hanya sebentar sahaja
di bumi ini
dengan kesalnya kita
akhirnya akan pergi jua
keadilan
meniti di bibir dan di hati
pasrah segala
ketentuan ilahi
jalan yang lurus itu ada
yang membengkok juga ujud
lihat dan fikirkan setiap hari
tentang kehendak ilahi
apabila kita tinggalkan dunia ini
tidak kembali lagi
keadilan
adalah rasa yang benar dan dituntut
untuk semua
Friday, April 30, 2010
MASJID
'jangan datang ke selangor' kata utusan malaysia,
jumaat 30 april 2010
'jika tidak setuju larangan berpolitik di masjid'
ramai yang menjadi kecut
mendengar kata-kata arahan itu
'masjid adalah tempat solat semata-mata'
demikianlah
kata-kata yang amat miskin
kerana
sebahagian manusia membina undang-undang
di bibir sendiri
di negara ini
ada dua jenis undang-undang
untuk manusia kecil dan satu untuk manusia kaya raya
apakah di sana nanti
tuhan akan mengecualikan
perilaku seorang putera ?
jumaat 30 april 2010
'jika tidak setuju larangan berpolitik di masjid'
ramai yang menjadi kecut
mendengar kata-kata arahan itu
'masjid adalah tempat solat semata-mata'
demikianlah
kata-kata yang amat miskin
kerana
sebahagian manusia membina undang-undang
di bibir sendiri
di negara ini
ada dua jenis undang-undang
untuk manusia kecil dan satu untuk manusia kaya raya
apakah di sana nanti
tuhan akan mengecualikan
perilaku seorang putera ?
AMINULRASHID
bukti kesombongan
dan keangkuhan manusia
ada di mana-mana
bukti bahawa mereka amat payah bercakap benar
ramai yang berpura-pura menjadi pelakon tambahan
berkata-kata seolah-olah mereka sendiri tidak akan mati
satu nyawa yang amat muda terbang
peluru menembusi kepala dari belakang
penuh hina dina
tragedi itu
di sini ada lompong kosong
dan keangkuhan manusia
ada di mana-mana
bukti bahawa mereka amat payah bercakap benar
ramai yang berpura-pura menjadi pelakon tambahan
berkata-kata seolah-olah mereka sendiri tidak akan mati
satu nyawa yang amat muda terbang
peluru menembusi kepala dari belakang
penuh hina dina
tragedi itu
di sini ada lompong kosong
Thursday, April 29, 2010
BUNGA PLASTIK
masih ada tidak terbakar kecuali
sesudah semuanya menjadi abu
masih ada yang tidak digusarkan
sehinggalah mereka kehilangan segala-galanya
demikianlah detik-detik sejarah
menghirup duka bangsa
bertambahlah silunya
agama islam meneruskan
perjalanan indah bangsa
tetapi kini mereka telah lupa
pada kesetiaan itu
jalur sinar yang merosot teruk
teraba-raba
terkedu
tercari-cari
kononnya apakah punca
bunga plastik
yang mereka puja-puja
sesudah semuanya menjadi abu
masih ada yang tidak digusarkan
sehinggalah mereka kehilangan segala-galanya
demikianlah detik-detik sejarah
menghirup duka bangsa
bertambahlah silunya
agama islam meneruskan
perjalanan indah bangsa
tetapi kini mereka telah lupa
pada kesetiaan itu
jalur sinar yang merosot teruk
teraba-raba
terkedu
tercari-cari
kononnya apakah punca
bunga plastik
yang mereka puja-puja
Tuesday, April 27, 2010
MUZIK MAYAPADA
mayapada ini
tentang sepi dan kicauan burung
memaut telinga pada muzik alam
tentang ilham muzik dari dengkuran laut
bertalu-talu tanpa penghujung
derunya
bunyi pohonan buluh bergeser
sesama sendiri
pada suatu petang
ketika angin ringan beranjak
bunyi lokan
memecah hening
di hutan bakau
setiap senja
bunyi ular tedung
dari bawah pohon tembusu
bunyi cicak
ketika sajak ini ditulis
tentang sepi dan kicauan burung
memaut telinga pada muzik alam
tentang ilham muzik dari dengkuran laut
bertalu-talu tanpa penghujung
derunya
bunyi pohonan buluh bergeser
sesama sendiri
pada suatu petang
ketika angin ringan beranjak
bunyi lokan
memecah hening
di hutan bakau
setiap senja
bunyi ular tedung
dari bawah pohon tembusu
bunyi cicak
ketika sajak ini ditulis
DARI HULU SELANGOR
warna hitam yang melarut
seakan sia-sia untuk diputihkan
satu undi
amat berharga
pada saat gentingnya
satu undi dari seorang pelacur
satu undi dari seorang pelanggan pelacur
satu undi dari 'kaki nombor ekor'
si pencacai tidak akan pergi ke masjid
untuk membeli seorang yang sedang berteleku
demikian wang
membina kemenangan
umat islam
seperti buih-buih berhamburan
di lautan !
seakan sia-sia untuk diputihkan
satu undi
amat berharga
pada saat gentingnya
satu undi dari seorang pelacur
satu undi dari seorang pelanggan pelacur
satu undi dari 'kaki nombor ekor'
si pencacai tidak akan pergi ke masjid
untuk membeli seorang yang sedang berteleku
demikian wang
membina kemenangan
umat islam
seperti buih-buih berhamburan
di lautan !
