Tuesday, April 19, 2011

NALURI

kehilangan dan ngeri
seakan satu rasa

bertahan di dalam pilu
memetik muzik hiba

jalanan dihiasi ranjau
kata-kata kadangkala berwarna

mungkin aku mengerti engkau tidak
engkau mengerti namun aku tidak mahu

di mana kita mengusung dosa ini
sampah pun di buang di merata tempat

seakan sama tetapi tak sekata
berbohong atau menipu ?

melihatku lelaki palsu
engkau wanita jengkel

kerana rasa itu ada kasih
kepeluk duka itu sepanjang malam

jangan selalu berperang
ketika di atas sejadah

ketika puisi ini ranum
belum tentu akan dikutip orang

sayang yang sedikit itu
untuk nafas yang sejengkal

No comments:

Post a Comment