kata-kata dan catatannya
persis kehadapan muka
manusia yang ragu
dan kecundang
gagal menemui
hina atau mulia bermula dari berani
menopang kesabaran
serta kemelut
di persekitaran kemiskinan
tanpa dia menjual apa-apa
pada sebarang harga
haruskah ditutup, ditampal
supaya kabur dibaca
atau meminda sebahagian kecil maknanya
supaya muncul ragu
supaya penyokong ketawa
manakala penentang diseksa ?
(tiada "sumpah" bagi kes qazaf (zina, liwat dan rogol), demikian
ulasan ulama tersohor, khusus bagi mereka yang meminta DSAI bersumpah
laknat)
macam kita kecil-kecil dulu...
ReplyDeletedalam permainan bila kita rasa nak terkantoi kitapun cakap 'Cop' maka kita pun dimaafkan.
Bila penipuan kita terkantoi pulak...kita cakap 'sumpah aku tak tipu..' kitapun dimaafkan juga.
itulah masyarakat kita mahu dibentuk hari ini...
senang saja...jika sumpah...semuanya betul...
akhirnya nanti sipencuri akan angkat sumpah laknat yang dia tak mencuri..maka dia perlu dilepaskan oleh mahkamah...tambah pulak dia angkat quran lagilah mahkamah wajib percaya..
Tak sangka minda kroni melayu sebegini rendah darjatnya...