Monday, April 26, 2010

PERIHAL LAUT

benar
tentang laut dan lagu senandungnya
tidak tamat berdengkur
selagi ada telinga mendengarnya

itukah dengkur suara tuhan
memberi dan memberi
sesekali membunuh

perihal laut yang dalam
kadangkala cinta manusia sesama manusia
disukat seperti dalamnya laut

perihal laut yang berombak
tentang diri manusia yang dikejami
oleh sang penguasa yang haloba

perihal laut dan angin
tentang sahabat karib
yang sebati dan tiada persoalan

perihal laut dan pantai
sentiasa mereka bermaafan
pergi dan kembali semula

perihal laut dan ikan
menjadikan manusia tamak dan lupa
apabila tangkapan menjadi

perihal laut dan beburung
lanskap untuk pelukis
menjadikan dunia bertambah manis

perihal laut dan tunggul gerigis
bahawa hidup ini ada kepiluan
yang perlu ditangkis

perihal laut dan kemudi
demikianlah ditandakan haluan

No comments:

Post a Comment