Monday, April 26, 2010

HUJAN PAGI

pagi yang jujur dan mentari yang tepat
dengan janjinya
menjadikan aku manusia kerdil
terlupa kerana kebiasaan

keselesaan
yang kadangkala terancam oleh
hujan pagi

sedikit gangguan itu
menjadikan aku lebih kerdil

catatan puisi kecil ini
di dalam hujan pagi
untuk menolak
kesombongan diri

1 comment:

  1. ini kes terlepas subuh barangkali
    kerna diselimut dingin....
    mungkin....

    ReplyDelete