Wednesday, March 3, 2010

KEPADA PEMIMPIN RAKYAT

jangan berpura-pura
tentang kemiskinan rakyat
jangan melihat daripada kacamata orang berada

jangan menipu
rakyat yang daif
kedaifan mereka kerana terkongkong

bertanyalah kepada tuhan
tentang kemiskinan rakyat
apa yang tuhan suruh kamu buat

adakah kamu mempunyai idea ?
atau menggunakan hanya tipu helah semata
supaya kamu yang ternama dan kaya raya

jangan sisihkan rakyat
jangan pandang ringan hak rakyat
jangan mencelakakan diri kamu dan rakyat

hak rakyat bukan pada kata-kata "ekonomi pulih"
sebaliknya kesempurnaan kehidupan
keadilan dan kesamarataan

1 comment:

  1. salam
    kata pemimpin itu
    "ekonomi telah pulih dan tumbuh segar"
    satu kenyataan yang tidak bertanggung jawab
    sedangkan kami masih pada paras kemiskinan
    hidup dalam kebangsatan...

    ReplyDelete