Thursday, April 14, 2011

BARANGKALI

1.

nasib melayu yang terbuang
bukan hanya kerana malang

di gubuk buruk
seorang lelaki yang tidak berdaya itu sambil memikirkan, bahawa
dia memang bangsat dan serba kekurangan
manakala pemimpin itu sentiasa ikhlas
sentiasa hebat sentiasa pula ingin
membantunya
tidak berhenti-henti menepuk-nepuk bahunya sambil
membawakan habuan
beras, ikan sardin, kopi dan gula
pembantu YB sedang berusaha memohonkan sebuah rumah
untuk rakyat termiskin, seperti dia

tugas dirinya hanyalah menulis secalit tanda pangkah
di setiap musim berbuah
sekali di setiap empat atau lima tahun


2.

manakala melayu hebat dari menara gading
mereka seperti tidur dan tidak mahu dikejutkan
keletihan menyiapkan hasil kajian

sejak semalam dia mulai menyangkakan ramai rakan-rakan
semakin iri hati

lalu perlukah kita bertanya
samada yang malang itu benar-benar
adalah lelaki busuk
datang dari sebuah gubuk buruk ?

No comments:

Post a Comment