Monday, April 26, 2010
HUJAN PAGI
pagi yang jujur dan mentari yang tepat
dengan janjinya
menjadikan aku manusia kerdil
terlupa kerana kebiasaan
keselesaan
yang kadangkala terancam oleh
hujan pagi
sedikit gangguan itu
menjadikan aku lebih kerdil
catatan puisi kecil ini
di dalam hujan pagi
untuk menolak
kesombongan diri
dengan janjinya
menjadikan aku manusia kerdil
terlupa kerana kebiasaan
keselesaan
yang kadangkala terancam oleh
hujan pagi
sedikit gangguan itu
menjadikan aku lebih kerdil
catatan puisi kecil ini
di dalam hujan pagi
untuk menolak
kesombongan diri
PERIHAL LAUT
benar
tentang laut dan lagu senandungnya
tidak tamat berdengkur
selagi ada telinga mendengarnya
itukah dengkur suara tuhan
memberi dan memberi
sesekali membunuh
perihal laut yang dalam
kadangkala cinta manusia sesama manusia
disukat seperti dalamnya laut
perihal laut yang berombak
tentang diri manusia yang dikejami
oleh sang penguasa yang haloba
perihal laut dan angin
tentang sahabat karib
yang sebati dan tiada persoalan
perihal laut dan pantai
sentiasa mereka bermaafan
pergi dan kembali semula
perihal laut dan ikan
menjadikan manusia tamak dan lupa
apabila tangkapan menjadi
perihal laut dan beburung
lanskap untuk pelukis
menjadikan dunia bertambah manis
perihal laut dan tunggul gerigis
bahawa hidup ini ada kepiluan
yang perlu ditangkis
perihal laut dan kemudi
demikianlah ditandakan haluan
tentang laut dan lagu senandungnya
tidak tamat berdengkur
selagi ada telinga mendengarnya
itukah dengkur suara tuhan
memberi dan memberi
sesekali membunuh
perihal laut yang dalam
kadangkala cinta manusia sesama manusia
disukat seperti dalamnya laut
perihal laut yang berombak
tentang diri manusia yang dikejami
oleh sang penguasa yang haloba
perihal laut dan angin
tentang sahabat karib
yang sebati dan tiada persoalan
perihal laut dan pantai
sentiasa mereka bermaafan
pergi dan kembali semula
perihal laut dan ikan
menjadikan manusia tamak dan lupa
apabila tangkapan menjadi
perihal laut dan beburung
lanskap untuk pelukis
menjadikan dunia bertambah manis
perihal laut dan tunggul gerigis
bahawa hidup ini ada kepiluan
yang perlu ditangkis
perihal laut dan kemudi
demikianlah ditandakan haluan
WARNA DAUN KEHIDUPAN
daun-daun pilu yang kuasingkan
menjadikan kegusaran
bertambah
warna-warna kehidupan yang unik
dipuja dipuji
seringkali
bertaburan
pada akhirnya
ramai tersalah pilih
kerana warna kesukaan
memakan diri
warna daunan hidup
acapkali terlantar
kepiluan
dan lesu
acapkali jua
warna indah asal
bertukar layu dan pilu
kengerian
di sisinya peringatan
untuk insan yang lain
hanya kadangkala
skripnya masih sama
menjadikan kegusaran
bertambah
warna-warna kehidupan yang unik
dipuja dipuji
seringkali
bertaburan
pada akhirnya
ramai tersalah pilih
kerana warna kesukaan
memakan diri
warna daunan hidup
acapkali terlantar
kepiluan
dan lesu
acapkali jua
warna indah asal
bertukar layu dan pilu
kengerian
di sisinya peringatan
untuk insan yang lain
hanya kadangkala
skripnya masih sama
Sunday, April 25, 2010
DARI HULU SELANGOR
wajah-wajah luka
dan tidak percaya
kekalahan
di sebelah kami
hanya kepada tuhan
kami ingin mengerti
kiranya semakin sukar
untuk
memisahkan
kata-kata
'melayu itu islam'
yang menjadi pegangan mereka
disumbat dan dipasakkan
oleh parti sumbang itu
di setiap kali
mereka senang
kerana mereka melayu mereka semestinya islam
tidak kira apa yang mereka lakukan !
dan tidak percaya
kekalahan
di sebelah kami
hanya kepada tuhan
kami ingin mengerti
kiranya semakin sukar
untuk
memisahkan
kata-kata
'melayu itu islam'
yang menjadi pegangan mereka
disumbat dan dipasakkan
oleh parti sumbang itu
di setiap kali
mereka senang
kerana mereka melayu mereka semestinya islam
tidak kira apa yang mereka lakukan !
Thursday, April 22, 2010
PEMBELOT
lebur dan tandus
perjalanan bangsaku
ramai pembelot
di dalam rumpun melayu
dan ada
yang hidup memasang mimpi
hanya untuk semalaman
melayuku yang lebur
tenggelam di pasir tandus
mimpi berbungakan wang ringgit
keseronokan
dan keajaiban dunia
kelkatu menjadi contoh
yang bernas
ah, persetankan,
tuhan !
perjalanan bangsaku
ramai pembelot
di dalam rumpun melayu
dan ada
yang hidup memasang mimpi
hanya untuk semalaman
melayuku yang lebur
tenggelam di pasir tandus
mimpi berbungakan wang ringgit
keseronokan
dan keajaiban dunia
kelkatu menjadi contoh
yang bernas
ah, persetankan,
tuhan !
