jika kau datang
terapkan teguh janjimu
telah kempunan
daun-daun rindu merekah dan patah
satu demi satu
detik berdenyut serentak jantung
selembar kata-kata
menjarakkan madu dan racun
di pertengahan gelora
dambakan keagungan mesra rasa
mendakap lanskap kehidupan
seperti sungai dan aur
saling menyentuh
di birai kepingan rasa
seperti ombak datang
esok kembali lagi, ke pantai ini
No comments:
Post a Comment