hari ini, aku pilu, bumi ini menjadi gelisah
mereka melukakan hati kami, kerana daya pengecutnya
tidak berani berhadapan secara jantan
malaysiaku yang dulu indah, kini berselerak pelacur
terbangun dari benak pelacur,
kesayangan bangsa, agama dan negara dulunya
merimbun cintaku, tetapi hari ini,
lelaki sundal lagi pengecut, disokong oleh balaci-balaci
yang terpesona dengan kemelut hukum rimba, duhai
hatiku terluka, terluka!
menelesuri kemarahan barangkali..
ReplyDeletekeadaan semasa yang menyenakkan rasa...
zaman di mana simunafik mendapat laba...
dijunjung dan dipuja...
mereka munafik pada perjuangan ini
jua pada diri mereka sendiri
mereka sebenarnya pelacur demi sesuap nasi...