HUJAN DAN MIMPI
halaman rindu yang terpapar
di dalam rintik hujan
sejuk hati
lantaran risiknya
yang gemersik
hujan
ketika turunnya
merimbunkan mimpi
gelora telah reda
di jalanan itu
asap kepanasan berkepul
pohon-pohon dingin ceria
susup-sasap beburung bebas terbang
air mengalir ke alur
deras menghempas
daun-daun kering dan rumputan
hujan dan mimpi
mendesak ke perdu hati
menerobos dalam perjalanan diri
di dalam rintik hujan
sejuk hati
lantaran risiknya
yang gemersik
hujan
ketika turunnya
merimbunkan mimpi
gelora telah reda
di jalanan itu
asap kepanasan berkepul
pohon-pohon dingin ceria
susup-sasap beburung bebas terbang
air mengalir ke alur
deras menghempas
daun-daun kering dan rumputan
hujan dan mimpi
mendesak ke perdu hati
menerobos dalam perjalanan diri
Wednesday, April 21, 2010
BEBAN KATA-KATA
beban kata-kata
dari dalam diri
akhirnya menjadi puisi
samada indah
atau penuh kemusykilan
maka itulah aku
membaca redup mentari
mengintip biasan bulan
atau berlari di dalam kelam
supaya kata-kata itu singgah
memberi makna
sekurang-kurangnya untuk seorang teman
dari angin yang terpinggir
aku lelah bersama sarat puisi
yang ku kendong lalu berantakan
dan aku
tidak pula pandai
untuk memohon maaf !
dari dalam diri
akhirnya menjadi puisi
samada indah
atau penuh kemusykilan
maka itulah aku
membaca redup mentari
mengintip biasan bulan
atau berlari di dalam kelam
supaya kata-kata itu singgah
memberi makna
sekurang-kurangnya untuk seorang teman
dari angin yang terpinggir
aku lelah bersama sarat puisi
yang ku kendong lalu berantakan
dan aku
tidak pula pandai
untuk memohon maaf !
LOMPONG KEPONGPONG
hulu selangor dan mimpi
bulan yang ajaib
benderang memberi cahaya
mengisi di setiap lompong pembetulan
hati manusia patut dipenuhi rasa kasih
kepada seseorang yang berkorban
dengan suara dan budi
dinyahkanlah daya kepalsuan musuh
yang menjadikan masyarakat kita hina
selama ini
sesudah penipuan yang sama
direnjiskan berkali-kali
seperti wangi bunga mawar
semuga harumnya tidak menjadi
kali ini
duhai ulu selangor
terperciklah doa kami
untuk terhapusnya
kepura-puraan dari lompong kepongpong !
bulan yang ajaib
benderang memberi cahaya
mengisi di setiap lompong pembetulan
hati manusia patut dipenuhi rasa kasih
kepada seseorang yang berkorban
dengan suara dan budi
dinyahkanlah daya kepalsuan musuh
yang menjadikan masyarakat kita hina
selama ini
sesudah penipuan yang sama
direnjiskan berkali-kali
seperti wangi bunga mawar
semuga harumnya tidak menjadi
kali ini
duhai ulu selangor
terperciklah doa kami
untuk terhapusnya
kepura-puraan dari lompong kepongpong !
WATAK
dekat
suatu persoalan
keserasian
suatu pertanyaan tentang watak
tentang manusia jujur
tentang berdikari
tentang mata yang lesu
diselaputi segala kepayahan
tetapi apakah ukuran
bagi kita
sesama kita
melihat segala kebarangkalian
bermula di sinilah
kita patut perlahan-lahan
bertanya kepada tuhan
watak manusia
seperti telah diperkatakan
tujuan hidup dan ujianNya.
suatu persoalan
keserasian
suatu pertanyaan tentang watak
tentang manusia jujur
tentang berdikari
tentang mata yang lesu
diselaputi segala kepayahan
tetapi apakah ukuran
bagi kita
sesama kita
melihat segala kebarangkalian
bermula di sinilah
kita patut perlahan-lahan
bertanya kepada tuhan
watak manusia
seperti telah diperkatakan
tujuan hidup dan ujianNya.
Tuesday, April 20, 2010
SILAP
dunia ini ringkas bagi pembelot
seperti penerima rasuah
hanya perlu melihat ke kiri dan ke kanan
jangan ada yang memerhati
lalu tangannya dihulurkan di bawah meja
mereka membina nama besar sebagai pembelot rakyat
mereka mencalonkan nama sendiri
mereka telah mencampakkan topeng-topeng
mereka senang
mereka gembira
mereka bahagia
ezam mohd nor
hamdan taha
roslan kassim
lokman nor adam
ghani haron
hanafiah man
dan yang lainnya
sejarah membukukan kata-kata
sumpah keramat
seperti sumpah sang kelkatu
kamu terkurung di rumah kaca
insan simpati melihat kamu
termengah-mengah disulam sumpah manusia prihatin
kepada negara yang tercinta ini
jangan kamu ingat
kami tolol dan ternganga-nganga mendengar
apa juga alasan
tuhan telah menjauh
ketika kata-kata kamu masih tersekat
di kerongkong.
seperti penerima rasuah
hanya perlu melihat ke kiri dan ke kanan
jangan ada yang memerhati
lalu tangannya dihulurkan di bawah meja
mereka membina nama besar sebagai pembelot rakyat
mereka mencalonkan nama sendiri
mereka telah mencampakkan topeng-topeng
mereka senang
mereka gembira
mereka bahagia
ezam mohd nor
hamdan taha
roslan kassim
lokman nor adam
ghani haron
hanafiah man
dan yang lainnya
sejarah membukukan kata-kata
sumpah keramat
seperti sumpah sang kelkatu
kamu terkurung di rumah kaca
insan simpati melihat kamu
termengah-mengah disulam sumpah manusia prihatin
kepada negara yang tercinta ini
jangan kamu ingat
kami tolol dan ternganga-nganga mendengar
apa juga alasan
tuhan telah menjauh
ketika kata-kata kamu masih tersekat
di kerongkong.
