kejahatan itu sebahagian
cemburu dan dengki juga sebahagian
hasad yang tidak putus
membawa kepada fitnah
demikian apabila matahari
masih cerah
mereka meraba-raba mencari bulan
menyangkakan hari telah malam
tuhan melihat semua itu
mungkin Dia sedang menunggu
No comments:
Post a Comment