Monday, April 18, 2011

KERANA KATA-KATA ITU?

adakah kau tak ingin melihat cahaya dalam rindu
kebenaran yang disuluh ?

cemarnya hati manusia yang terleka
mengusung sengsara neraka di atas pundaknya

yang melingkari detik itu
adalah keajaiban cemburu yang hebat

kejahatan adalah sesuatu yang bernilai
dibayar dengan wang ringgit dan gelaran

mengapa tersipu-sipu malu
diri dan tunggul kayu adalah sama

bercakaplah tentang tuhan
tuhan tidak akan bercakap dengan kamu lagi

kekejaman jua sebuah kerjaya
siasah dan keuntungan memunggah laba

jangan merasa takut maka teruskan
setiap orang islam akhirnya akan ke syurga


(Sajak untuk Haji Gani Patail & Kuncu-kuncu)

No comments:

Post a Comment