ORGI
kerana tuhan
ciptakan aku lelaki dan kau wanita
nafsu siapa yang melebihi, entahlah
orgi
kerana tuhan meminta manusia membezakan
hanya dengan sedikit
pertimbangan
mahu ataupun tidak mahu
melintas lalu di fikiran
terjentik hati oleh syaitan
siapakah syaitan itu ?
terkejut
apabila ada manusia penting berkata
semua perdana menteri malaysia
kecuali abdullah badawi
meneguk arak !
ciptakan aku lelaki dan kau wanita
nafsu siapa yang melebihi, entahlah
orgi
kerana tuhan meminta manusia membezakan
hanya dengan sedikit
pertimbangan
mahu ataupun tidak mahu
melintas lalu di fikiran
terjentik hati oleh syaitan
siapakah syaitan itu ?
terkejut
apabila ada manusia penting berkata
semua perdana menteri malaysia
kecuali abdullah badawi
meneguk arak !
Sunday, April 18, 2010
DIKETEPIKAN
longgokan kata-kata
menjadi seperti sampah, kata mereka yang
menolak kebenaran
manakala kebenaran itu setelah tersingkap
tidak pula dipedulikan
demikianlah
hati yang jauh
hati terus berprasangka
dunia ini ada persoalan
tentang gempa bumi
tentang tsunami
tentang bencana alam yang lainnya
mari kita dengar apa kata ulamak kanan iran ini
'gempa bumi yang kerap berlaku di iran
kerana rakyat iran
kerapkali melakukan zina'
menjadi seperti sampah, kata mereka yang
menolak kebenaran
manakala kebenaran itu setelah tersingkap
tidak pula dipedulikan
demikianlah
hati yang jauh
hati terus berprasangka
dunia ini ada persoalan
tentang gempa bumi
tentang tsunami
tentang bencana alam yang lainnya
mari kita dengar apa kata ulamak kanan iran ini
'gempa bumi yang kerap berlaku di iran
kerana rakyat iran
kerapkali melakukan zina'
PERADABAN SONGSANG
mereka yang semakin jauh dari tuhan, mengerti lebih
hajat mereka yang songsang, mereka meneruskan
malam ini pasti terbias semua rindu naluri
kecekalan diri untuk merentap apa jua
jangan lagi bercakap tentang maksiat, kata mereka.
hajat mereka yang songsang, mereka meneruskan
malam ini pasti terbias semua rindu naluri
kecekalan diri untuk merentap apa jua
jangan lagi bercakap tentang maksiat, kata mereka.
JANGAN
suara keramat melekit dengan kebisuan
hajatmu atau hajat mereka yang tidak kesampaian
manusia telah berhati-hati
duri telah terpegang, janji telah terlagang
mereka bersiap sedia untuk membaca labun naluri
dari hakikat insan yang sewajarnya
di perdu manakah engkau pernah singgah dulu
daun-daun pohon atau daun mas ringgit
yang membakar jiwa manusia
ketika rakyat perak semakin ragu
(puisi ditujukan kepada mufti perak)
hajatmu atau hajat mereka yang tidak kesampaian
manusia telah berhati-hati
duri telah terpegang, janji telah terlagang
mereka bersiap sedia untuk membaca labun naluri
dari hakikat insan yang sewajarnya
di perdu manakah engkau pernah singgah dulu
daun-daun pohon atau daun mas ringgit
yang membakar jiwa manusia
ketika rakyat perak semakin ragu
(puisi ditujukan kepada mufti perak)
PERTANYAAN TENTANG DIRI
lekuk-lekuk mimpi
menjengah di haluan diri
di sinikah
nyanyian diri bermula
ketika tertangkapnya cahaya
di penghujung malam yang gelita
simpang siur perjalanan
lanskap diri ditenung
oleh manusia lain
hakikat apakah penilaian mereka ?
menjengah di haluan diri
di sinikah
nyanyian diri bermula
ketika tertangkapnya cahaya
di penghujung malam yang gelita
simpang siur perjalanan
lanskap diri ditenung
oleh manusia lain
hakikat apakah penilaian mereka ?
