Friday, April 30, 2010

MASJID

'jangan datang ke selangor' kata utusan malaysia,
jumaat 30 april 2010
'jika tidak setuju larangan berpolitik di masjid'

ramai yang menjadi kecut
mendengar kata-kata arahan itu
'masjid adalah tempat solat semata-mata'

demikianlah
kata-kata yang amat miskin
kerana
sebahagian manusia membina undang-undang
di bibir sendiri

di negara ini
ada dua jenis undang-undang
untuk manusia kecil dan satu untuk manusia kaya raya

apakah di sana nanti
tuhan akan mengecualikan
perilaku seorang putera ?

1 comment:

  1. mereka menggunakan raja
    untuk merampas sebuah kerajaan
    jika raja bisa diperalatkan
    miski untuk mengeluarkan sepatah kata
    yang dicipta oleh mereka
    kemudian disiarkan oleh media gila
    dan
    jika rakyat melatah
    merekalah pemfitnah yang akan menang

    ReplyDelete