Friday, June 11, 2010

KEMUSYKILAN

santai amat memerhatikan dinding
dilukis mural
santun kepada alam
damai kelihatan
gunung
perbukitan
lurah
air terjun
jernih air
hijau rerumput dan pokok renik

diluar sana
si kaya sentiasa mengerling
bukit-bukit
hutan-hutan dara
alur sungai
lereng bukit
pantai
hutan bakau

akan selamatkah mereka ?

apabila wang menghentak
jiwa si kaya
saban malam dan siang !

1 comment:

  1. kata tuhan manusia dijadikan untuk menjadi khalifah di muka bumi..
    tapi manusia engkar kerana lonjakan nafsu...

    ReplyDelete