DI SUATU SENJA
aku sudah tua
untuk mengerti hati
seseorang
ada kepayahan
mendengar suara hatinya
dan aku selalu berpura-pura
tentang keindahan senja yang merapuh
dibaluti cahaya menipis
yang masih berbaki
ketika
remang-remang sore yang nakal itu
mengajakku segera pulang
untuk mengerti hati
seseorang
ada kepayahan
mendengar suara hatinya
dan aku selalu berpura-pura
tentang keindahan senja yang merapuh
dibaluti cahaya menipis
yang masih berbaki
ketika
remang-remang sore yang nakal itu
mengajakku segera pulang
SAHABATKU DAN BUKU
masih dengan ketagihan lamanya
berendam dengan buku-buku
dengan majallah
keratan suratkhabar
pelbalgaian
dia lelaki ego
hampir semua perkara dia tahu
dan mahu tahu
telahannya sukar dipersoalkan
hujahannya menusuk
disusun segalanya tajuk demi tajuk
dibuka ikatannya apabila perlu
berjam-jam dia sanggup di situ
dialah seorang sahabatku
yang sanggup tidur bersama buku-buku
berendam dengan buku-buku
dengan majallah
keratan suratkhabar
pelbalgaian
dia lelaki ego
hampir semua perkara dia tahu
dan mahu tahu
telahannya sukar dipersoalkan
hujahannya menusuk
disusun segalanya tajuk demi tajuk
dibuka ikatannya apabila perlu
berjam-jam dia sanggup di situ
dialah seorang sahabatku
yang sanggup tidur bersama buku-buku
Thursday, April 15, 2010
DOA BUKAN PUISI
puisi bukan ditulis untuk dibaca tuhan
apalagi
ketika doa-doa cair di dalam persengketaan diri
puisi untuk memanjangkan kehebatan ilahi
dengan pelbagaian bentuk dan
penilaian
tuhan memberi nafas secukupnya kepada kita
untuk redha
ada jerat di sana, di hujung papan pemuka hidup
di sebaliknya
sisa-sisa harapan masih berbaki !
apalagi
ketika doa-doa cair di dalam persengketaan diri
puisi untuk memanjangkan kehebatan ilahi
dengan pelbagaian bentuk dan
penilaian
tuhan memberi nafas secukupnya kepada kita
untuk redha
ada jerat di sana, di hujung papan pemuka hidup
di sebaliknya
sisa-sisa harapan masih berbaki !
TAWAKAL
calar-calar warna hidup
digores perjalanan masa
terconteng seperti arang, mungkin
pada suatu saat yang terpilu
tuhan, dekatlah
kami ingin berjuang
dengan kata dan dengan rasa
bumi ini telah mengecil
cinta sudah tidak berharga
kenangan indah menjadi usang
selamatkanlah
selamatkanlah negara kami dari
persekongkolan dengan Yahudi
(jumpa di hulu selangor pada 17.04.2010)
digores perjalanan masa
terconteng seperti arang, mungkin
pada suatu saat yang terpilu
tuhan, dekatlah
kami ingin berjuang
dengan kata dan dengan rasa
bumi ini telah mengecil
cinta sudah tidak berharga
kenangan indah menjadi usang
selamatkanlah
selamatkanlah negara kami dari
persekongkolan dengan Yahudi
(jumpa di hulu selangor pada 17.04.2010)
Wednesday, April 14, 2010
KENAPA ?
aku mahukan petunjuk
tak mahu terpedaya
aku membaca keras
detak-detak hati berlangsung
manusia ini
kiranya seperti aku jua
mereka mungkin berpura-pura
sesekali
kenapa itu terjadi?
tak mahu terpedaya
aku membaca keras
detak-detak hati berlangsung
manusia ini
kiranya seperti aku jua
mereka mungkin berpura-pura
sesekali
kenapa itu terjadi?
SELAIN PUISI KITA
apabila tuhan mendengar doamu
masih tuhan mengujimu
dengan ujian yang lain
jangan mengaku hebat
jangan kagumi diri sendiri
kagumi tuhan
kagumi puisi tuhan
di dalamnya ada segala petunjuk !
masih tuhan mengujimu
dengan ujian yang lain
jangan mengaku hebat
jangan kagumi diri sendiri
kagumi tuhan
kagumi puisi tuhan
di dalamnya ada segala petunjuk !
HASRAT
kuingin kau dekat dengan tuhanmu, kuingin kau damai
mencapai hasrat semarak mencari penawar
menjadi seorang pemberani juga
demi jalan yang dilalui pasti berliku
seketika ramai orang bercakap banyak tentang perjuangan
pada akhirnya merekalah penipu besar
tak mahu kau terangkum begitu
menjadi barua kepada nadi perjuangan
kerana doa-doa yang pernah diangkat menuju tuhan
tidak mungkin ditarik balik
kami tidak mahu lelaki fasik apalagi munafik !
lelaki bernama zaid bin ibrahim ini
ramai menghormatinya kerana perinsip
(Selamat berjuang, PKR Hulu Selangor)
mencapai hasrat semarak mencari penawar
menjadi seorang pemberani juga
demi jalan yang dilalui pasti berliku
seketika ramai orang bercakap banyak tentang perjuangan
pada akhirnya merekalah penipu besar
tak mahu kau terangkum begitu
menjadi barua kepada nadi perjuangan
kerana doa-doa yang pernah diangkat menuju tuhan
tidak mungkin ditarik balik
kami tidak mahu lelaki fasik apalagi munafik !
lelaki bernama zaid bin ibrahim ini
ramai menghormatinya kerana perinsip
(Selamat berjuang, PKR Hulu Selangor)
Tuesday, April 13, 2010
LELAKI YANG JAUH
sketsa di ruangan ini
telah dipenuhi kebimbangan
terlajak perahu, boleh diundurkan
aku adalah lelaki yang jauh
di dalam hayat pandangmu
ketika bintang-bintang mengerdip
disulami cahaya mempersona di dalam kelam
kerana kau teruja
lampu-lampu neon di kota indah
telah dipenuhi kebimbangan
terlajak perahu, boleh diundurkan
aku adalah lelaki yang jauh
di dalam hayat pandangmu
ketika bintang-bintang mengerdip
disulami cahaya mempersona di dalam kelam
kerana kau teruja
lampu-lampu neon di kota indah
Monday, April 12, 2010
DATANGLAH
hari ini malaysia terbuka untuk semua manusia
datanglah
tidak kira warna kulit
datanglah
undang-undang di di sini agak keras juga
tetapi penguatkuasaan tidak mencukupi
datanglah
gunalah pas pelancong
datanglah, melacurlah
pelanggan pendatang asing amat ramai
mereka perlukan wanita
rasuahlah
di mana-mana yang patut
tahukah
di dalam penjara-penjara di malaysia
dadah mudah terlepas masuk !
