Jacqueline Onassis, Haile Selassie dan Mae West
Juga, Datuk Seri Anwar Ibrahim, dan kini
yang baru kita kenal
Noordin Mat Top
kebanyakkan mereka pejuang!
sahabatku fauzi rashid (faziz ar)
dirgahagu.
13.08.2009
tuhan benarkan kamu melata-lata di buminya
apakah jasa
kepada agama kepada negara
terpulanglah
orang-orang ternama yang lahir di dalam bulan ogos, antaranya
Neil Armstrong, Russel Baker, Alfred Hitchcock, Princess Margaret,
Mussolini, Napoleon, Jacqueline Onassis, Haile Selassie dan Mae West
Juga, Datuk Seri Anwar Ibrahim, dan kini
yang baru kita kenal
Noordin Mat Top
kebanyakkan mereka pejuang!
sahabatku fauzi rashid (faziz ar)
dirgahagu.
13.08.2009
Sunday, August 9, 2009
BUKAN (Khas untuk FauziM8)
bumi bertuah ini bukan untuk kita semata
untuk mereka juga
mereka itu siapa?
dia yang sanggup membakar jambatan
dengan janji tidak akan pulang
dia yang menabur sumpah merata-rata
sehingga digelarkan "raja sesumpah", gelaran yang sewajarnya
dia yang sanggup bersumpah di dalam masjid, mengaku diliwat
disaksikan seorang imam yang amanah
manakala superior imam itu bersembunyi di sebalik mimbar masjid
(dua malaikat pengiring superior itu turut berselindung di sebalik mimbar masjid itu!)
majlis sumpah disiarkan tv3 malam itu
ingatkah, esoknya hari penamaan calon Parlimen Permatang Pauh
kita didalam rumpun puisi
terimakasih tuhan
kerana menyedari
bumi ini bukan hanya untuk kita
10.8.2009
Pantai Remis
Subscribe to:
Posts (Atom)