Wednesday, April 7, 2010

KUSIAPKAN MIMPI

kusiapkan mimpi untuk hari esok
manusia akan berubah lagi
mungkin harga cinta menjadi lebih murah

kusiapkan pertuturan baru
bahasa akan berubah lagi
mungkin bahasa akan melekit seperti dodol
bukan seperti rojak lagi

kusiapkan cerita duka untuk bangsa
aku keringkan airmata, kini
tak mahu menangis lagi, esoknya

3 comments:

  1. awi..
    puisi tentang segala mungkin

    ReplyDelete
  2. kian duka bangsa ini
    yang telah menggadai harga diri
    mahu menjumudkan minda bangsa
    mematuhi tanpa bicara...

    ReplyDelete
  3. salam zawawi,

    Kenapa tidak siapkan kita,
    untuk menghadapi saatnya,
    yang pasti dan mesti!

    ReplyDelete