datanglah
sebahagiaan wanita melayu kesepian
mereka bukan berkira sangat
manakala anak-anak muda melayunya
ramai penghidu gam, dadah sintetik jadi sanjungan
mereka ini ketandusan arah, bukan pejuang bangsa
apa perlu dibimbang?
pihak berkuasa berkata
mereka telah berusaha payah
selain dari itu, semuanya salah ibu dan bapa
datanglah
islam agama rasmi di sini, banyak masjid
untuk melepaskan kencing dan berak tidak susah
suraupun banyak!
islam di sini
kadang-kala seperti orang menyarung kasut
mahkamah di sini
boleh pilih-pilih
mana satu yang peguam negara mahu masukkan
ke penjara!
datanglah
negara ini akan maju 2020
wawasan 1 malaysia telah dianuti
kocek siapa-siapa yang perlu di isi
di sini sudah menjadi pasti!
datanglah
menteri-menteri di sini hanya menjeling
artis-artis wanita yang gebu-gebu
menteri-menteri telah letih
mencari ilham sehingga jenuh
datanglah
orang melayu melayan tetamu
dengan hormat sekali
mereka tidak jemu
mereka bangga
menteri-menteri suruh mereka berbangga
percayalah - kata menteri itu
beribu-beribu orang asing mahu masuk ke sini
kerana malaysia ini bumi bertuah, subur dan makmur!
datanglah
tidak kira warna kulit
datanglah
undang-undang di di sini agak keras juga
tetapi penguatkuasaan tidak mencukupi
datanglah
gunalah pas pelancong
datanglah, melacurlah
pelanggan pendatang asing amat ramai
mereka perlukan wanita
rasuahlah
di mana-mana yang patut
tahukah
di dalam penjara-penjara di malaysia
dadah mudah terlepas masuk !
datanglah
sebahagiaan wanita melayu kesepian
mereka bukan berkira sangat
manakala anak-anak muda melayunya
ramai penghidu gam, dadah sintetik jadi sanjungan
mereka ini ketandusan arah, bukan pejuang bangsa
apa perlu dibimbang?
pihak berkuasa berkata
mereka telah berusaha payah
selain dari itu, semuanya salah ibu dan bapa
datanglah
islam agama rasmi di sini, banyak masjid
untuk melepaskan kencing dan berak tidak susah
suraupun banyak!
islam di sini
kadang-kala seperti orang menyarung kasut
mahkamah di sini
boleh pilih-pilih
mana satu yang peguam negara mahu masukkan
ke penjara!
datanglah
negara ini akan maju 2020
wawasan 1 malaysia telah dianuti
kocek siapa-siapa yang perlu di isi
di sini sudah menjadi pasti!
datanglah
menteri-menteri di sini hanya menjeling
artis-artis wanita yang gebu-gebu
menteri-menteri telah letih
mencari ilham sehingga jenuh
datanglah
orang melayu melayan tetamu
dengan hormat sekali
mereka tidak jemu
mereka bangga
menteri-menteri suruh mereka berbangga
percayalah - kata menteri itu
beribu-beribu orang asing mahu masuk ke sini
kerana malaysia ini bumi bertuah, subur dan makmur!
KERANA AKU MELAYU!
lompong diri
membawa makna yang jauh dari hakikat
bila-bila pun teruji
aku menjadi lelaki melayu yang parah
nostalgik seperti abu
terkenang kononnya melayu ini pendekar hebat
rupa-rupa sejarah
tidak mampu mengubah masadepan !
membawa makna yang jauh dari hakikat
bila-bila pun teruji
aku menjadi lelaki melayu yang parah
nostalgik seperti abu
terkenang kononnya melayu ini pendekar hebat
rupa-rupa sejarah
tidak mampu mengubah masadepan !
