Monday, April 12, 2010

DATANGLAH

hari ini malaysia terbuka untuk semua manusia
datanglah
tidak kira warna kulit
datanglah
undang-undang di di sini agak keras juga
tetapi penguatkuasaan tidak mencukupi
datanglah
gunalah pas pelancong
datanglah, melacurlah
pelanggan pendatang asing amat ramai
mereka perlukan wanita
rasuahlah
di mana-mana yang patut
tahukah
di dalam penjara-penjara di malaysia
dadah mudah terlepas masuk !
datanglah
sebahagiaan wanita melayu kesepian
mereka bukan berkira sangat
manakala anak-anak muda melayunya
ramai penghidu gam, dadah sintetik jadi sanjungan
mereka ini ketandusan arah, bukan pejuang bangsa
apa perlu dibimbang?
pihak berkuasa berkata
mereka telah berusaha payah
selain dari itu, semuanya salah ibu dan bapa
datanglah
islam agama rasmi di sini, banyak masjid
untuk melepaskan kencing dan berak tidak susah
suraupun banyak!
islam di sini
kadang-kala seperti orang menyarung kasut
mahkamah di sini
boleh pilih-pilih
mana satu yang peguam negara mahu masukkan
ke penjara!
datanglah
negara ini akan maju 2020
wawasan 1 malaysia telah dianuti
kocek siapa-siapa yang perlu di isi
di sini sudah menjadi pasti!
datanglah
menteri-menteri di sini hanya menjeling
artis-artis wanita yang gebu-gebu
menteri-menteri telah letih
mencari ilham sehingga jenuh
datanglah
orang melayu melayan tetamu
dengan hormat sekali
mereka tidak jemu
mereka bangga
menteri-menteri suruh mereka berbangga
percayalah - kata menteri itu
beribu-beribu orang asing mahu masuk ke sini
kerana malaysia ini bumi bertuah, subur dan makmur!

2 comments:

  1. salam zawawi,

    Sungguh sinis sekali. Siapa yang makan
    lada, kalau tak rasa pedas, tak tahu
    nak kata apa :)

    Namun bumi Malaysia adalah
    bumi Tuhan belaka!

    ReplyDelete
  2. Salam Awi,
    Aku suka puisimu ini.
    Berjuanglah di bumi Allah SWT.
    Perjuangkan hal Melayu kita.
    Tanah tumpah darah tapi melarat maruah kita diperasnya.

    ReplyDelete