seperti pohon-pohon besar di hutan
apabila daun-daun keringnya berguguran
akhirnya membajai dirinya sendiri
untuk menumbuhkan pucuk-pucuk muda
demikianlah pusingan hayat yang ditunjukkan oleh tuhan
adakah kita manusia
mampu membajai rohani kita sendiri, saban hari
untuk menumbuhkan pucuk-pucuk muda harapan
atau hanya
menumbuhkan berjela-jela keluhan
dan sesalan ?
demikian tuhan mmberi tamsil pada pohon
ReplyDeletetapi manusia meracun pucuk-pucuk muda yang akan
memimpin warisannya...kerana nafsu serakah mereka...kemanusiaan kian mengecil...
bagai kelaziman hukum suatu pusingan, alam menemukan,segalanya, pengorbanan bukan hanya untuk dikenang, malah terus dilupai, kerana taksub..
ReplyDelete