TAPAK SEMADI INI
apabila daun-daun gugur
seperti namamu yang akan gugur
dari pohon hayat
lihatlah sepohon kemboja
di tanah perkuburan
seperti memerhatikan kita
yang lalu-lalang atau kadangkala singgah sebentar
melepas rindu hanya kepada ingatan
arwah-arwah yang pernah dikasihi
setangkai bunga kemboja
pada ketika
aromanya mencengkam
mereka yang lewat ke sini
seperti ingin hidup
beribu tahun lagi
seperti namamu yang akan gugur
dari pohon hayat
lihatlah sepohon kemboja
di tanah perkuburan
seperti memerhatikan kita
yang lalu-lalang atau kadangkala singgah sebentar
melepas rindu hanya kepada ingatan
arwah-arwah yang pernah dikasihi
setangkai bunga kemboja
pada ketika
aromanya mencengkam
mereka yang lewat ke sini
seperti ingin hidup
beribu tahun lagi
Sunday, April 11, 2010
KATA-KATA SONGSANG
wajah kelam hitam
menyusur jalanan hidup berbaki
terpukau jua oleh
putaran songsang
ketika cakap-cakapnya tentang tuhan
berlegar di merata telinga
kami sekampung mendengarnya
pagi ini
ada berita sedih kami dengar
si atok bercengkerama dengan cucu sendiri
malah lebih dari itu
aku sering mendengar kata-katanya dulu
tanpa banyak persoalan
segala-galanya tentang
kehebatan tuhan
dan kini
kata-katanya tentang tuhan itu
menjadi kata-kata yang songsang
(remaja tingkatan 5 itu apabila disiasat oleh guru kaunseling menceritakan bagaimana dia diperlakukan oleh datuknya yang berumur 70 tahun. Laporan polis telah dibuat oleh pihak sekolah)
menyusur jalanan hidup berbaki
terpukau jua oleh
putaran songsang
ketika cakap-cakapnya tentang tuhan
berlegar di merata telinga
kami sekampung mendengarnya
pagi ini
ada berita sedih kami dengar
si atok bercengkerama dengan cucu sendiri
malah lebih dari itu
aku sering mendengar kata-katanya dulu
tanpa banyak persoalan
segala-galanya tentang
kehebatan tuhan
dan kini
kata-katanya tentang tuhan itu
menjadi kata-kata yang songsang
(remaja tingkatan 5 itu apabila disiasat oleh guru kaunseling menceritakan bagaimana dia diperlakukan oleh datuknya yang berumur 70 tahun. Laporan polis telah dibuat oleh pihak sekolah)
Saturday, April 10, 2010
JANJI MATAHARI
benarkah ada janji-janji lain yang lebih tepat
selain daripada janji matahari
yang pasti akan terbit
di esok pagi ?
selain daripada janji matahari
yang pasti akan terbit
di esok pagi ?
HARAPAN BARU
memilih harapan baru
demi masa depan sesama kita
politik kini telah karam
kita menumpang sampan yang akan tenggelam
kita berubah
kita patut berubah
kita mesti berubah
aku sepi
mimpiku sepi
rinduku sepi
tentang kemanusiaan
tentang pengabadian
engkau bagaimana ?
demi masa depan sesama kita
politik kini telah karam
kita menumpang sampan yang akan tenggelam
kita berubah
kita patut berubah
kita mesti berubah
aku sepi
mimpiku sepi
rinduku sepi
tentang kemanusiaan
tentang pengabadian
engkau bagaimana ?
Friday, April 9, 2010
PADA JANJI TERUJI
setiap janji teruji
ketelusannya menjadi sari
lekuk-lekuk indah mimpi
menghampiri realiti
engkau pulanglah
mendekati tuhan
pasungkan teguh
keutuhan
pada warna kehidupan
yang dibelai
kesunyataan
ketelusannya menjadi sari
lekuk-lekuk indah mimpi
menghampiri realiti
engkau pulanglah
mendekati tuhan
pasungkan teguh
keutuhan
pada warna kehidupan
yang dibelai
kesunyataan
LIHAT POHON BESAR ITU
seperti pohon-pohon besar di hutan
apabila daun-daun keringnya berguguran
akhirnya membajai dirinya sendiri
untuk menumbuhkan pucuk-pucuk muda
demikianlah pusingan hayat yang ditunjukkan oleh tuhan
adakah kita manusia
mampu membajai rohani kita sendiri, saban hari
untuk menumbuhkan pucuk-pucuk muda harapan
atau hanya
menumbuhkan berjela-jela keluhan
dan sesalan ?
apabila daun-daun keringnya berguguran
akhirnya membajai dirinya sendiri
untuk menumbuhkan pucuk-pucuk muda
demikianlah pusingan hayat yang ditunjukkan oleh tuhan
adakah kita manusia
mampu membajai rohani kita sendiri, saban hari
untuk menumbuhkan pucuk-pucuk muda harapan
atau hanya
menumbuhkan berjela-jela keluhan
dan sesalan ?
Thursday, April 8, 2010
IZINKANLAH WAHAI TUHAN KAMI
satu-satunya lelaki berani yang pernah muncul
dari lekuk kehinaan
yang amat dalam
binaan dan buatan manusia
namun hakikatnya
dia telah lama
bertakung di dalam hayat rakyat
dia telah berusaha melepasi jerat-jerat maut kekejaman
segala persendaan tanpa akhiran
segala penghinaan tanpa berperi
segala aib yang tak terhitung lagi
namun dia mara jua, maranya berhujah
maranya pula tidak mampu dibendung
tidak hirau hujan
tidak hirau panas
basah mahupun kering
habis disanggah menggelepar
terlupa dia selimut menggebu
terlupa dia mimpinya tanpa lena
sama ada di ruang sempit atau di ruang terbilang
berkarung-karung raung menempik, menggerutu
berkarung-karung raut-raut wajah menyeringai ganas
beribu-ribu tunggul-tunggul gerigis
melukai lalu menghancurkan telapak kaki
tanpa sekelumit pun simpati
malah dendam sudah tidak terperi lagi
siapakah lelaki di sini yang mampu bertahan
dengan segala asakan ?
berdirilah dia di atas platform pelangi rindu
rindukan keadilan, segalanya bermula dari dahulu
'keadilan untuk semua' bukan dusta
keadilan seperti diusul tuhan
lalu warna-warna panjipun menjarak ke depan
memugar harap sekebun cinta rakyat
seluas berbuku-buku harapan umat
untuk dikalungkan tasbih kelegaan
sebenarnya
kamilah anak-anak watan yang meminta-minta itu
ya tuhan,
engkau izinkanlah lelaki ini
memimpin negara kami, malaysia...
