hanya aku ingin sahabat yang tahu
melihatku kadangkala dari bara perjuangan
hatiku sepi luka kerana bertandang tanpa suara
suara jernih itulah yang aku ingin
membelai jiwa dalam tenang atau gelisah
kerana aku tidak peduli siapa yang membisikkan
tentang apa-apa sekalipun
terlebih dahulu aku hanya akan mendengar
akan kupastikan kemudiannya
setelah kutuluskan hatiku dan kemudiannya yakin
aku juga takut kepada tuhan
mencurigai hati sendiri?
ReplyDeleteaqal melampaui kehendak naluri?
mmm...
'macam pernah kutahu insan sebegitu...
tapi siapa ya?'