dari lekuk kehinaan
yang amat dalam
binaan dan buatan manusia
namun hakikatnya
dia telah lama
bertakung di dalam hayat rakyat
dia telah berusaha melepasi jerat-jerat maut kekejaman
segala persendaan tanpa akhiran
segala penghinaan tanpa berperi
segala aib yang tak terhitung lagi
namun dia mara jua, maranya berhujah
maranya pula tidak mampu dibendung
tidak hirau hujan
tidak hirau panas
basah mahupun kering
habis disanggah menggelepar
terlupa dia selimut menggebu
terlupa dia mimpinya tanpa lena
sama ada di ruang sempit atau di ruang terbilang
berkarung-karung raung menempik, menggerutu
berkarung-karung raut-raut wajah menyeringai ganas
beribu-ribu tunggul-tunggul gerigis
melukai lalu menghancurkan telapak kaki
tanpa sekelumit pun simpati
malah dendam sudah tidak terperi lagi
siapakah lelaki di sini yang mampu bertahan
dengan segala asakan ?
berdirilah dia di atas platform pelangi rindu
rindukan keadilan, segalanya bermula dari dahulu
'keadilan untuk semua' bukan dusta
keadilan seperti diusul tuhan
lalu warna-warna panjipun menjarak ke depan
memugar harap sekebun cinta rakyat
seluas berbuku-buku harapan umat
untuk dikalungkan tasbih kelegaan
sebenarnya
kamilah anak-anak watan yang meminta-minta itu
ya tuhan,
engkau izinkanlah lelaki ini
memimpin negara kami, malaysia...
BUNGA-BUNGAAN
bunga-bungaan
indahnya memberi makna mendalam
pelbagaian
serinya jua
meresap memujuk hati
tuhan
benarkan aku
menghargai bunga-bungaan itu
lewat dalam puisi, yang santun
indahnya memberi makna mendalam
pelbagaian
serinya jua
meresap memujuk hati
tuhan
benarkan aku
menghargai bunga-bungaan itu
lewat dalam puisi, yang santun
Wednesday, April 7, 2010
KUSIAPKAN MIMPI
kusiapkan mimpi untuk hari esok
manusia akan berubah lagi
mungkin harga cinta menjadi lebih murah
kusiapkan pertuturan baru
bahasa akan berubah lagi
mungkin bahasa akan melekit seperti dodol
bukan seperti rojak lagi
kusiapkan cerita duka untuk bangsa
aku keringkan airmata, kini
tak mahu menangis lagi, esoknya
manusia akan berubah lagi
mungkin harga cinta menjadi lebih murah
kusiapkan pertuturan baru
bahasa akan berubah lagi
mungkin bahasa akan melekit seperti dodol
bukan seperti rojak lagi
kusiapkan cerita duka untuk bangsa
aku keringkan airmata, kini
tak mahu menangis lagi, esoknya
DI BIBIR PANTAI
izinkan aku menumpang mencari sedikit bahagia
darimu duhai derita
aku sesekali singgah membawa penglihatanku
pengamatanku
ke bibir pantai, di sini udaranya nyaman
aku terkenang kepada seseorang
yang telah lama melupakan aku !
darimu duhai derita
aku sesekali singgah membawa penglihatanku
pengamatanku
ke bibir pantai, di sini udaranya nyaman
aku terkenang kepada seseorang
yang telah lama melupakan aku !
Tuesday, April 6, 2010
KUSUT
wajah kesat pertama yang mendepani pintu hidup
akukah itu ?
yang tak henti-henti menoleh kebelakang
wajah kesat kedua yang menembusi pintu hidup
akukah itu
atau berwajah yang sama ?
kucari diri kembali
dalam kekusutan seribu rasa
akukah itu ?
yang tak henti-henti menoleh kebelakang
wajah kesat kedua yang menembusi pintu hidup
akukah itu
atau berwajah yang sama ?
kucari diri kembali
dalam kekusutan seribu rasa
Monday, April 5, 2010
KAGUM KEPADA WARNA PELANGI
lewat satu suara memanggil-manggil
dia telahpun kembali menemukan jalan pulang
setelah hampir-hampir hanyut
terkagum pada warna pelangi
seketika tuhan
menguji daya tahan makhluknya
jangan berpaling
dari kebenaran
jangan berpaling
berjuang sepenuh keinsafan
dia telahpun kembali menemukan jalan pulang
setelah hampir-hampir hanyut
terkagum pada warna pelangi
seketika tuhan
menguji daya tahan makhluknya
jangan berpaling
dari kebenaran
jangan berpaling
berjuang sepenuh keinsafan
Sunday, April 4, 2010
MERINDUI PUISI
ingin kutemu lagi keindahan
dalam puisi
selalu terbayang-bayang
puisi adalah rindu
kulihat dari mata berbalam-balam
ingin kembali mendengar lagu-lagunya
menikmati suara kehebatan dalam aksara
semula menilai kekagumannya
dirgahayu kepada mereka yang membina rumah puisi indah
si tukang puisi yang mencari diri
untuk si pengembara kehidupan jua
dalam puisi
selalu terbayang-bayang
puisi adalah rindu
kulihat dari mata berbalam-balam
ingin kembali mendengar lagu-lagunya
menikmati suara kehebatan dalam aksara
semula menilai kekagumannya
dirgahayu kepada mereka yang membina rumah puisi indah
si tukang puisi yang mencari diri
untuk si pengembara kehidupan jua
Subscribe to:
Posts (Atom)